JIA yang berada di dapur menjengukkan kepala ke arah Taehyung yang duduk di sofa, sedang membaca buku. Vanila latte yang dibancuhnya di letakkan di atas dulang lalu kakinya di atur ke ruang tamu.
Taehyung melepaskan kaca matanya seraya mendengar derapan kaki seseorang sedang menuju ke arahnya. Tatkala kepalanya didongak, iris matanya bertembung dengan wajah Jia yang mengukir senyum manis. Dia memandang pula dulang yang dibawa Jia.
" Vanila latte untuk Tuan Kim, "
Jia meletakkan cawan antik itu diatas meja kaca di hadapan Taehyung. Dia kemudian melabuh punggung berjarak beberapa inci saja dari tubuh Taehyung. Dulang sebentar tadi diletakkan di atas ribanya.
" Cik Jia tak perlu susah-susah " Taehyung menguntum senyum kekok, belakang tengkuknya digosok perlahan. Dia dapat rasakan haba dari tubuh Jia menerpa tubuhnya, hangat dan menimbulkan sensasi berbeza pada tubuh Taehyung.
" Hal kecil je, Tuan Kim. By the way, Tuan baca buku apa tu? "
Jia menjuih bibir pada buku yang berada di tangan Taehyung.
" Oh ini..Buku ni tentang pelbagai jokes dari pelbagai negara. Soyeon bagi saya supaya saya tak bosan di rumah "
Taehyung menguntum senyum, kulit buku tersebut diusap.
" Ah..patutlah Tuan tersengih je dari tadi..Puan Soyeon tu mesti seorang wanita yang sempurna kan? "
Tiba-tiba saja soalan itu diaju oleh Jia. Out of topic.
" Well... walaupun saya tak ingat langsung tentang Soyeon tapi saya tahu yang dia adalah wanita yang baik. Dia gadis yang ceria, peramah dan baik hati. Mungkin sebab tu lah saya boleh terjatuh hati dekat dia walaupun dia bukan type wanita yang saya sukai "
" Ah macam tu.."
Jia mengangguk. Dia sebenarnya cuba memecahkan jurang antara dirinya dan Taehyung. Dia mahu melakukan semuanya sesuai yang dirancang. Step by step, slowly but surely.
Katalah dia gila sekalipun, An Jia tidak kisah. Dia hanya mahu mencapai impiannya. Dia mahu merasakan kemewahan. Dia mahu mengenakan pakaian mahal, perhiasan, melakukan perawatan wajah di spa-spa terkemuka dan berkunjung ke seluruh negara seperti orang-orang kaya.
Ya, dia taksub akan kekayaan dan kemewahan. Dia tak kisah samaada harus menjadi parasit di dalam kehidupan orang lain asalkan keinginannya dapat dikecapi.
" Awalnya saya sangka Puan Soyeon tu seorang wanita angkuh dan sombong, rupanya tak..Dia baik sangat "
Puji Jia dengan senyuman palsunya.
" Dia wanita yang hebat yang pernah saya kenal. Tak semua orang dapat memikul banyak tanggungjawab dalam satu masa yang sama. Tapi Soyeon, dia berbeza. "
Sambung Taehyung pula.
Dia kemudian mencapai cawan yang berisi vanila latte di hadapannya, lalu disisip perlahan.
" hmm sedap.. "
Ianya tak terlalu manis, aroma kafeinnya tetap ada walaupun sudah dicampurkan dengan susu. Segar dan sedap saja saat vanila latte tersebut diteguk.
Saat Taehyung hendak meletakkan semula cawan tersebut di atas meja, cawan itu tiba-tiba saja terlepas dari tangannya membuatkan riba Taehyung kuyup dek Vanila latte. Nasiblah ianya tak terlalu panas.
Melihat itu, refleks saja Jia menuju ke dapur dan kembali semula dengan pengelap. Dia melutut di hadapan Taehyung, riba jejaka itu dilap dengan tingkah kalutnya.
Agak pelik berada di posisi itu bersama Jia. Tangan gadis itu yang menyentuh pahanya secara tak sengaja, membuatkan kelakiannya hidup.
Dia meneguk liur. This is wrong...
" J-jia ssi, tak apa, biar saya yang buat "
Taehyung menepis lembut tangan gadis itu. Jia yang cemas mendongak, menghadap wajah jejaka itu. Beberapa inci saja jarak wajah mereka, hingga Taehyung dapat rasakan nafas Jia yang tercungap-cungap dek risau.
" Tak panas kan, Tuan? " Jia menyoal, risau.
" T-tak. Saya akan tukar seluar je "
Taehyung bangun dari duduknya dan menutup ereksinya yang sudah tegang dek aksi Jia tadi. Entah kenapa dia sensitif semacam. Walhal, Soyeon selalu saja menyentuhnya namun kenapa dia tak dapat merasakan apa-apa? Sentuhan Jia bagaikan renjatan elektrik pada tubuhnya dan itu membuatkan Taehyung dilema akan perasaannya.
-
" Macam mana hari ni, okay tak? "
Taehyung yang baru keluar dari kamar mandi menyoal Soyeon yang duduk di bangku meja solek, memakai skincare sebelum tidur.
" Okay je, cuma penat sikit. It's really hard to handle everything alone. Glad, Seokjin ada tolong sikit "
Soyeon menguntum senyum. Usai mengenakan skincare malam, Soyeon menyapukan losen pada kulitnya, rutinnya setiap hari untuk mendapatkan kulit yang mulus dan sihat.
Dia mengurut bahunya yang sedikit lenguh menggunakan sebelah tangan. Efek daripada menunduk menghadap laptop setiap hari.
Taehyung yang perasan akan hal itu, melangkah ke arah Soyeon. Dia berdiri tegak di belakang gadis itu dan tangannya naik di atas kedua-dua bahu Soyeon lalu dia urut lembut.
Soyeon hanya kaku di tempatnya. Dia perhati biasan dirinya dan Taehyung melalui cermin. Mereka bertentangan mata, Taehyung tersenyum nipis.
" This is a special treat for my lovely wife, "
Gumam Taehyung dengan senyuman lebarnya. Soyeon tersentuh tatkala mendengar Taehyung membahasakan dirinya sebagai 'wife'. Tersentuh hati, jiwa dan raga Soyeon.
Taehyung meletakkan kepalanya di atas bahu Soyeon lalu berbisik
" let's go to bed "
Soyeon meneguk liur. Bisikan sensual suaminya sebentar tadi membuatkan Soyeon tak keruan. Dia mula berfikir yang tidak-tidak. Dia tertanya apa yang dimaksudkan dengan ' let's go to bed ' oleh Taehyung itu.
" Let's go where? " Soyeon menyoal polos.
" There " Taehyung menjuih bibir ke arah katil bersaiz king miliknya dan soyeon.
" Bed? N-nak buat apa? "
Taehyung menarik tangan Soyeon, mereka menuju ke katil. Taehyung membaringkan diri lalu kedua tangannya dibuka sedepa, mengisyaratkan Soyeon agar baring di dalam pelukannya.
Soyeon di dalam hati sudah mencaci maki dirinya yang berfikiran kotor. Mestilah pergi katil untuk tidur, bukan buat benda lain. Apalah...
Soyeon naik ke atas katil dan membaringkan diri di dalam pelukan Taehyung. Ianya hangat dan menyenangkan. Serasa semua masalahnya ikut sama tenggelam di dalam pelukan suaminya itu.
Wangian tubuh Taehyung membuaikan lagi dirinya. Wangian tubuh jejaka itu seperti kombinasi wangian vanila dan fresh fruit, membuatkan dirinya terawang-awang.
Soyeon mengangkat kepala, memandang wajah suaminya.
Bibir jejaka itu lama dipandang Soyeon sebelum satu kucupan ringkas dia berikan.
Membulat mata Taehyung dengan kucupan Soyeon sebentar tadi. Dia kemudian mengulum senyum, bibir merah natural Soyeon dipandang.
Dua ulas bibir mereka kini disatukan lembut dan perlahan saja rentaknya. Ciuman Soyeon begitu membuainya, setiap pergerakan bibir gadis itu memberikan dia perasaan yang seakan familiar.

ANDA SEDANG MEMBACA
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...