S2 / 09

379 62 18
                                    

I love , both of them

" Soyeon perempuan yang baik. Saya tahu dia boleh terima awak. Tapi , untuk masa sekarang kita sembunyikan dulu hubungan kita ya ? Nanti mesej saya alamat Appartment awak tau , sa-sayang. "

SUNJUNG menyebamkan wajah pada Patung teddy bear miliknya. Dia teriak sepuasnya mengenangkan apa yang telah terjadi di antara dia dan Taehyung.

Dia tak patut terjebak dengan semua drama gila ini! Dalam hidupnya , dia mahu menjadi peran utama bukannya menjadi antagonist!

Dirinya tak tenang tika ini. Dia takut semua ini terbongkar dan memecah belah kan rumah Tangga Tuan dan puan Kim. Lambat laun semua ini tak dapat di rahsiahkan juga.

" AH! Apa yang kau dah buat ni Sunjung AAAAAAAAA! "

Dek geram , si teddy bear di lempar ke lantai. Sunjung menghentak-hentakkan kakinya di lantai marmar itu.

Dia berfikir sejenak. Kalau puan Kim tahu pun bukan salahnya sepenuhnya bukan ? Taehyung juga salah dalam hal ini. Jejaka itu sendiri yang menariknya ke dalam hubungan yang tak pasti dan sulit!

Ugh! Dia perlu tamatkan semua ini! Puan Soyeon seseorang yang baik padanya walaupun terkadang tegas. Soyeon melayannya umpama adik , dia tak mahu membuat gadis itu sedih!

Ting tong!

Bunyi loceng rumah mengejutkannya. Sunjung memandang Takut pintu utama itu , dia sudah tahu siapa yang bakal datang!

Loceng rumah di biarkan saja berbunyi. Jangan harap yang dia mahu membenarkan jejaka itu masuk. Dia masih waras , dia tak mahu berhubungan dengan suami orang.

Ting!

TUAN KIM GARANG

Sayang , open the door.

Dah malam dah ni tuan! Pergi lah balik! Tuan tu suami orang tahu tak?!

TUAN KIM GARANG

But soon will be your husband too.

Sunjung mendengus nafas geram. Dalam keadaan berhentak , dia menuju ke pintu utama dan membuka pintu. Wajah Taehyung tersembul. Di amatinya seketika pakaian Taehyung. Ala ala boyfriend material gittu. Kasual namun masih kelihatan sempurna di tubuh jejaka itu.

" Nak biarkan saya dekat luar ni je ke ? Kesian boyfriend awak ni "

Boyfriend my foot! Getus sunjung di dalam hati. Wajah Taehyung di pandang Geram , mahu saja tangan kecilnya itu hinggap di wajah jejaka itu biar dia rasa!

" Tuan kim , tolong lah balik. Tuan tu suami orang , saya tak mahu jadi PRTO ! "

" PRTO ? "

" PEROSAK RUMAH TANGGA ORANG "

Taehyung tidak mengendahkan Sunjung. Selamba saja dia menapak masuk ke dalam Appartment sunjung. Matanya melilau memerhati sekeliling.

" Awak dah setuju nak jadi kekasih saya , no more excuse "

Sunjung menghembus nafas berat. Mahu buat macam mana lagi ? Dia sudah terlanjur menyetujui perkara gila ini.

" Sekarang ni , Tuan nak apa pula datang ke rumah saya ? "

" eip! Jangan panggil saya tuan! Kita bukan dekat pejabat pun. Call me , biy "

Sunjung menghambur tawa besar. Jijik tahu tak?! CRINGE TAHU NAK PANGGIL BIY BABY BAGAI NI LEBIH BAIK AKU PANGGIL BABI 

" kenapa awak ketawa hm ? "

" ew , Tuan hidup zaman bila ya ? Zaman wechat ke ? Nak berbabi-babi bagai HAHAHAHAHAHAH "

" I dont care. Saya tetap nak awak panggil saya biy "

Ish! Geli tahu tak?! Sunjung sudah merasa loya di tekak.

" arasseo , b-babi eh i mean b-biy "

Taehyung tersenyum petak. Sunjung sudah mahu cair di situ. Pertama kali Dia melihat Taehyung tersenyum seperti itu! Selalunya serius saja ataupun tersenyum nipis.

" biy datang rumah ni sebab nak memulakan sesi perkenalan kita sebagai sepasang kekasih! "

〰️

" Kerja apa yang mustahak sangat tu sampai tak boleh tunggu siang? Rehat okey ? "

Taehyung masih tak bergerak. Tubuh soyeon di dakap erat. Matanya dipejam , menikmati haruman mewangi tubuh gadis itu.

" Seokjin tu hah , dia kata ada masalah sikit dengan cawangan dekat US , tu yang tergesa-gesa tu "

Soyeon tersenyum nipis dan mengucup dahi suaminya namun dia dapat menghidu wangian yang lain.

Ya , minyak wangi wanita. Dahinya berkerut dan wajah Taehyung di renung dalam. Mustahil lah Taehyung berjumpa dengan perempuan kan?

Dia percayakan suaminya.

" kenapa ni sayang ? Kenapa muka tu tetiba berubah ? Whats wrong hurm ? "

Di pandang pula bibir Taehyung. Sedikit glossy ya. Takkan lah Taehyung memakai pelembab bibirkan ?
Semakin musykil soyeon di buatnya.

" betul ke awak jumpa seokjin ? "

" eo ? Betul lah. Kenapa sayang tanya macam tu ? "

" bibir awak dan bau badan awak. Saya tak pasti yang saya ada minyak wangi macam bau ni dan awak memang tak pakai pelembab bibirkan ? "

Mampus! Taehyung sudah tercari-cari jawapan yang bernas untuk menjawab soalan isterinya. Kalau tersalah langkah, memang pecah tembelangnya!

" Oh , syarikat kita kan ada projek pengeluaran produk kecantikan , seokjin ada ambil beberapa sample ,  tu yang saya pergi cuba "

Taehyung tersenyum. Jantung yang berdegup kencang dek takut ketahuan cuba di kawal.

" Oh ye ke ? Ok lah kalau macam tu. Tapi kalau saya dapat Tahu yang awak ada perempuan lain , saya tak teragak-agak untuk tinggalkan awak "

" Ish! Sayang , jangan lah cakap macam tu. Awak tahu kan yang saya cintakan awak seorang ? "

Soyeon sekadar tersenyum nipis dan mengusap kepala Taehyung. Jejaka itu mengeratkan pelukannya pada tubuh soyeon.

Rasa cinta dan sayangnya tak pernah kurang terhadap soyeon namun dalam masa yang sama , dia cintakan Sunjung seikhlas hati.

〰️

To be continued..

Taeyeon or taejung ? 😈

365 DaysWhere stories live. Discover now