S3: Bab 14

105 15 4
                                    

" BERIKUT adalah 13 penjualan terlaris dari tiga pusat pembelanjaan terbaik sebulan yang lalu, "

Min Yoongi, sedang melakukan pembentangan di hadapan.

" Dari Zon pakaian Youth and casual, Brand dari Classics Touch berada di posisi tiga seperti bulan yang lalu. Di zon pakaian careers, Lavie enrose naik dari peringkat lima ke empat. Bwilouis.V kehilangan posisi pertama untuk pertama kalinya. "

Soyeon mengurut pelipis kepalanya perlahan. Mana lagi fikirannya celaru memikirkan tentang Jia dan Taehyung, posisi syarikat lagi yang semakin hari semakin merosot.

" Kim Seokjin, Bagaimana awak mahu mengatasi masalah ini? Saya dah beritahu awak, dapatkan kontrak dengan Syarkat Vogue! "

" Perbezaan keseluruhannya hanya 0.5 peratus saja, Puan Kim "

Seokjin menjawab.

" Maksud awak, penurunan sebanyak 0.5 peratus ini tidak bernilai? Disebabkan awak terlalu menganggap semua hal hanya sepele, awak gagal bersepakat dengan Vogue! "

" YS design menawarkan tiga kali ganda royalti yang kita tawarkan. Dengan itu, kita harus membayar setidaknya dua kali ganda dari itu, iaitu enam kali ganda royalti yang awalnya kita tawarkan. "

" Untung bersih yang kita peroleh selama setahun ini agak merosot. Mungkin kerana faktor kita jarang mengikuti acara fashion week, collaboration dan penglibatan dengan influencer yang terkenal. "

Kim Seokjin menjelaskan.

" Kalau dah tahu macam tu, kenapa biarkan?! Awak adalah pengarah utama dalam Group designer! Sepatutnya, awak tak boleh membiarkan hal sebegini berlaku! "

" Do whatever! Do everything to gained our position back! Meeting ended here! "

Soyeon yang bagaikan histeria itu membuatkan ruang mesyuarat itu hening. Semuanya hanya menunduk. Mereka perlukan Kim Taehyung di sini sekarang, selepas Taehyung kemalangan dan terpaksa mengambil cuti yang panjang, keadaan syarikat menjadi tak teratur.

Dan sekarang, Soyeon gagal mengekalkan posisi Syarikat bwilouis.V. Dia semakin tertekan dengan semua benda. Serasa otaknya bagaikan hendak terbelah dua. Semua terasa berat dan menyakitkan.

Otaknya tak dapat berfungsi dengan baik. Seharian itu dia hanya memarahi, menempik dan membentak semua karyawannya.

Mengingatkan Taehyung dan Jia yang sepertinya mempunyai rahsia itu, membuatkan dia lebih tertekan.

Dia benar-benar berada di fasa yang paling bawa di dalam hidupnya. Soyeon tak tahu harus bagaimana menangani tekanannya ini.

-

Soyeon pulang ke rumah lebih awal hari ini, membawa semua fikiran walang dan tertekannya dari ofis.

Dia bingung harus bagaimana mengurus syarikat itu. Hanya Taehyung yang tahu selok belok dalam hal sebegitu. Selama ini, dia hanya membantu dari luar sahaja.

Masuk saja ke dalam rumah, kepalanya di landa rasa sakit lagi tatkala terpandang Jun yang comot dengan coklat dan mainannya yang bersepah di lantai.

Seakan marak amarah Soyeon. Dia mengatur langkah pantas ke arah Jun yang seronok bermain. Matanya melilau sekeliling, tak ada kelibat Jia dan Taehyung.

" Jun! Apa sepah-sepah ni?! Mama balik dari kerja dan stress macam ni, Jun boleh buat sepah?! "

Soyeon menempik kuat. Jun yang sememangnya  tak tahu apa-apa itu hanya mendongak memandang wajah ibunya yang sudah merah kerana marah.

" Apa yang awak bisingkan ni, Soyeon? "

Kelihatan Taehyung di anak tangga, menuju kepadanya.

" Ni anak awak ni! Kenapa awak biarkan dia buat sepah? Saya paling pantang tahu rumah ni bersepah macam ni! dengan Jun lagi yang comot! Awak ni suami jenis yang macam apa?! Benda macam ni pun awak tak reti ke?! "

Naik darah Taehyung mendengar kata-kata Soyeon sebentar tadi.

" Kalau ya pun awak tertekan, jangan lampiaskan pada orang lain! Jangan lampiaskan pada Jun! Dia budak lagi, dia tak tahu apa-apa! "

" oh, budak lagi ya? Waktu budak-budak macam ni lah kita sebagai orang tua perlu ajar dia jadi manusia! Jia! Mari sini! "

Soyeon memangggil Jia. Kalut gadis itu keluar dari biliknya dan menuju ke tempat Soyeon.

" A-ada apa puan? "

" Macam mana awak buat kerja? Saya dah cakap banyak kali, keep your eyes always on Jun! Benda senang macam tu pun tak reti nak buat ke? Dasar perempuan kampungan! Bodoh! "

PRAK!

Telapak tangan Taehyung hinggap di pipi gadis itu hingga Soyeon tertoleh ke tepi. Gadis itu terdiam, pipinya yang terasa pedas disentuh perlahan.

" Watch your mouth. "

Ujar Taehyung, dingin.

" Awak..Awak tampar saya? untuk perempuan ni? "

Tubir mata Soyeon kepenuhan, Air matanya jatuh berderaian membasahi pipi mulusnya. Jia di situ sudah tersenyum kemenangan. Seronok melihat pergaduhan Taehyung dan Soyeon.

" Saya cakap perkara betul! Kita tak patut terlalu manjakan Jun! "

" Kalau ya pun, awak tak perlu tengking anak kita! Dia kecil lagi untuk menjadi mangsa pelepasan amarah awak! "

" Dia kecil lagi ya! Jia, bawa budak bertuah ni ke bilik dia! Kurung dia dan jangan bagi dia makan! Biar dia rasa! "

Soyeon naik gila. Dia tak sedar dengan apa yang sudah di katakan.

" Awak dah gila ke, Kim Soyeon?! Awak cuba nak bunuh anak awak sendiri?! "

Kolar blaus Soyeon dicengkam kuat. Taehyung betul-betul hilang kesabaran dengan Soyeon yang pulang-pulang saja bertingkah gila seperti ini.

" Apa? Awak nak pukul saya? pukul lah! pukul saya sekarang! "

Taehyung melepaskan cengkamannya pada kolar blaus Soyeon hingga gadis itu terlempar kasar ke lantai.

Mata soyeon sudah lencun dek menangis. Taehyung memandangnya tajam, Jun yang sudah menangis diambil lalu didukungnya.

" Saya tak sangka awak sanggup buat anak awak sendiri macam ni. Lepas ni apa pula yang awak nak lakukan? Awak nak bunuh Jun pula? Sedar Soyeon! Saya kecewa dengan awak! "

Taehyung meninggalkan Soyeon yang terduduk di atas lantai marmar itu sambil membawa Jun ke tingkat atas.

Jia hanya tersenyum. Dia seronok menyaksikan kemusnahan keluarga bahagia itu.

365 DaysWhere stories live. Discover now