365 days: Season 3; 100 days left.
New cast
· Kim Jun · An Jia · Nam Juho ·
" In this few days left, I want to stay beside you, hug and kiss you. " - Park Soyeon.
...
HUJAN begitu lebat menyembah bumi.
Kim Taehyung berlari anak menuju ke tempat letak kereta usai singgah sebentar di kedai bunga berdekatan.
Dia memasuki perut kereta miliknya, bunga mawar merah yang dia dapatkan sebentar tadi diletakkan di sit penumpang.
" Dah lama tak beri Soyeon bunga. Mesti dia suka "
Taehyung bermonolog sendiri, senyuman lebar diukir.
Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinannya bersama Soyeon yang ke lima tahun. Namun, dek terlalu sibuk menguruskan Syarikat mereka yang semakin naik itu, mereka tak ada masa untuk meraihkannya dengan lebih teratur dan formal.
Taehyung dan Soyeon baru-baru ini bercadang ingin meraihkan ulang tahun perkahwinan mereka itu dengan berlibur dua malam di pulau Jeju. Tetapi hasrat itu tak kesampaian kerana mereka digemparkan dengan Projek besar.
Syarikat Bwilouis.V mendapat tawaran untuk membuat Baju khas untuk Ratu Elizabeth. Well, Brand Fesyen yang dihasilkan oleh Kumpulan Designer Bwilouis.V semakin hari semakin mendapat nama di pasaran dunia.
Mereka sering menjadi headline di dalam berita, akhbar dan artikel-artikel di luar negara. Bukan itu sahaja, terdapat banyak syarikat-syarikat besar dan terkenal mengajak Syarikat Bwilouis.V untuk melakukan kolaborasi.
Hidup Taehyung dan Soyeon berjalan begitu lancar beberapa tahun ini. Mereka hidup tenang dan bahagia lagi-lagi setelah kehadiran cahaya mata mereka, Kim Jun.
Anak lelaki mereka itu kini sudah berusia dua tahun dan akan genap berumur tiga tahun pada bulan disember ini.
Kehadiran Kim Jun bagaikan magis kepada Taehyung dan Soyeon. Semasa Jun genap berusia 100 hari, tepat masa itu jugalah Syarikat Bwilouis.V mendapat tawaran untuk berkolaborasi dengan syarikat fesyen terkenal, GUCCI.
Disaat Jun genap berusia 2 tahun, mereka tiba-tiba saja menjadi buah mulut orang-orang di luar negara dan apa yang lebih gila, mereka mendapat tawaran khusus daripada Ratu Elizabeth sendiri!
Taehyung gembira dengan kehidupannya sekarang. Apatah lagi bersama isterinya tercinta. Dia tak pernah lagi bertemu dengan wanita sehebat gadis itu. Walau sibuk macam mana pun, Soyeon pasti akan dapat menyelesaikan semua hal. Termasuk menjaga anak mereka, Kim Jun.
Malam menjengah. Hujan pula tak henti-henti. Kelajuan wiper ditingkatkan namun nampaknya tak memberi kesan. Cermin hadapan semakin kabur dek hujan yang terlalu lebat. Taehyung tak dapat memandang hadapan dengan jelas.
Kelajuan kereta dimaksimumkan. Taehyung perlu cepat sampai ke rumah kerana dia sudah berjanji dengan Soyeon untuk keluar makan bersama malam ini.
SCRATCHHHHH!!!!!
Bunyi tayar.
Benar kata orang, malang itu tidak berbau.
Kereta Taehyung terbabas akhirnya.
-
Hujan di luar begitu deras. Sesekali guruh dan kilat datang bersilih ganti. Menambah kerisauan Park Soyeon.
Dia memandang Jam digital yang ada pada dinding untuk kesekian kalinya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul Jam sembilan malam, namun batang hidung suaminya belum kelihatan dari tadi.
Walhal, mereka sudah berjanji untuk makan malam bersama setelah Taehyung balik dari meeting bersama Klien. Takkan lah pula perjumpaan itu sampai malam pula?
Mesej yang dihantar suaminya petang tadi menunjukkan yang Taehyung sudah pun berangkat pulang ke rumah Jam enam petang tadi tetapi mengapa masih tak ada khabar?
Dia tak senang duduk. Mundar-mandir tanpa arah. Wajahnya kalut penuh kerisauan, kedua tapak tangannya digesel sesama sendiri kerana cemas.
Rengekkan kuat Jun menambah tekanan Soyeon. Dia mengambil Jun yang duduk di atas sofa lalu didukung, ingin menghentikan tangisan anak kecil itu.
" Shh..shh..Jun-ah, berhentilah nangis. Dah lah mama risau, papa kamu tak balik lagi "
Soyeon mencapai telefonnya yang terletak di atas meja ruang tamu. Baru saja dia ingin mendail nombor Taehyung, ada panggilan yang masuk.
Nama Taehyung yang tertera sebagai pendail membuatkan perasaan Soyeon sedikit lega. Pantas punat hijau ditekan.
" Hello, Sayang kenapa awak lambat- "
" Ini Puan Kim Soyeon ke? "
Soyeon terdiam sejenak. Dia tiba-tiba mendapat firasat yang buruk seraya mendengar suara wanita di dalam talian tersebut. Jantungnya berdegup kencang.
" Ya, saya. Ini siapa ya? "
" Kami dari Hospital besar Seoul. Nombor Puan diletakkan dalam dail pantas di dalam telefon Encik Kim Taehyung sebab tu kami telefon Puan, "
" Ada apa dengan Suami saya cik? " Suara Soyeon bergetar.
" Suami cik menghadapi kemalangan. kereta yang dipandu Encik Kim terbabas di sekitar perumahan bangunan Han "
" Dia dah dimasukkan ke dalam ICU, keadaan Encik Kim amat kritikal sekarang ini "
Telefon yang tadinya dilekapkan pada telinganya, terlepas oleh Soyeon. Terasa lututnya lemah setelah mendengar berita itu sebentar tadi.
" Noona! Noona! Noona ada dekat dalam ke? "
Ketukan dipintu gerbang yang berjela-jela membuatkan Soyeon kembali sedar. Dia menuju ke pintu utama dengan langkah yang lemah.
Pintu dikuak, terpampang wajah Jaykay yang cemas dengan pakaiannya yang sudah basah kuyup.
" Noona, Hyeong dia- "
" -Saya tahu "
Wajah Soyeon yang bagaikan kosong itu membuatkan Hati Jaykay menempah risau. Jun yang masih menangis di tangan wanita itu diambil lalu didukung.
" Noona, sekarang bukan masanya untuk jadi macam ni. Jay akan jaga Jun, Seokjin Hyeong akan menyusul ke sini untuk bawa noona pergi ke hospital. Ok? "
Soyeon tak memberi respon. Dia bagaikan tak percaya bahawa suaminya kemalangan pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Terasa kepalanya berpinar. Jantungnya berdetak kencang.
Soyeon jatuh pengsan ditempatnya.
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...