S2 / 13

436 61 26
                                    

❝ I love , both of them ❞

" AWAK ni , buat malu saja "

Soyeon menjegil tajam ke arah Suaminya. Mengingati peristiwa di lapangan terbang Incheon tadi , buat malu saja. Tak pasal-pasal orang-orang di situ memandang serong kepadanya.

" suami mana je tak marah nampak isteri dia bermesraan dengan lelaki macam tu ? Awak pun satu , kenapa tak bagitahu awal-awal yang awak nak jumpa sepupu awak ? "

Soyeon menghembus nafas kasar. Punggung di labuhkan di sofa ruang tamu. Usai kejadian tadi , dia sudah malas mahu kembali ke ofis dan mahu berehat saja di rumah.

Dek tak percaya dengan isterinya , Taehyung turut mengikut soyeon balik ke rumah. Siapa tahu isterinya nanti bawa balik jantan pula ? Kan ?

" perlu ke awak nak ambil tahu ? "

Soalan soyeon membuatkan Taehyung semakin geram.  Soalan apa seperti itu ? Dia suami! Dia perlu mengambil tahu setiap aktiviti mahupun kenalan isterinya!

" Sayang , saya ni suami awak tahu ? Mesti lah saya perlu ambil tahu dengan siapa awak berkawan! "

Taehyung menghenyak kuat punggunya di sofa. Tubuh soyeon ditarik hingga wajah gadis itu tersebam di dadanya.

" A-awak ni dah kenapa ? "

"W-wae ? Salah ke saya nak peluk awak ? "

Entah kenapa mereka berdua merasa kekok di posisi seperti ini. Mungkin sudah beberapa hari tidak berskin ship , mereka berdua dilanda rasa kekok.

Setiap kali Taehyung mahu bermanja , Soyeon bakal mengelakkan diri. Jejaka itu tidak faham mengapa gadis itu seakan mahu menjauhi dirinya.

Dek lelah meminta perhatian soyeon , dia biarkan saja hari-hari mereka kosong tanpa hal yang selalu di lakukan oleh pasangan suami isteri.

" lepaslah "

" awak sebenarnya dah kenapa ? Kenapa kebelakangan ni awak selalu mengelak dari sentuhan saya ? "

Taehyung merenung dalam anak mata gadis itu. Dia pasti , ada sesuatu yang membuatkan gadis itu seakan mengelak dirinya. Dari mata soyeon saja , dia dapat membaca sesuatu tapi dia tak memahami.

" Saya cuma tak nak. S-saya rasa bosan dengan awak "

Namun hakikatnya , semua itu sekadar diterbalikkan. Soyeon tak pernah bosan dan tak pernah sedikitpun jemu mencintai suaminya. Hanya saja , dia mahu melatih diri untuk perlahan menjauh dari Taehyung.

Lelaki itu sudah terlalu banyak mempermainkan hati kecilnya. Dia juga manusia biasa , wanita yang ingin dicintai setulus hati , jiwa dan raga. Dia hanya mahu menjadi satu di hati seseorang.

" kenapa awak cakap macam tu ? Awak dah tak sayangkan saya ? "

Soyeon memalingkan wajah. Sayang tu tetap sama dan banyak macam selalu , Taehyung. Tapi , awak yang buat diri saya macam ni.

Getus hatinya.

Dia melepaskan Tangan Taehyung yang merangkul dirinya dan menjauhi jejaka itu.

" Saya penat , saya nak rehat. Tolong jangan ganggu saya "

〰️

Sunjung melempar kasar telefon pintarnya ke atas katil. Dengusan geram terlepas. Dia menguak kasar rambutnya kebelakang.

" Ish tak guna! "

Sudah berapa kali panggilannya tidak di jawab oleh Taehyung. Dia geram! Sudahlah pasangan suami isteri itu sama-sama tidak kembali ke ofis. Tinggal dia saja yang terpinga-pinga sendiri di ofis.

" kau kata kau cintakan aku lah , apa lah dan janji nak kahwin dengan aku lah! Tapi sekarang nak mengelak dengan aku pula ?! Apa yang bagus sangat dengan perempuan tu HAH?!

Dia menempik sendiri. Panas di hati tak dapat di kawal. Mahu saja dia membunuh Soyeon sekarang juga!

Dia takkan berdiam , dia akan dapatkan Taehyung walau dengan pelbagai cara sekali pun! Dia mahu jejaka itu menjadi miliknya sepenuhnya!

Sunjung bagaikan orang lain kini. Serasa dirinya yang penuh dengan kepolosan dan fikiran yang positif tenggelam kerana syaitan sudah mengambil ahli tubuhnya.

Dek ketagih akan cinta jejaka yang memegang nama Kim Taehyung itu , dia mungkin tak akan dapat mengawal diri lagi untuk membuat sesuatu yang di luar jangkauan!

Asalkan dia memiliki Taehyung sepenuhnya.

" Aku akan dapatkan Taehyung dari kau! Aish! Aku tak boleh berdiam dan menunggu lagi , aku perlu hapuskan kau! "

Dia melabuh punggung di sisi katilnya. Tangan dikepalkan geram. Nafas cuba diatur perlahan. Senyuman sinisnya tercoret.

" k-kau tunggu..kau tunggu , soyeon "

〰️

" Itu saja jadual untuk hari ni , Tuan. Saya keluar dulu"

" sunjung ,wait "

Langkah sunjung terjeda kala Taehyung menyuruhnya untuk menunggu. Jejaka itu merapati Tubuhnya , lalu di bawa ke dalam pelukan.

" saya perasan awak senyap je ? Why ? Kalau sebab semalam , saya minta maaf sebab tak dapat jawab panggilan awak semalam. Saya tertidur "

" tertidur ke atau awak sengaja nak mengelak dari saya ? "

" sayang , awak kena lah faham. Belum tiba masanya untuk soyeon tahu hubungan kita. "

Sunjung berdecit kecil dan melepaskan pelukan Taehyung. Anak mata jejaka itu di tenung mendalam.

" geumanhaja ( jom berhenti saja ) "

" saya rasa awak tak serius pun berhubungan dengan saya. Mari hentikan semua ini dan awak boleh lah terus menjaga hati isteri awak. Dia wanita sempurna dan saya ?  saya cuma peneman awak di kala bosan "

Taehyung tercegat kala mendengar kata-kata gadis itu. Tak! Dia juga cintakan Sunjung! Sungguh! Tapi , bukan masa yang sesuai untuk dia menaikkan level hubungan mereka berdua.

" sayang , saya serius dengan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati. Tapi awak kenalah faham situasi kita sekarang ni "

" huh? Serius? Kalau awak serius dengan saya.. "

" ..kahwin dengan saya "

To be continued..

Hari ni satu update je ok ? Hshs










365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang