❝ 365 hari mencintaiku ❞
MELIHAT saja kelibat Doktor keluar daripada Wad milik Soyeon , Taehyung berdiri segera. Nafas yang tercungap-cungap cuba untuk di atur supaya tenang.
Wajah Mendung doktor membuatkan Taehyung tidak tahan. Debaran yang dia rasai bukan kepalang. Takut sesuatu terjadi pada isteri tercintanya.
" B-bagaimana keadaan isteri saya doktor ? "
" Isteri Encik selamat , tapi kandungan dia kami tak dapat usahakan "
Mendengar itu , Taehyung terjeda. Seakan banyak persoalan yang menghentak fikirannya kini.
Kandungan ? Bagaimana boleh ? Sejak bila ?
" k-kandungan ? "
" Ya , encik. Kandungan Puan soyeon sudah berusia Dua minggu. Mungkin di sebabkan hentakan kuat , bayi dalam kandungan tak dapat kami selamat kan "
Mata Taehyung terbuntang. Belum buat apa lagi , soyeon di sahkan mengandung dan semestinya bukan benih darinya. Habis itu , siapa ?
Masa bagaikan terhenti. Serasa maruahnya sebagai lelaki begitu terhina. Seakan di pijak dan tidak berharga. Jantungnya berdegup kencang dan begitu sakit di lubuknya.
Tangan di kepal geram. Wad soyeon di pandang dengan mata yang menajam.
Nampaknya , Soyeon itu sudah di nodai oleh lelaki lain selain dirinya. Wanita yang dia cintai sepenuh hati , sudah tercemar dengan tangan lelaki lain.
Sudah tercemar..
" Apa yang kau dah buat dengan hati aku , Soyeon-ah ? "
-
Seokjin membiarkan saja Taehyung melepaskan perasaan. Dari tingkat 10 pangsapuri , Taehyung memekik sekuatnya. Hati seokjin di terpa bimbang , risau jika Taehyung hilang imbangan dan terjun dari tingkat itu.
Ah , Takkan lah Taehyung segila itu ? Hatinya menyangkal.
Terkejut dia saat Taehyung bertamu tanpa sapa dan salam. Terus saja dia menuju ke balkoni dan bertempik sepenuh hatinya. Dia mengekori tanpa sepatah kata , takut juga dia mahu menyapa.
Takut nanti dia pula yang menjadi mangsa pelepasan geram Jejaka itu. Dia bukan tidak tahu , Taehyung kalau sudah bertarung dengan perasaan sendiri memang tak kira siapa saja tempatnya melampiaskan amarah.
Dia masih ingat saat Tunang Taehyung sebelum ini di dapati curang , marahnya bukan kepalang. Hingga di balingnya laptop apple mahal hingga berkecai.
Seokjin menggelengkan kepala. Dia menuju ke dapur dan kembali dengan segelas air. Air tersebut di hulur kepada Taehyung. Rakus saja di teguk oleh jejaka itu lalu dia melabuh punggung di sofa berdekatan.
" k-kau dari mana ? "
Seokjin sedikit gentar untuk bertanya namun dia memberanikan diri saja.
" hospital " dia merengus kasar di akhir kata. Pelipis kepala di urut perlahan.
" Hospital ? Ada apa ? Siapa yang sakit ? "
" Soyeon "
" Bini kau ? "
" ya lah. Takkan bini kau pula ! " Bidas Taehyung kasar. Seokjin sudah meneguk liur pahit. Takut dengan iris mata Taehyung yang tajam memandangnya.
Melihat air muka Taehyung ,dia dapat membaca suara hati lelaki yang sedang di landa taufan.
" Soyeon sakit apa , Tae ? "
Taehyung memejam mata. Sakitnya menelan hakikat ini. Umpama menggenggam barah api. Perasaanya menggelegak mengenangkan apa yang sudah terjadi.
" Soyeon keguguran "
Seokjin terjeda. Gelas kaca yang di pegang terlepas daripada genggaman hingga berderai di atas lantai.
" Setahu aku , korang berkahwin atas permintaan keluarga. Takkan lah secepat ini dia mengandung ? Ataupun kau dah buat dengan dia sebelum berkahwin ? "
Soalan Seokjin di balas dengan pandangan tajam. Dia sendiri pun tak tahu mahu berkata apa lagi. Nasi sudah jadi bubur.
" Anak tu bukan anak aku "
Serasa liur tersekat di kerongkong , seokjin terbatuk tatkala mendengar fakta itu meniti di bibir Taehyung. Wajah Polos soyeon terbayang. Tidak menyangka di sebalik wajah suci itu , Soyeon adalah wanita yang sudah di nodai.
Patutlah mudah saja dia menerima lamaran daripada keluarga Kim. Rupanya ada udang di sebalik batu. Tak sangka , bergeliga juga pemikiran soyeon. Liciknya bukan main.
Seokjin menghembus nafas berat. Dia faham situasi Taehyung sekarang. Suami mana yang tidak terasa terhina saat mengetahui isterinya di sahkan mengandung namun bukan kerana sentuhannya ?
Umpama di hempap gunung berapi rasanya.
" Seokjin , tolong jangan beritahu sesiapa tentang hal ini. Heolbeoji aku terutamanya. " pinta Taehyung sejurus kemudian.
Dia terlalu tertekan hingga tersasul memberitahu hal ini kepada seokjin. Rahsia yang umpama membuka pekung di dada.
Dia sudah mengenali seokjin sekian lama , dia yakin jejaka itu dapat menyimpan rahsia ini.
" Tolong , aku dengan kau saja yang tahu "
Seokjin mengangguk perlahan. Dia kasihan kan Taehyung. Sunggu berat ujian yang menimpa sahabatnya itu. Baru saja beberapa hari yang lepas dia memberitahu yang dia dan soyeon sudah membaiki hubungan menjadi lebih baik.
Namun , di gemparkan dengan perkara ini pula ? Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul.
" Habis tu , kau dengan soyeon macam mana ? Kalau kau nak bercerai , terlalu awal Tae. Nanti orang lain pandang kau serong "
Taehyung mengeluh. Mata dipejam rapat.
" Aku akan kembali ke plan asal aku. Selepas 365 hari , aku dan dia akan buat haluan masing-masing "
To be continue...
HEHEHEHE
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...