S2 / 06

428 64 6
                                    

❝ I love , both of them ❞

SOYEON hanya melirik dari jauh. Beberapa hari ini , akrab betul ya si suami dengan sekretari keduanya. Pelik. Dapat dia lihat Sunjung yang  tersengih-sengih mendengar kata-kata Taehyung.

Dia tertanya , apa yang di cakapkan Taehyung hingga Gadis itu tak lekang senyum. Dia mengetap bibir , matanya di fokuskan semula pada skrin laptop.

Jemarinya menekan papan kekunci dengan ganas. Cemburu dengan Taehyung yang turut tersenyum memandang wajah Sunjung.

Ah! Kau bukan jenis macam ni Soyeon! Positif thinking aje lah. Tapi wajarlah kan ? Itu petanda yang perasaanya terhadap Taehyung itu sihat.

Dia menggeleng kepala perlahan bagi menyedarkan dirinya yang sedang kuasai rasa marah. Fail yang sudah sedia di kemaskini , di susun lalu di ambil dan kakinya di atur ke bilik Taehyung. Senyuman cuba di ukir.

Masuk saja di bilik jejaka itu , dia pandang bersilih Ganti wajah Sunjung dan Taehyung yang seronok berbual tentang rekaan terbaharu Taehyung.

Memandangkan gadis itu mengambil bidang yang sama dengan Taehyung semasa di kolej , Taehyung cubalah bertanyakan pendapat sunjung.

Hanya itu saja. Tapi soyeon yang melebihi pula rasa cemburunya.

" Erm Tuan Kim , ini fail yang Tuan minta saya kemaskini tu. Saya letak dekat sini ya  "

" arasseo. "

Sekilas Taehyung menoleh dengan senyuman kepadanya kemudian berahli ke wajah Sunjung semula. Dia di biarkan tercegat di situ. Dengan perasaan yang kurang senang , Soyeon melangkah keluar.

Sempat dia pandang Taehyung dan Sunjung sekilas. Bibir di ketap. Mungkin perasan kau saja yang melebih Soyeon. Dah , dah. Jangan rosakkan mood kau.

〰️

" Ala , perlu ke dia ikut sekali ? Waktu tengahari je kita ada masa berdua "

Soyeon memprotes. Tak mahu Sunjung ikut di waktu makan tengahari mereka berdua. Kononnya boleh lah makan tengahari sambil berbincang tentang kerja.

Soyeon tak mahu.

" Boleh lah sayang , perbincangan kitaorang tadi tak habis lagi. Kalau nak sambung lepas makan tengahari , kita kena lawati tapak cawangan baru lagi kan ? Takut tak sempat "

Ujar Taehyung pula. Rambut soyeon di ulus , memujuk gadis itu supaya bersetuju dengan permintaannya.

" huh. Ye lah kalau macam tu "

Taehyung tersenyum gembira. Pantas tangan Soyeon di capai lalu di kucup lembut. Mereka berdua melangkah keluar daripada bilik Taehyung dan menuju ke meja Sunjung.

" sekretari Ryu , jom lah ikut kitaorang makan tengahari sekali "

Sunjung mendongak. Mendengar ajakan Taehyung membuatkan Hatinya di terpa gembira. Namun rasanya dia tak patut , itu sepertinya waktu pribadi untuk suami isteri itu.

" eh tak apa lah Tuan Kim! Saya jadi nyamuk je nanti ganggu waktu Tuan dan Puan Kim "

" Tak ada ganggu lah. Lagipun kita kena habiskan perbincangan kita tadi "

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang