S3: Bab 29

218 19 9
                                    

TAEHYUNG dan Soyeon melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Selama seminggu Taehyung berada di hospital, hari ini dia dibenarkan keluar.

Mata Taehyung tertancap pada Potret perkahwinannya bersama Jia yang masih tergantung kemas.

" Dasar perempuan tak guna "

Taehyung pantas menuju ke potret itu dan menghempasnya ke atas lantai. Pecah dan bersepai serpihan kaca di atas lantai marmar tersebut.

" Taehyung! " Soyeon berlari ke arah Taehyung apabila potret itu dipijak oleh jejaka itu dengan geram.

" Awak akan terluka nanti! dah lah tu! "

Nafas Taehyung tercungap-cungap. Hatinya panas setiap kali wajah jia terbayang. Dia bencikan perempuan itu! Kalau boleh, mahunya dia tikam bertubi-tubi gadis itu dengan pisau sampai lunyai.

Soyeon menenangkan Taehyung. Beberapa hari ini Taehyung agak panas baran dan sensitif. Pernah satu hari Taehyung terbayangkan wajah Jia pada wajah jururawat yang menjaganya, habis dicekiknya jururawat itu. Nasiblah Soyeon datang tepat pada masanya.

Soyeon membawa Taehyung ke sofa berdekatan. Dia mengusap belakang Taehyung lembut bagi menenangkan Taehyung yang masih panas.

" Awak janganlah fikirkan sangat. An Jia dah terima balasan yang setimpal. Dia dah terima karmanya. "

" Semua tu tak cukup bagi saya, Soyeon. Saya nak dia mati di tangan saya sendiri! Dia cungkil kelemahan saya dan perbodohkan saya! lebih teruk lagi, dia buat saya sampai ceraikan awak! "

Soyeon menghembus nafas berat. Dia tak tahu harus bagaimana memberitahu Taehyung lagi. Fikiran jejaka itu negatif saja beberapa hari ini. Soyeon takut kalau-kalau perkara itu membuatkan Taehyung semakin tertekan dan akan memudaratkan kesihatan mentalnya.

" Dah, jangan fikir lagi. Sekarang kita naik ke atas. Awak kena mandi dan makan ubat lepas tu tidur "

Soyeon memapah Taehyung ke tingkat atas. Jejaka itu membersihkan diri sementara Soyeon menyediakan makan malam buat Taehyung.

Usai Mandi, Taehyung menjamu makan malam yang disiapkan oleh Soyeon. Masakan gadis itu memang tak pernah mengecewakan tetapi dia teringat di hari pertama Soyeon mulai belajar memasak.

Soyeon memasakannya pancake ketika itu namun ianya tawar. Taehyung menghambur tawa kecil.

" Kenapa awak ketawa? Tak sedap eh? "

" Tak lah, saya teringat dulu-dulu. Awak buatkan saya pancake tawar. Ingat lagi tak? huh..rindunya zaman-zaman tu "

Soyeon hanya memaparkan senyuman nipis. Hatinya tiba-tiba sebak mengenangkan kenangan manis yang dia bina bersama Taehyung.

" By the way, Taehyung.. "

" hm? "

" Saya akan balik ke Busan esok "

Sudu dan garfu yang dipegang Taehyung terlepas. Dia pandang Soyeon dengan tatapan sedih. Dia belum bersedia untuk hidup sendiri tanpa Soyeon.

" Soyeon-ah.."

" tak boleh ke awak pertimbangkan semula permintaan saya? Saya nak bahagiakan awak dan Jun. Please? "

Soyeon menggeleng dengan senyuman nipis.

" Kenapa? Awak dah tak cintakan saya ke? Kenapa awak tak nak bersama saya semula? "

" Sebab saya akan pergi jauh, jauh dari awak dan semua orang "

" Soyeon..Tolonglah jangan tinggalkan saya.. "

Taehyung menangis lagi. Pantas tubuh kecil gadis itu dipeluk seeratnya bagaikan tak mahu melepaskan. Haruman Soyeon yang membuai, pasti dia akan rindukannya nanti.

365 DaysWhere stories live. Discover now