S3: Bab 17

103 15 14
                                    

SUDAH beberapa hari Jia dan Taehyung sah menjadi suami isteri. Setiap hari tetap sama bagi  Park Soyeon, dia hanya pergi ke kerja pada awal pagi kemudian pulang pada petang hari. Setelah sampai di rumah, dia hanya berkurung di bilik ataupun meluangkan masa bersama Jun.

Sedikitpun dia tak mahu berkunjung ke ruang tamu atau di mana-mana ruang di dalam rumah ini. Dia tak mahu terserempak dengan Jia dan Taehyung. Kemesraaan dua manusia itu hanya akan menyakitkan hati. Daripada dia menyakitkan hati sendiri, lebih baik dia tak usah melihat itu semua.

Jia juga semakin hari semakin pemberani. Dia berperilaku baik di hadapan Taehyung, seolah-olah dialah isteri paling terbaik di dalam dunia ini. Hakikatnya, dia sering mencaci maki dan beradu mulut bersama Soyeon.

Terkadang Soyeon malas melayan dan membiarkan saja Jia yang tak habis-habis memperlekehkan dirinya.

Bukan itu sahaja, Jia juga bertingkah seolah-olah dialah maam besar di dalam rumah itu. Agaknya, 90% ruangan di dalam rumah ini dikuasai oleh Gadis itu.

Soyeon hanya mampu mengalah. Kalau dia melawan sekalipun dia dapat apa kan? Taehyung tak akan pernah membela dirinya.

Soyeon membaringkan diri di atas katil. Sebelah lengannya di rehatkan di atas dahi. Boleh tahan banyak kerja hari ini di ofis, masalah penurunan posisi Syarikat Bwilouis.V hari itu masih dalam proses pemulihan. Mujurlah Seokjin banyak membantunya semasa di ofis.

Karyawan-karyawan Syarikat tersebut juga semakin hari semangat mereka semakin kembali. Mungkin kerana mereka kasihankan Soyeon yang terlalu banyak beban yang harus dipikul, mereka kembali bekerja keras seperti biasa untuk mengurangkan sedikit beban yang menghempap bahu majikannya itu.

Soyeon kemudian bangun dari pembaringannya dan melilau memerhati setiap ruang bilik itu. Matanya berahli ke sofa, ke meja solek dan akhir sekali di atas katil yang merupakan bekas katilnya bersama Taehyung.

Banyak memorinya bersama jejaka itu di setiap penjuru ruang bilik itu. Masih dapat dia dengari gelak tawa mereka di dalam bilik itu, berkumandang di dalam fikiran Soyeon.

Dia menghembus nafas berat. Apalah dayanya, Taehyung yang dia kenali sudah berubah 360 darjah. Soyeon sudah tiada di dalam hati Taehyung, lesap dan mati.

Setelah Jia dan Taehyung berkahwin, suaminya itu sudah berpindah ke bilik sebelah. Tak pernah lagi Taehyung berkunjung ke bilik ini setelah itu.

" Tak apalah, Soyeon. Nak bersedih pun tak ada guna, Taehyung tak akan peduli. Sekarang ni, bertahan selagi kau mampu. Bertahanlah untuk Jun "

Soyeon memesan diri. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik mandi. Dia membersihkan diri dan berendam di dalam tab mandi yang diisi dengan air hangat bersama dengan esen bunga mawar.

Usai itu, dia keluar dari bilik mandi dengan hanya berkemban tuala dari paras dada hingga ke paha. Dia terkejut dan terundur sedikit saat matanya tertancap pada Taehyung yang duduk di sisi katil, menanti dirinya.

Mata mereka bertentangan, Soyeon pantas menutup dirinya apabila Taehyung memandangnya atas ke bawah.

"A-awak buat apa dekat sini? "

Soyeon menyoal teragak-agak. Mabuk agaknya lelaki ini.

" Suka hati aku lah. Rumah ni aku yang punya, aku ada hak nak masuk ke bilik mana yang aku mahu, "

Panggilan ' awak, saya ' sudah ditukar ke ' kau, aku' sejak hubungan Soyeon dan Taehyung menjadi kering. Jejaka itu juga bersikap dingin kepada Soyeon. Terkadang lelaki itu berkata dalam ton kasar kepada Soyeon. Langsung tak kisah dengan perasaan Soyeon yang masih lagi sah bergelar isterinya.

" S-saya nak pakai baju, tolong keluar "

Jari telunjuk Soyeon menghala ke pintu, meminta jejaka itu untuk keluar.

" Pakai je lah. Buat apa nak malu dengan aku? Lagipun, aku tak teringin lah dengan badan kau tu. Tak menyelerakan langsung "

Soyeon memutarkan bebola matanya. Tak menyelerakan ye? okay, fine.

Soyeon menuju ke almari. Silky lingerie berwarna merah diambil lalu tuala yang membaluti tubuhnya dibuka saja selamba di hadapan Taehyung.

Taehyung kaku ditempatnya. Dia tak dapat mengahlikan pandangan dari pemandangan indah yang ada di hadapannya sekarang ini. Garis tubuh Soyeon, pinggang dan dada gadis itu membuatkan Taehyung kecur liur. Dia akui, tubuh Soyeon jauh lebih premium berbanding Jia yang hanya bersaiz orange.

Ini sebenarnya pertama kali dia melihat tubuh Soyeon yang tidak mengenakan seurat benang setelah dirinya kemalangan dan amnesia. Lekuk tubuh Soyeon sememangnya idaman para lelaki di dalam dunia ini. Tubuhnya ramping, tinggi dan putih mulus.

Taehyung hanya memerhati tindak-tanduk Soyeon yang menyarungkan satu persatu pakaian pada tubuhnya. Soyeon kemudian mengeringkan rambut, memakai skincare malam dan losen.

" Awak pergilah teman isteri awak tu. Buat apa ke sini? Nanti dia fikir macam-macam pula. Saya tak nak dia cop saya perampas suami orang "

Sarkastik saja kata-kata Soyeon.

" Kenapa pula dia nak fikir kau rampas aku? Kau adalah isteri pertama aku "

" Oh! Saya isteri awak ke? Saya tak tahu pun "

Soyeon naik ke atas katil, selimut ditarik hingga ke paras dadanya. Taehyung masih di situ, memandangnya bagaikan hendak tembus.

" Pergilah, Taehyung. Kalau awak terus di sini, saya takut saya akan berharap lagi. Berharap yang awak akan sedar dan memilih saya semula "

" Tapi saya tahu, perkara tu mustahil. Saya dah anggap suami saya yang pernah cintakan saya dan sanggup berkorban apa saja untuk saya tu dah mati "

Taehyung diam.

Dia sebenarnya masih terkesan dengan kata-kata Soyeon semasa di majlis perkahwinannya dengan Jia. Dia sedikit kagum dengan Soyeon yang tetap pada pendiriannya meskipun dia sudah menyakiti hati gadis itu.

Taehyung tak dapat tidur beberapa malam ini. Asyik memikirkan Soyeon dan kata-kata gadis itu. Dia tertanya pada dirinya sendiri, mengapa dia boleh memilih Jia pada akhirnya dan bukan Soyeon?

Dia berada dalam dilema dan tak tahu harus bagaimana menyelesaikan kecelaruan ini.

" Aku akan tidur di sini malam ni "

Taehyung baring di sebelah Soyeon selamba. Mata Soyeon terbeliak.

" Huh? Apa maksud awak? no, saya takkan benarkan. Ish, pergilah tidur dengan isteri awak tu! "

Soyeon sedaya upaya menolak tubuh Taehyung namun jejaka itu tetap berdegil.

" Lebih baik kau senyap sebelum bibir aku yang tolong senyapkan kau "

Taehyung memejamkan mata, gebar ditarik hingga ke paras dadanya.

" Wah...lepas apa yang awak dah buat dekat saya awak boleh santai macam ni? " Soyeon sekali lagi cuba menolak tubuh Taehyung namun tak dapat.

" Satu "

Taehyung mengira.

" Aish! Taehyung, saya bercakap dengan awak! "

" Dua "

" Keluarlah! "

" Tiga "

Mata Taehyung tercelik kembali. Dia pandang Soyeon yang merona wajahnya dek geram.

" Awak ni tak faham bahasa ke- UMP! "

Bibir Soyeon dipagut Taehyung. Membulat mata gadis itu.

Taehyung melepaskan ciumannya. Soyeon yang sudah terdiam itu dipandang dengan senyuman jengkel.

" Aku dah beri amaran tadi kan? "

365 DaysWhere stories live. Discover now