BERMULA dari lobby hinggalah ke tingkat paling teratas bangunan itu, suasana bertukar hening selepas saja terdengar khabar bahawa Kim Taehyung, direktur utama Kumpulan Bwilouis.V telah kembali.
" Selamat pagi Tuan Kim, Puan Kim "
" good morning sir, madam "
" Selamat kembali, Tuan Kim "
Sapaan itu seperti biasa tidak diendahkan Taehyung. Dia hanya berjalan ke hadapan dengan memasang wajah dinginnya.
Lain pula bagi Soyeon, dia tersenyum kepada semua karyawan yang menyapanya. Even makcik Cleaner sekalipun disapanya. Suasana yang suram dan bikin merinding yang dibuat oleh Taehyung bertukar menjadi suasana ceria, cerah dan berbunga-bunga oleh Soyeon.
Seperti biasa, banyak yang memuji keserasian Taehyung dan Soyeon. Ada juga saling berbisik tentang isteri baharu Taehyung yang bagi mereka low class itu.
Taehyung melabuh punggung di kerusi kulit miliknya. Kot digantung di tempat penggantung. Walaupun sudah hampir empat bulan dia tak masuk ke ofis tapi dia tahu apa yang harus dia lakukan.
" Ada Apa hari ini, secretary park? "
Soyeon memeriksa tablet kerja, dislaid atas ke bawah.
" Hari ini, Tuan hanya perlu duduk di sini dan makan ubat mengikut masa yang sudah ditetapkan. "
Soyeon menguntum senyum.
" What? "
Taehyung memandang Soyeon hairan.
" Are you kidding me Park Soyeon? "
" I'm absolutely not kidding you, mister kim. Awak ingat, awak masuk ofis hari ni, saya akan bagi awak buat kerja? no and never. Stop dreaming, sit here in peaceful. Okay? "
Keluhan berat Taehyung terlepas.
" Soyeon, aku dah sihat. Faham tak? Kau tak perlu risau, aku boleh buat kerja. Now, tell me my schedule today! "
Soyeon memutarkan bebola mata. Degil sangat pehal dia ni? Cili mulut tu kang baru tahu
" Tak boleh. Taehyung, awak masih ada satu minggu lagi. Selepas satu minggu tu, awak nak daki gunung ke apa ke, saya tak kisah. Boleh tak awak dengar cakap saya kali ni? Saya cuma risaukan awak "
" Kenapa kau perlu risau lelaki tak guna macam aku ni? Aku dah lukakan hati kau, mungkir janji dan cakap macam-macam yang tak baik dekat kau, kenapa kau masih nak jaga aku? "
Soalan Taehyung membuatkan Soyeon terdiam. Dia menghela nafas berat.
" Sebab saya dah janji pada awak dulu. Saya akan cinta, sayang dan setia kepada awak hingga akhir nafas saya. Awak tak perlu persoalkan hal ni lagi. Rasanya dah cukup jelas kenapa saya masih di sini, bersama awak "
Taehyung diam.
" Sebab tu, tolong duduk sini diam-diam dan jangan buat saya risau. Arasseo? "
Soyeon menguntum senyum nipis lalu melangkah keluar dari ofis Taehyung, membiarkan jejaka itu terbelenggu sendiri.
-
Seminggu berlalu, Taehyung akhirnya dapat kembali sebagai Direktur utama syarikat Bwilouis.V. Dia telah menjalani terapi secara konsisten setiap hujung minggu seperti yang diarahkan oleh Soyeon.
Sayangnya, ingatan Taehyung tak dapat kembali. Dia mengadu masih sakit kepala jika dia memaksa untuk ingat semua itu. Soyeon tak mahu memaksa Taehyung. Lagipula, kalau Taehyung ingat tentang dirinya semula, tidak ada apa pun yang berubah. Semuanya tetap sama kerana cinta Taehyung sudah dimiliki oleh An Jia seorang. Secebis pun tak ada disisakan untuk Park Soyeon.
Baru-baru ini Jia disahkan mengandung dua bulan. Berita itu membuatkan Taehyung gembira. Hubungan Jia dan Taehyung semakin erat tapi tidak bagi Soyeon. Suaminya itu semakin hari, semakin jauh meninggalkannya.
Soyeon tahu, bagi Taehyung, dirinya kini hanyalah seorang secretary yang hanya patuh pada arahannya dan ibu kepada Kim Jun. Dia tahu, Taehyung tak menganggapnya sebagai isteri.
Jia semakin bermaharajalela sejak dia hamil. Semua perkara di dalam rumah terpaksa Soyeon uruskan sendiri. Masak, membasuh pakaian dan menjaga Jun, semuanya dilaksanakan oleh Soyeon sendiri.
Dia perlu akur, semua itu adalah arahan Taehyung kepadanya. Dia tak ubah hamba kepada Jia dan Taehyung. Walhal Jia, hanya makan seharian, menonton television dan membuat sepah. Sengaja mahu memenatkan Soyeon.
Soyeon berada di fasa tertekan, stress dan mungkin akan depresi sekejap lagi kalau keadaan ini berterusan.
Soyeon masuk ke dalam ofis Taehyung, membawa beberapa dokumen yang perlu ditandatangani oleh Taehyung.
Gadis itu melangkah lemah longlai. Matanya sembab dan sedikit merah. Mungkin kerana dia tak cukup tidur dan kepenatan.
" Tuan Kim, ini dokumen yang perlu tuan sign-ARGH! "
Dokumen-dokumen tersebut terlepas dari tangan Soyeon. Taehyung yang melihat Soyeon yang sudah terduduk refleks mengangkat punggungnya dan bergegas menuju ke arah soyeon.
Gadis itu memegang perutnya dan meringis kesakitan. Taehyung mula panik dan terus saja mendapatkan Soyeon.
" Soyeon, kau kenapa ni? Yah! "
" P-perut saya-ugh..."
Dek tak tertahan dengan sakit diperutnya itu, Soyeon akhirnya pengsan di dalam pelukan Taehyung.
-
" Puan Kim terkena gastrik. "
Ujar doktor tersebut. Taehyung mengeluh berat, Soyeon yang terlentang di atas katil klinik itu dipandang simpati. Pastinya Soyeon tak dapat makan dengan betul kerana kerja di ofis berlambak. Tambahan lagi kerja di rumah.
Sebenarnya, Taehyung sudah memesan Jia untuk membantu Soyeon sedikit demi sedikit tapi banyak betul alasan gadis itu. Dia mudah kepenatanlah, perut selalu sakitlah, itu lah, ini lah.. bengang Taehyung dibuatnya.
Kalau ikutkan hati, mahu dimarahinya Jia itu tapi kasihan pula.
" Ini ubat gastrik. Ambil sebiji selepas makan. Pastikan Puan Kim makan mengikut masanya. Jangan biarkan dia terlalu kepenatan dan stress. Saya perasan, tubuh badan Puan kim juga kondisinya terlalu lemah. Saya takut kelak akan memudaratkan kesihatan Puan Kim soyeon. "
Pesan doktor wanita itu.
" Terima kasih, doktor. Saya akan pastikan isteri saya makan tepat masanya. "
Taehyung menunduk Hormat sedikit sebelum menapak ke katil Soyeon. Dia memandang gadis itu yang sudah sedar.
" Kenapa dengan saya, Taehyung? "
" Kau terkena gastrik. Lepas ni, makan tepat masanya boleh tak? Jangan menyusahkan aku "
Taehyung berkata dalam nada bisikan. Takut nanti doktor itu dengar, apa pula yang dicakapnya.
" Maaf awak. Banyak sangat kerja sampai saya terlupa makan. Maaf sebab saya susahkan awak "
Soyeon berwajah mendung dan turun dari katil. Dia kemudian memandang doktor yang merawatnya.
" Terima kasih doktor " Soyeon menunduk hormat dengan senyuman lebar lalu keluar dari bilik tersebut diikuti Taehyung dari belakang.
Taehyung hanya mengikuti Soyeon dari belakang, mengawasi langkah gadis itu agar tidak terjatuh atau terpeleset kerana Soyeon masih berjalan dengan langkahnya yang lemah.
Dia sebenarnya risau.
teramat risau.
tapi entah kenapa dia tak mahu tunjukkannya.
This is called ego right?
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...