TAEHYUNG melangkah masuk ke dalam ofis Kim Seokjin. Jejaka itu fokus memilih fabrik dengan pen diletakkan di atas kuping telinga dan pita pengukur yang digantung pada lehernya.
Taehyung berdehem, Seokjin mengangkat wajah seraya itu. Dia menatap Taehyung dengan tatapan dingin kemudian fokus kembali pada kerjanya.
Dia masih geramkan Taehyung yang bertindak mengahwini Jia. Baru berapa bulan kenal, asal-usul dan latar belakang pun tak tahu lagi dan berkeputusan untuk mengahwini gadis itu? Artinya sama saja bagaikan membawa ular masuk ke dalam rumah!
Kita tidak tahu, mungkin hari ini kulit-nya berwarna putih dan berkilauan tapi kalau sudah namanya ular, akan bertukar kulit juga!
" Dah seminggu aku masuk ofis, sedikit pun kau tak nak sapa aku, Kim Seokjin? "
Seokjin tidak mengendahkan Taehyung.
" Hey, aku bercakap dengan kau lah. Majlis aku dan Jia pun kau tak datang "
Taehyung melepas keluhan berat. Apa yang teruk sangat dengan Jia? Fikir Taehyung.
" Eh, tak sangka meja tu boleh bercakap "
Ujar seokjin, jarinya menunjuk ke arah meja di hadapan, Sengaja mahu memarakkan api kemarahan Taehyung.
" Seokjin! "
Seokjin memandang Taehyung akhirnya.
" Oh kau rupanya, ingatkan binatang mana tadi "
Ujar Seokjin bernada sindiran.
" B-binatang? " Membesar mata Taehyung.
" Yup, binatang. Binatang je yang tiada akal dan fikiran. "
" Huh? Apa yang kau cakapkan ni Seokjin? "
" Aish, buat-buat tak tahu pula badak sumbu ni. Aku bercakap tentang tindakan bodoh kau lah! Aku tak boleh terima tahu kau berkahwin lagi! "
" Apa masalahnya kalau aku kahwin lagi? Aku mampu malahan lebih daripada mampu. Soyeon tak bising pun, kau pulak melebih "
Taehyung melabuh punggung di sofa berdekatan.
" Kim Taehyung, Soyeon memang tak bising tapi kau pernah ambil tahu perasaan dia? bagaimana hati dia? seberapa retak hati dia? "
" Please, sedarkan diri kau. Berlambak tahu lelaki di luar sana yang nak bawa wanita sempurna seperti Soyeon itu jumpa keluarga mereka? Tapi kau? kau sia-siakan kesetiaan dia terhadap kau, Kau mainkan hati dia, lukai dia. Dia memang tak cakap tapi aku boleh rasa macam mana terpukulnya isteri kau tu oleh perbuatan kau ni "
" Sejak dari dulu lagi, dia tak pernah lelah dengan kau. Kau lukai hati dia banyak kali tapi dia masih kembali ke pangkuan kau dan sayang kau sepenuh hati. Tolong lah Taehyung, have a mercy on her heart! She's in pain, hurted and dying inside! "
Seokjin menempik, memerah wajahnya dek api kemarahan yang sudah marak di hatinya.
" Aku, aku dah banyak lukakan hati dia? Apa maksud kau? "
" Tu lah masalah kau. Kenapa lah tuhan bodoh sangat sampai buat semua kejahatan kau terhadap Soyeon hilang dari fikiran kau macam tu saja? "
" Kalau kau nak tahu, kau pernah siksa Soyeon habis-habisan, ikat dia dalam bilik dan tak beri dia makan hanya kerana dia mengandung anak orang lain. Tapi hakikatnya, anak tu adalah anak luar nikah kau bersama Soyeon. Selepas Soyeon tahu yang kau sebenarnya pelaku malam itu dan ayah kepada bayi yang gugur tu, dia masih terima kau seadanya. Kau rasa perempuan lain akan kembali pada kau lepas apa yang kau dah buat? "
Taehyung tercengang. Dia? Dia lakukan semua itu?
" Aku ingat selepas kejadian tu kau dah insaf dah. Rupanya tak. Kau boleh-bolehnya ada hubungan sulit dengan Secretary practical? Nasiblah kau bijak dan akhiri perkara tu tapi malangnya perempuan tu tak nak mengalah dan cuba bunuh Soyeon! Dia tolak Soyeon dari ferri dan buat Soyeon keguguran sekali lagi. Dua tahun dia hilang dan kembali sekali lagi semata-mata nak pertahankan perkahwinan korang berdua "
" dan sekarang, kau nak sakiti dia lagi? Baik kau bunuh dia saja Taehyung daripada kau terus menerus siksa dia macam ni! "
Taehyung mengeluh dan mengangkat punggung dari sofa.
" Aku tak tahu cerita dari novel mana kau petik ni, Seokjin. Aku rasa kau terlalu penat, aku bagi kau balik awal hari ini. Have a gooooood rest "
Taehyung mengatur kaki keluar dari bilik Seokjin.
Apa yang diceritakan Seokjin itu semuanya tak masuk akal. Kenapa pula dia sekejam itu? Pastinya Seokjin hanya terbawa suasana dan mula mengarut. Soyeon tak pernah sebut apa-apa pun tentang cerita sebegitu.
-
" Jia-yah, awak tak boleh buat macam ni. Itu kan anak saya? Kalau dia tahu, kita akan dipenjara tahu tak?! "
Juho didalam talian sudah menempik habis-habisan. Jia yang sedang mengunyah chips, memutarkan bebola matanya.
" chill. Sikit je lagi rancangan kita nak sampai level terakhir. Awak jangan risau. Kalau saya berjaya bolot harta keluarga Kim ni, kita akan lari jauh-jauh dari sini. Awak nak ke mana? Paris? London? Jepun? eh jepun dekat sangat. Um.. macam mana dengan Malaysia? "
Jia tertawa mengekek. Juho sudah mengeluh di dalam talian.
Dia memang bersepakat dengan Jia mahu mengambil untung dari keluarga-keluarga kaya tapi kalau sudah sampai tahap sebegini, dia merasa goyah dan takut.
Lagipula, keluarga yang menjadi mangsa mereka kali ini adalah orang berpengaruh di korea selatan yang besar ini. By hook or by crook, manusia kerdil seperti mereka akan tetap dikesan walaupun bersembunyi di dalam lubang cacing sekalipun!
" Awak jangan main-main Jia! Ni perkara serius ni! "
" Ish membebel je kerja! Saya dah cakapkan jangan risau! Dah lah saya letak dulu! "
Talian dimatikan Jia.
Juho di sebelah sana sudah berpeluh takut. Dia sepatutnya jangan mencadangkan perkara itu dua bulan yang lalu. Kini dia tak dapat memberhentikan Jia yang semestinya lebih gila daripada dirinya.
Apa yang harus dia lakukan? Dia tak mahu berada di dalam penjara!
Dia harus lakukan sesuatu!
Kim Taehyung. Yes! dia perlu berjumpa Kim Taehyung!

ANDA SEDANG MEMBACA
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...