❝ I love , Both of them ❞
AN: before korang start baca , zeu nak ucap terima kasih kepada semua yang sudi sokong fanfiction ni.
Zeu tak sangka yang zeu bakal dapat ranking top 100 dalam fanfiction.
I really appreciated to having you guys here. Thank you very much. Zeu harap korang puas hati dengan ending story yini 🌚
💋
TAEHYUNG menopang dagu , memandang lama wajah Alicia dengan senyuman lebar. Tindak tanduk gadis itu hanya diperhatikan , semakin hari mereka berdua semakin erat dan mesra.
Apatah lagi Taehyung sudah mengetahui kenyataan sebenar , dia begitu tak percaya yang isterinya masih hidup dan sihat sihat saja.
Ada satu saja persoalan yang selalu singga di benaknya , ada apa dengan Sunjung dan Alicia ? Dia dapat lihat krisis antara dua wanita itu.
Alicia tampaknya menyimpan dendam dan Sunjung pula bagaikan takut akan sesuatu yang besar.
Apa sebenarnya yang sudah berlaku antara mereka berdua ?
" erm , saya tak tahu lah nak makan apa. Awak pesan je lah apa apa "
Alicia menghulur semula buku menu kepada pelayan di situ. Dia menguntum senyum ke arah Taehyung , jejaka itu masih lagi melamun sambil memandang wajahnya.
" a-awak ? "
" ah! Eum oh , bagi macam biasa lah. Macam biasa soyeon makan "
Pelayan tersebut mengangguk faham. Bukan sekali dua Tuan dan Puan Kim berkunjung ke restoran ini. Dia sudah tahu apa makanan yang sering dipesan oleh mendiang isteri Tuan Kim.
Alicia yang mendengar itu , kaku jadinya. Dia memandang wajah Taehyung yang tersenyum ke arahnya. Liur diteguk.
" kenapa awak selalu buat muka macam tu bila saya sebut pasal soyeon ? Ke betul lah ni long lost twin soyeon "
Alicia tertawa hambar seraya mendengar kata-kata Taehyung. Tangan jejaka itu ditampar lembut.
" b-bukan lah. Saya rasa tersentuh bila ada lagi rupanya lelaki yang tetap setia dengan mendiang isteri dia "
Taehyung menguntum senyum.
" Dia terlalu berharga untuk saya. Wanita yang terlalu baik dan terlalu banyak berkorban. Hanya saya yang tak pernah nampak semua tu "
Alicia terdiam. Mata berkaca jejaka itu dipandang simpati. Tak apa , sayang. Sikit saja lagi saya akan bersama dengan awak semula sebagai soyeon awak.
Alicia menahan sebak di hati. Dia menunduk untuk menahan air mata daripada bergenang. Mesti sukar untuk si suami menjalani hidup selama dua tahun ini.
" P-puan Soyeon begitu beruntung memiliki awak "
Alicia menutur berat dek sebak yang mencengkam di dada. Ya , Taehyung memang sudah mengahwini Sunjung tapi dia tahu , hati jejaka itu tetap kosong. Dia dapat bandingkan diri Taehyung semasa bersama nya dan bersama sunjung.

ANDA SEDANG MEMBACA
365 Days
Фанфик[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...