Bab 2

858 100 4
                                    

❝ 365 hari mencintaiku❞

PELIPIS kepala di urut perlahan. Beberapa komen hujatan yang tertera di dalam skrin telefonnya hanya di scroll dengan malas.

" sejak bila pula kita buat animal abuse untuk dapatkan kain yang bagus ni ? Sejak bila pula kita guna bulu arnab untuk buat baju ? Aih , sakit otak aku"

Kim seokjin , salah seorang designer profesional di Bwilouis grup turut ikut sama mengurut dahi. Pening dengan situasi sekarang.

Banyak kecaman dan hujatan yang mereka terima sejak artikel palsu itu di muat naik oleh orang yang tak bertanggungjawab. Para VIP juga banyak yang memutuskan kontrak dengan Syarikat Bwilouis.V.

" Secretary hahm dah berjaya padamkan artikel tu tak ? "

Taehyung memandang sekilas , mata tajam Taehyung membuatkan jantung seokjin mahu saja terlempar ke lautan pasifik sana.

" Artikel tu dah berjaya di padam tapi pandangan orang terhadap kau sekarang dah lain , Taehyung. Kau dah tak boleh buat apa dah melainkan kau buat sidang media untuk buat clarify yang hal tu tak betul " 

" kau ingat aku jenis manusia yang suka buat perkara useless macam tu ke ? Wasting time. "

Taehyung tersenyum sinis. Kerusi kulitnya di putarkan ke kiri dan ke kanan , sambil otaknya mula bekerja memikirkan sesuatu yang bernas.

" Cari manusia yang buat artikel tak guna tu. Bagi berapa yang dia nak. Aku nak kau uruskan semua ni untuk aku , seokjin "

Bahu jejaka itu di tepuk. Kot yang bergantung , di capai lalu di pakai.

" Aku akan cuba. By the way , kau nak ke mana pula?"

" jumpa tunang aku "

-

Suasana kekok dan senyap , hanya bunyi pinggan dan sudu yang berlaga.

" A-awak tak ada benda nak cakap ke ? "

Penat berdiam , Soyeon berkeputusan untuk memulakan perbualan di antara mereka berdua.

Pertama kali mata mereka bertentangan tadi , jantung soyeon sudah berdebar kencang. Jejaka itu hanya memasangkan wajah cold dan tak banyak bercakap namun terlihat sungguh cool di mata soyeon.

Taehyung mengelap bibirnya menggunakan tisu , fresh orange di hirup sebelum matanya tertancap kepada soyeon yang masih terjeda.

" Finish your food first "

Soyeon mengangguk kekok sebagai jawapan. Dia mula menghabiskan makanannya perlahan-lahan. Usai itu , dia meletakkan sudu dan pisau makan di tepi.

Soyeon berdehem , senyuman manisnya di ukir kepada Taehyung yang sedang berpeluk tubuh sambil memandangnya bagaikan mahu tembus.

" err kenapa awak pandang saya macam tu ? "

" kau nampak familliar "

Ujarnya membuatkan mata gadis itu membulat. Setahunya , baru kali ini mereka berjumpa untuk pertama kalinya.

" maksud awak ? "

" lekuk tubuh kau buatkan aku teringat seseorang yang sedang aku cari sekarang ni "

" k-kekasih awak ke ? "

" urm.. yes i guess ? "

Soyeon memaparkan senyuman kelat. Rambutnya yang berjuntai di selit ke telinga. dia sekadar menunduk , jejaka itu pula masih memandangnya.

" perkahwinan kita di rancang oleh heolbeoji dan papa kau. Tapi , tak semestinya aku terima kau sebagai isteri aku , kita akan hidup seperti suami isteri juga "

" 365 hari bermula sekarang , hal kau adalah hal kau dan hal aku adalah lah hal aku. Tiada istilah , hal aku adalah hal kau dalam kamus hidup kita nanti "

" lepas tamat setahun , kita bercerai dan buatlah haluan masing-masing. Oh , and remember. No cinta cinta di antara kita. Aku harap jelas ya , So..yeon ? "

Soyeon mengemam bibir rapat. Hujung gaun yang di pakainya di cengkam kuat sambil menunduk.

" k-kenapa perlu macam tu ? T-tak boleh ke kita just terima dan hidup bahagia ? "

Beberapa saat , tawa Taehyung kedengaran.

" Kita ? Bahagia ? Aku ni lelaki yang bercinta dengan kerja , aku tak rasa kau bakal bahagia dengan aku. Aku tak ada masa dengan hal hal cinta yang membuang masa aku. Kalau tak di sebabkan heolbeoji yang beria , aku tak nak berkahwin sampai tua sekali pun "

Soyeon tertawa sinis.

" hm ok sangat lah tu. Nanti bila awak dah mati , suruh lah syarikat awak tu yang pergi kuburkan awak dan ziarah awak kan ? "

" what did you say ? "

" aha nothing "

" jadi , macam mana ? Kau setuju ? "

" Kalau tak ? "

Taehyung mencerlung tajam. Matanya menikam kuat anak mata gadis itu membuatkan Soyeon tersentak. Dia terbatuk kecil dan berdehem.

" deal "

To be continue..

Sorry kalau bosan 😔✋

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang