S2 / 19

438 66 25
                                    

❝ I love , both of them ❞

MATA yang terkatup rapat di celik perlahan. Sinaran matahari yang terpancar daripada celahan langsir di ruangan itu mengerutkan pelipisnya.

" Akh "

Dia memegang kepala yang seakan berpinar dan berat. Sedaya upaya dia gagahkan diri untuk bersandar di kepala katil , sesuatu bau yang amat dia kenali memasuki rongga hidung.

Bau paracetamol. Hospital ? Mata nya agak berat namun dia memaksa juga untuk memandang sekeliling ruangan itu. Ya , betul lah. Dia sekarang berada di hospital.

Kejadian di malam itu seakan terputar semula di dalam kotak pemikirannya. Di mana dia ditolak dari atas ferri dan akhirnya hanyut di bawa arus air laut yang kuat.

Mujur lah tuhan masih memperpanjangkan umurnya. Wajah si pelaku masih jelas di dalam fikirannya.

" already awake ? "

Suara garau seseorang kedengaran. Pantas saja dia menoleh ke arah suara itu dan berharap tinggi yang itu adalah suaminya , namun bukan.

Seorang lelaki asing menghampirinya dengan membawa sedulang makanan yang disediakan oleh hospital. Soyeon menelan liur pahit. Tekak seakan loya dan tak ada selera.

" Hampir seminggu awak tak sedarkan diri dan sekarang awak kena makan "

Ujarnya dengan senyuman. Dulang makanan diletakkan di atas meja tepi katil. Soyeon sekadar memandang saja tindak tanduk jejaka itu.

" awak siapa ? Anak saya mana ? "

Jejaka itu menghembuskan nafas berat. Gadis ini baru saja sedar , patut ke dia beritahu yang gadis ini telah keguguran ? Dia takut fikiran gadis itu terganggu memandangkan kondisi si gadis belum stabil sepenuhnya.

" saya harap awak boleh bersabar dan tenang kalau saya beritahu hal ni "

" awak keguguran "

Soyeon cuba mengatur nafas yang tercungap-cungap. Dek tak tertahan , air mata deras berjatuhan membasahi sang pipi. Itu adalah satu-satunya hadiah yang dia mahu hadiahkan kepada Taehyung!

Mereka mahu bersama-sama membesarkan anak itu dan menjadi ibu-bapa yang terbaik. Namun semua anganan itu hancur sekelip mata. Tangannya di kepalkan geram kala wajah sunjung terngiang di fikirannya.

" saya faham perasaan awak. Sekarang awak perlukan rehat terlebih dahulu. Saya ada dengar yang pihak polis sedang mencari seorang gadis yang jatuh dari ferri majlis pelancaran Bwilouis.V. is that you ? "

" dan gadis itu merupakan isteri kepada CEO Bwilouis.V "

Soyeon mengangguk lemah. Dalam fikirannya sekarang ini , dia takkan kembali ke pangkuan Taehyung begitu saja. Dia..dia akan menuntut haknya dan membalas apa yang sepatutnya dia balas kepada gadis bernama Ryu Sunjung itu.

" wah jinjja ? "

" eung. Tapi , tolong jangan beritahu saya ada dekat sini "

Si jejaka mengerutkan kening.

" waeyo ? Diaorang juga ada pergi hospital ni tapi nurse tak ada bagitahu yang ada mangsa yang lemas sebab nama awak yang saya bagitahu nurse tak sama dengan nama gadis yang diaorang sebut "

" saya tak tahu nama awak hehe "

" terima kasih sebab selamatkan saya. Dan untuk terakhir kalinya , saya nak minta tolong dengan awak"

Jaykay berdiam , setia mendengar pertolongan yang ingin di pinta gadis itu.

" Tolong palsukan kematian saya "

〰️

" saya rindukan awak.." Dia duduk di sisi katil sambil baju milik si isteri di hidu dan di peluk. Dia bagaikan sudah tidak waras lagi. Hal syarikat di biarkan saja tergendala , hanya sunjung sendiri yang menguruskan segalanya.

Dia sudah tak mahu mengambil tahu. Khabar yang isterinya sudah di jumpai dan di sahkan meninggal dunia sudah sampai ke telinganya.

Keluarga si isteri di Busan juga sudah mengetahui segalanya. Si ibu mertua tak habis menyalahkan Taehyung. Di tambah lagi Abang iparnya yang semakin membenci dirinya dek hal ini.

Benar kata orang , kekayaan tak memberi apa-apa. Hilangnya orang yang begitu disayangi , bagaikan segalanya lenyap begitu saja. Warna warni kebahagiaan seakan di sedut hingga bertukar kelam dan kelabu.

Seseorang membuka selamba saja pintu bilik dan memandang Taehyung yang seakan tidak normal. Dari pagi sehingga menginjak malam , si jejaka tidak makan.

Dia risau juga kalau Taehyung mati. Dia juga yang rugi nanti.

" Awak.. makan lah sikit "

Sunjung memujuk dengan membawa sedulang makanan. Selama kepergian Soyeon , selama itu jugalah Taehyung meminta untuk di temani. Namun , kehadiran Sunjung di rumah ini bagaikan tidak wujud saja.

" Awak kena belajar terima hakikat yang Puan Soyeom dah tak ada. Hospital di US pun dah sahkan yang itu memang jasad puan. Saya juga menumpang sedih , puan soyeon baik orangnya "

Sunjung mengalirkan air mata palsu. Tubuh Taehyung di peluk seeratnya.

" awak masih ada saya kan ? Saya tahu yang saya tak boleh menggantikan tempat Puan soyeon tapi memang dah tak ada tempat lagi ke untuk saya dalam hati awak ? "

Taehyung memandang redup wajah Sunjung. Dia sedar , yang gadis itu lah yang menemaninya sepanjang dia dilanda rasa sedih dan dikala dirinya memerlukan pelukan seseorang.

Hati kecilnya terdetik , sampai bila dia harus bersedih seperti ini ? Isterinya takkan pernah kembali lagi. Taehyung , its time to move on because life goes on.

Cintanya terhadap soyeon semestinya takkan pernah pudar. Namun , dia juga perlu menyemai semula dan membalas cinta Sunjung yang begitu menggebu-gebu terhadapnya.

Dia pasti , soyeon juga tak mahu dia terpuruk seperti ini. Pastinya soyeon takkan dapat pergi dengan tenang.

Dengan harapan yang masih ada , dia mahu teruskan hidup dan melepaskan soyeon dengan tenang. He's really hope that they can be together again in another life.

His heart , his love and his life , hanya milik Soyeon seorang.

Mari teruskan hidup , Taehyung dan saya berharap yang Awak dapat tidur dengan tenang disana , sayang.

To be continued...

Masalah dia sekarang yini , soyeon belum mati tehyung.

🌚

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang