S3: Bab 26

173 20 10
                                    

" BAU pelik yang datang dari rumah di hujung kampung, di Ilsan itu menimbulkan kemusykilan penduduk kampung. Awalnya mereka sangkakan ianya mungkin cuma bau bangkai anjing liar yang mati namun lama kelamaan bau tersebut semakin kuat "

" Choi wooshik, 53 tahun, merupakan seorang petani berkeputusan untuk menggeledah rumah usang yang ada di hujung kampung tersebut dan tiba-tiba lelaki tua itu diserang sakit jantung apabila dia mendapati ada dua mayat yang  sudah dikerat lehernya terlentang di atas katil dengan begitu banyak cacing yang memakan jasad dua mayat tersebut "

" Hal itu membuatkan satu kampung menjadi heboh kerana ketakutan. Ahli forensik mengesahkan bahawa dua mayat itu adalah An Juwook, 54 tahun dan An Shia 51 tahun. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan namun anak mereka, An Jia, 27 tahun hilang tanpa jejak. "

Mangkuk Ramyeon yang berada di tangan Yoona terlepas seraya dia menonton berita itu. Dia berdiri kaku di hadapan televisyen yang ada di pantri tersebut, jantungnya bergetar hebat.

Masih segar diingatannya apabila dia menelefon Jia pada malam itu untuk menawarkan pekerjaan babysitter, gadis itu berkata yang ibu dan ayahnya sudah berpindah ke jeju.

Tapi, Ada apa pula dengan berita ini? Ahjumma dan ahjussi ditemui mati di Ilsan dalam keadaan leher sudah dikerat? Bukankah mereka di Jeju?

Jadi maksudnya..

Jia berbohong?

Kenapa gadis itu berbohong?

Mata Yoona terbeliak. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena!

Yoona pantas meninggalkan pantri dan menuju ke ofis Taehyung. Telefonnya dikeluarkan dan mula melayari internet untuk mencari artikel berita yang ditontonnya sebentar tadi.

Dalam langkah kalut, dia tak sengaja bertemu dengan Taehyung yang kebetulan baru kembali selepas jam makan tengahari, jejaka itu memegang beberapa kertas. Yoona meneliti kertas tersebut, ianya kelihatan seperti kertas hasil ujian DNA.

" Tuan, kita perlu bincang sesuatu! "

Tangan Taehyung ditarik masuk ke dalam ofis. Mereka melabuhkan punggung di sofa berdekatan.

Yoona menghulurkan telefonnya kepada Taehyung.

" Sila baca artikel itu " Arah Yoona. Taehyung mengambil telefon yoona teragak-agak, artikel tersebut dibaca.

Flashback, di malam Yoona menelefon Jia.

" Jia, kenapa dengan kamu ni? letak pisau tu nak.. "

An Shia, Ibu kepada Jia sudah merayu agar anaknya melepaskan pisau itu. Shia duduk melutut di hadapan anaknya, air mata mengalir deras membasahi pipinya yang sudah berkedut hodoh kerana sudah lanjut usia.

" Aku malu lah ada mak bapak yang miskin macam korang ni! Korang berdua sepatutnya beri aku kemewahan! bukan beri aku hidup susah dan menyedihkan macam ni! "

Tubuh lemah wanita tua itu ditendang Jia hingga terbaring. Pipi ibunya ditampar kasar. Pisau tersebut dihunus ke dalam perut ibunya lalu leher wanita tua itu dikerat Jia seperti yang dia lakukan kepada ayahnya tadi.

Dia tertawa histeria saat kedua-dua orang tuanya sudah terlentang tidak bernyawa. Dia ahlikan dua mayat itu ke atas katil.

dek obsesi akan kekayaan dan cemburu dengan kehidupan orang lain, dia sanggup melakukan semua itu.

Deringan telefon menganggu aktiviti Jia.

" Aish..siapa pula kacau aku main ni "

Dia berdecit sebelum menapak ke arah telefonnya yang berada di atas meja. Nama si pendail yang tertera dibaca. Dia berdehem untuk membetulkan tekak lalu punat hijau ditekan.

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang