SOYEON ingin memasakkan makan malam untuk keluarganya hari ini. Dia memilih Stew Ayam, telur gulung dan bulgogi sebagai menu utama.
Dia tahu, Taehyung sangat sukakan Stew Ayam buatan tangannya. Semasa Taehyung belum hilang ingatan dulu, setiap kali dia memasak stew ayam tersebut, berpinggan-pinggan Taehyung menambah.
Jia turut membantunya di dapur. Memotong sayur dan daging.
Sudah genap sebulan Jia bekerja di sini. Gadis itu melakukan kerja dengan baik cuma terkadang dia agak cuai dan pelupa.
Soyeon sudah menganggap Jia seperti adiknya. Mereka selalu menghabiskan masa bersama, berbual tentang fesyen, selebriti, zaman-zaman kolej mereka, berkongsi pengalaman terindah, pengalaman yang tak boleh dilupai dan pengalaman memalukan.
Dia baru tahu yang ini baru pertama kali Jia berkunjung ke seoul. Jia sering menceritakan tentang hidupnya di ilsan, tentang kehidupannya yang serba kekurangan. Bila Soyeon bertanya tentang ibu-bapa Jia, gadis itu bagaikan mengelak dan tak mahu menjawab soalan tersebut.
" Saya nak tanya dari tadi tau sebenarnya, bekas apa dekat leher Jia tu? "
Soyeon berkata separuh berbisik dan tersenyum mengusik. Dia perasan yang Jia selalu keluar pada waktu malam. Agaknya gadis itu ada teman lelaki.
" Ah..ini.."
" Hei..tak payah nak sembunyilah.. Awak ada teman lelaki kan? "
Jia tersenyum kekok sebelum mengangguk perlahan. Kalau dia beritahu yang teman lelakinya itu adalah suami Soyeon sendiri, rasanya apa yang jadi? Mungkin kah Soyeon pengsan? ke mati terus?
Jia tertawa jahat di hatinya.
" Saya dah agak dah, saya perasan awak selalu keluar rumah pada waktu malam. Jenis orang macam mana dia, jia ssi? "
" hmm..dia kacak, baik hati, tinggi dan hot. Dia agak kaya "
" Kalau macam tu beruntunglah awak, Jia. Saya doakan agar awak dan teman lelaki awak tu akan berkekalan "
Soyeon memaparkan warm smile dan menepuk lembut bahu Jia. Dia turut tumpang gembira untuk gadis itu. Dia berharap agar Jia bertemu dengan lelaki yang tepat dan sememangnya baik.
" Saya akan jemput Puan Soyeon, ke perkahwinan kami nanti " ya, di perkahwinan aku dan laki kau! Hampir saja Jia ingin menambah itu. Dia penasaran bagaimana reaksi Soyeon nanti bila mengetahui hubungannya bersama Taehyung.
Dia tak sabar melihat kehancuran Soyeon dan Nyah dari sini! Selepas itu, dia akan menjadi maam besar di rumah ini, semua apa yang Soyeon ada akan menjadi miliknya! Harta dan kemewahan bakal jadi miliknya!
" Apa yang korang berdua gelak kan tu? " Taehyung menjengukkan kepala di dapur.
" Ni hah..Jia rupanya ada teman lelaki! "
Taehyung terbatuk usai mendengar itu. Dia melirik ke arah Jia yang berdiri di sebelah Soyeon, sedang tersenyum jengkel ke arahnya. Taehyung cuba menyembunyikan senyum.
" Oh ye ke? Tahniah Jia Ssi! " Ujar Taehyung dengan Senyuman. Dia kemudian melangkah masuk ke dapur dan menghampiri Soyeon.
Pinggang Soyeon dipeluk tanpa amaran. Membuatkan Soyeon sedikit terkejut.
" Ish..apa ni Taehyung..Malu lah Jia tengok.. "
Soyeon tersipu malu dan cuba meleraikan tangan Taehyung pada pinggangnya namun jejaka itu terlalu kuat.
" Kalau Jia ada teman lelaki, saya nak ingatkan awak yang awak ada suami yang kacak ni "
Taehyung mengeratkan lagi pelukannya pada pinggang Soyeon, dia menyebamkan wajahnya pada leher isterinya.
Sebelah tangannya pula merayap ke sebelah, menyentuh pinggul Jia.
Jia menahan nafas yang kian sesak tatkala Jari jemari Taehyung mencapai bahagian sensitifnya. Dia mengerling ke arah Taehyung. Jejaka itu memaparkan isyarat rahsia mereka. Mengisyaratkan Jia untuk bertemunya lagi di rooftop malam ini.
" Soyeon malam ni saya tidur lewat sikit ya? Saya nak habiskan lakaran baju yang saya buat semalam dekat bilik kerja "
" oh again? dah berapa malam awak tidur lewat aje.. "
" Jangan risau, saya tak tidur lewat sangat pun. Okay? "
Soyeon hanya mengangguk dengan kuntuman senyumnya. Taehyung meleraikan pelukannya pada Soyeon lalu berganjak keluar dari dapur. Sempat dia mengenyitkan mata kepada Jia.
-
" Taehyung, awak tak nak kahwin dengan saya ke? "
Taehyung sedikit tercengang mendengar soalan Jia. Wajah gadis itu dipandang lama.
Kahwin? Sebenarnya, belum pernah terlintas lagi di dalam fikirannya untuk mengahwini Jia. Baginya masih terlalu awal. Lagipula, dia belum kenal Jia sepenuhnya.
Terkadang dia merasakan gadis itu amat berahsia. Setiap kali dia cuba bertanya Jia tentang kehidupan gadis itu sebelum ini, gadis itu enggan menjawabnya dan sering menukar topik.
Melihat Taehyung yang hanya diam membuatkan Jia faham.
"Macam tu rupanya...Saya faham, Awak tak cintakan saya pun kan sebab tu awak diam je "
Jia memuncungkan mulut dan berpeluk tubuh.
" Sayang..bukan macam tu tapi saya rasa macam awal sangat kita nak berkahwin. Hubungan kita tak sampai sebulan lagi pun.. "
" Kalau awak betul-betul cintakan saya, awak tak kisah semua tu. Kita boleh je saling kenal selepas berkahwin. Saya nak kita ada ikatan yang sah. Saya nak awak akui saya sebagai isteri awak "
Taehyung diam lagi. Dia tak tahu harus bagaimana. Benar dia cintakan Jia tapi jika dia berkahwin dengan gadis itu, bagaimana dengan Soyeon?
Perkahwinan itu pastinya tak akan dapat disembunyikan lama. Pasti akan terbongkar juga akhirnya. Apa yang akan berlaku jika hubungannya dan Jia diketahui oleh Soyeon? semestinya gadis itu akan pergi dan membawa Jun jauh dari hidupnya.
Dia tak mahu hal itu terjadi. Dia sayangkan Jun dan...Soyeon.
" Jia-yah, Saya akan cari jalan. Awak tunggu okay? "
" betul tak ni? "
" Yup, saya janji "
-
Soyeon menghidu aroma kopi yang dibancuhnya sebentar tadi. Dia mahu menemani Taehyung malam ini memandangkan esok tak terlalu banyak kerja
di ofis.Dia menuju ke bilik kerja Taehyung yang berada di sebelah bilik mereka. Pintu dikuak.
Dia mengerutkan kening, tiada kelibat Taehyung disitu. Pergi ke mana jejaka itu? pergi tandas ke? Soyeon melangkah masuk ke dalam bilik kerja itu, dia mendapati yang Tandas di situ juga tak berpenghuni.
Ke mana suaminya itu?
Dia menuju ke tingkat bawa semula. Mencari-cari Taehyung di setiap penjuru ruang namun tak dapat dia Jumpai.
Dia kemudian menuju ke bilik Jia yang berdekatan dapur. Bilik tersebut tak berkunci dan sedikit terbuka.
" Jia ssi..awak lupa tutup pintu- "
Saat dia menguak pintu bilik Jia, kelibat gadis itu juga tak ada.
Taehyung tak ada,
Jia juga tak ada,
kedua-duanya hilang serentak.
Fikiran Soyeon terganggu dek hal itu.
Kebetulan atau dirancang?
![](https://img.wattpad.com/cover/245735022-288-k963562.jpg)
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...