S3: Bab 15

139 16 21
                                    

" SAYA akan berkahwin dengan Jia untuk keselamatan Jun "

Soyeon terpaku ditempatnya seraya kata-kata Taehyung itu menerpa halwa telinganya. Mata Soyeon tak berkedip memandang Taehyung yang duduk di sofa bersebelahan dengan Jia yang hanya menunduk sambil mendukung Jun.

" A-apa yang awak cakapkan ni, Taehyung? "

Suara Soyeon bergetar. Matanya sudah berkaca. Dia tak salah dengar kan?

" Awak dah lupa kejadian semalam? Awak hampir nak kurung Jun dan tak nak beri dia makan? Awak fikir ada ke seorang ibu yang akan berfikiran begitu terhadap anak sendiri? "

" Hei, binatang pun tahu sayang anak lah! Ini kan awak! Manusia yang dikurniakan akal dan fikiran! "

Taehyung menempik. Tajam saja matanya memandang Soyeon yang berdiri di hadapannya.

" Apa yang berlaku semalam tu berada di luar kesedaran saya. Saya tertekan dengan hal syarikat dan tak sengaja melampiaskan pada Jun! Kenapa awak sampai nak berkahwin pula dengan Jia? Semua tu tindakan bodoh! "

" Tindakan bodoh? Saya tak kisah apa yang awak nak cakapkan. Demi keselamatan Jun, saya perlu lakukan semua ini. Saya tak mahu anak saya menjadi mangsa kegilaan awak! Itu baru nak kurung Jun, lepas ni apa pula? Awak nak bunuh dia? "

" Taehyung! Saya masih waras lah! Saya takkan buat semua tu pada anak sendiri! Saya hanya hilang kesedaran diri, saya tak berniat nak lakukan perkara itu! Saya hanya cakap saja! "

Soyeon tak mahu mengalah. Berkahwin dengan Jia itu sudah terang lagi bersuluh adalah idea yang bodoh! Mereka mengenali Jia tak sampai pun dua bulan lagi, tiba-tiba nak berkahwin? tak masuk akal!

" Keputusan saya muktamad. Saya akan berkahwin dengan Jia untuk kebaikan Jun. "

Mendengar itu, Soyeon tertawa sinis.

" Untuk kebaikan Jun ke untuk kebaikan awak? Awak ingat saya tak tahu apa yang awak buat di belakang saya? Awak ingat saya tak tahu awak ada hubungan sulit dengan perempuan murahan ini?! "

PRAK!

Sekali lagi Soyeon mendapat tamparan dari Taehyung.

" Sekarang ni awak nak tuduh saya curang pula ya? Jaga mulut awak tu! "

" Saya dah tak kisah apa yang awak nak cakap. Keputusan saya tetap sama. Saya akan berkahwin dengan Jia! "

Taehyung dan Jia meninggalkan Soyeon sendiri di situ.

Gadis itu terduduk. Tangisnya dihambur sepuasnya.

Kenapa semua benda ini terjadi kepada dirinya? kenapa harus selalu dia yang tersakiti? Kenapa Taehyung begitu kejam pada dirinya? Kenapa Taehyung memungkiri janjinya?

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?

Soyeon berharap semua ini hanya mimpi buruk. Dia harap dia bangun secepatnya. Tolong..seseorang bangunkan dirinya dari mimpi buruk ini!

Soyeon menangis teresak-esak. Terasa hatinya bagaikan ditikam pisau berkali-kali. Kata-kata Taehyung sebentar tadi bagaikan sembilu yang membelah dua hatinya.

Tuhan, kenapa kau begitu kejam? Kenapa kau takdirkan diri ku untuk hidup seperti ini? Padahal aku tak minta banyak, aku hanya ingin bahagia bersamanya seperti orang lain. kenapa harus aku yang kau perlakukan kejam?

Bagaikan rohnya sudah meninggalkan jasadnya. Kalau Taehyung sudah berkata seperti itu, dia boleh buat apa kan?

-

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang