S3: Bab 13

105 13 0
                                    

" KENAPA puan tiba-tiba nak makan tengahari dengan saya ni? Saya ada buat salah apa-apa ke? "

Han Yoona menyoal. Dia sedikit takut saat Soyeon tiba-tiba mengajaknya untuk makan tengahari bersama. Ajakannya itu bukan seperti ajakan tetapi lebih kepada arahan kepadanya.

Soyeon mungkin kelihatan peramah, baik hati dan lemah lembut. But when it comes about work, Park Soyeon adalah ratu kepada ratu syaitan. Dia tegas, teliti dan cekap. Maklumlah, dia isteri kepada Raja setan. Sebab itulah Yoona takut, takut kalau-kalau dia ada membuat kesilapan semasa di ofis.

" Awak tak buat apa-apa salah. Saya cuma tiada teman makan hari ini. Seokjin sibuk. Jay pula di oversea, "

Yoona menghembus nafas lega. Nasiblah, kalau tidak..dia tak tahu harus bagaimana menghadapi mulut celupar majikannya itu.

Soyeon jarang berkata jahat. Tapi jika sesuatu mengganggunya dan membuatnya tertekan, senang saja kata carutan keluar dari mulutnya.

" Lagipun, saya ada benda nak tanya kepada awak, PA Han. "

" Tanya? tentang apa tu Puan? macam serius je? "

Soyeon menghembus nafas berat. Sejak kejadian kelmarin, dimana Jia dan Taehyung sama-sama hilang membuatkan Soyeon terganggu dan curiga.

Sudah berapa malam Taehyung masuk ke bilik lewat dengan beralasan dia ada kerja di bilik kerjanya. Awalnya Soyeon tidak curiga. Dia kenal suaminya itu, ada saja kerja dan idea yang ingin dia lakukan. Tapi dek kekerapan hal itu berlaku membuatkan soyeon tak sedap hati.

Terkadang dia tak sengaja menangkap Jia dan Taehyung yang saling curi-curi pandang. Dia tepis perasaan curiga itu namun sekarang, kecurigaannya sudah tak terkawal lagi.

" Saya nak tanya awak tentang An Jia "

" Jia? Kenapa dengan Jia puan? "

" Saja..Saya cuma nak tahu Jia tu macam mana orangnya. Saya dengar awak berdua kenal sejak di sekolah tinggi lagi. Boleh awak beritahu saya, Jia tu tipikal gadis yang macam mana? "

" Hmm Saya dan Jia memang kenal dah lama dah. Kami duduk sekampung dan berjiran tapi kami tak lah rapat mana pun, "

" Apa yang saya tahu, Jia tu seorang gadis yang pendiam. Kalau waktu jam rehat tu, dia hanya akan duduk di tepi tingkap kelas dan termenung jauh. Terkadang kami di dalam kelas tak rasa kewujudan dia sehingga dia mendapat gelaran kera sumbang "

" Jia tak ada kawan, kiranya saya lah satu-satunya kawan dia. Dia sangatlah pendiam dan pandai menyembunyikan emosi sebenar. Susah nak baca fikiran orang macam Jia tu "

" Tapi tu dulu lah. Sekarang dia dah pandai berkomunikasi sejak masuk ke kolej. Kami terpisah saat tahun ketiga di kolej, saya graduate dulu dan Jia gagal dalam bidang yang dia ambil "

Soyeon terangguk-angguk mendengar penjelasan Yoona. Jadi jia itu seorang yang pandai menyembunyikan dirinya yang sebenar? susah untuk ditafsir. Oh, Soyeon faham sekarang.

" Kenapa puan tanya ya? Jia ada buat sesuatu yang buat Puan terganggu? Jia tu suka kagum akan hal kecil. Saya minta maaf bagi pihak dia kalau perangai Jia itu buat puan annoying "

Yoona tersenyum kekok.

" Tak, bukan pasal hal tu. Kalau pasal tu, saya tak kisah pun "

" Habis tu? "

" Saya cuma nak mengenal Jia. Saya curiga akan sesuatu "

" Curiga? "

-

" YAH! KAU ADA BUAT BENDA TAK BAIK KE JIA? "

Jia menjauhkan telefonnya sedikit dari telinga. Boleh pecah gegendang telinganya dek suara si Yoona ini.

" Ada apa ni, Yoona-yah? "

Dahi Jia berkerut. Tiba-tiba saja Yoona menelefon dan menempik kepadanya. Gila ke apa kawannya ini?

" Puan Soyeon ajak aku makan tengahari tadi dan dia tanya dekat aku pasal kau "

" Apa yang dia tanya? "

" Dia tanya kau jenis orang yang macam mana. Bila aku tanya kenapa dia tanya soalan tu, dia cakap dia cuma nak kenal kau dan dia curiga akan sesuatu. Kau jangan main-main Jia, dah cukup elok kau kerja dekat situ tiba-tiba kau kena pecat nanti macam mana huh? "

Jia memutarkan bebola mata. Yoona selalu membebelnya macam lah dia adalah ibunya.

" Curiga? "

" haih..kau tanya aku pulak, manalah aku tahu! "

Jia berfikir sejenak sebelum senyuman sinisnya tersungging. Nampaknya perempuan itu lebih cepat dari apa yang dia bayangkan. Park Soyeon...memang bukan perempuan biasa.

" Nampaknya dia dah mula perasan "

" tentang apa? "

" Tentang hubungan sulit aku dengan suami dia "

" HUH?! YAH! K-kau! apa yang kau dah buat ni Jia?! "

" Kau ingat tak aku pernah cakap, impian aku adalah menjadi orang kaya? Sekarang ni, aku dah fed up untuk terus berusaha dengan impian aku so...Aku guna jalan pintaslah "

Jia menghambur tawanya. Yoona di dalam talian agaknya sudah histeria. Dia tak sangka Jia yang polos itu bakal melakukan hal sebegini!

" Jia..kau better jangan libatkan diri dalam hal macam ni! Aku dah cakap, aku dah pesan banyak kali yang Tuan Kim tu bukan orang sembarangan! Kau..kau boleh mati dalam tangan dia sekarang juga kalau dia nak tahu tak! "

" Dia tak akan sanggup. Dia cakap dia cintakan aku dan akan berkahwin dengan aku! "

" Jia! kau dah gila ke?! ketaksuban kau terhadap kekayaan hanya akan mengundang malapetaka! Janganlah jadi punca rumah tangga orang lain rosak! Banyak lagi kot cara untuk kau kecapi impian kau daripada guna cara kotor macam ni! "

" Jia, Puan Soyeon tu dah cukup merana tahu tak? jangan disebabkan kegilaan kau tu, kau musnahkan hidup orang lain! "

" Ish bisinglah! memekak je kerja! Kau dengar sini baik-baik, jangan sampai Perempuan tu tahu hal ni. Kalau aku dengar kau beritahu dia, kau jangan ingat kau boleh hidup tenang! "

" Jia! kau- "

Belum sempat Yoona menghabiskan katanya, pantas saja Jia memutuskan talian.

Dia tak ada masa yang banyak, dia perlu desak Taehyung untuk mengahwininya!

365 DaysWhere stories live. Discover now