S2 / 10

459 60 18
                                    

❝ I love , both of them ❞

SUNJUNG merenung wajah Miyeon , sahabatnya.

" Sebenarnya aku nak tanya pendapat kau "

Soda di letakkan ke tepi. Dia menarik dan menghembus nafas perlahan sebelum memulakan pertanyaannya kepada Miyeon. Dia mahukan kepastian , sama ada hubungannya dengan Taehyung ini adakah sepenuhnya salahnya.

Dia tak dapat tidur semalaman memikirkan hal itu. Sudah berlangsung tiga hari hubungannya bersama Taehyung , selama itu juga dia tidur tak lena.

" Ha tanya je lah "

" Urm , kau tahu kan yang aku dalam hubungan dengan Bos aku tu , Tuan Kim ? Bagi kau , aku sepenuhnya bersalah ke dalam hal ni ? "

Miyeon berdehem seketika usai meneguk soda. Bahu sahabatnya di cengkam lembut , anak mata gadis itu di tenung.

" Bagi aku , kau tak salah. Yang salah dalam hal ni adalah Bos kau tu. Isteri dia tak boleh salahkan kau sebab dalam hal ni sebab suami dia yang mengatur langkah terlebih dahulu "

" Yang kau kena buat sekarang ni , cuma pertahankan hak kau. Kau dah rasmi dengan dia dan sebahagian daripada diri Taehyung adalah kepunyaan kau dan sebahagian lagi adalah milik isteri dia "

" Pendek kata , korang berdua sedang berkongsi. Tapi kau kena sedar diri lah as perempuan simpanan dia. Kau tak boleh berharap lebih melainkan kau lawan untuk dapatkan dia  "

Zzup!

Kata-kata miyeon sekejap saja mempengaruhi dirinya. Dia sudah pasti , tak salah jika dia mahu berjuang untuk dapatkan Taehyung dan jadikan jejaka itu miliknya sepenuhnya.

Tak salah kan ? Taehyung juga cintakan dirinya.

" aku cuma nak cakap. Jangan terlalu baik dan cuba dapatkan apa yang kau nak. Terkadang kita perlu lebih memilih hati berbanding memilih otak "

" fight for it , sunjung-ah "

〰️

" Hari ni Tuan ada photoshoot untuk rekaan baharu kita , lepastu ada perbincangan tentang pengeluaran kosmetik dengan Tuan Jang dan untuk bahagian petang , Tuan free "

Soyeon menguntum senyum usai melaporkan Jadual. Taehyung sekadar mengangguk dan hanya fokus pada laptop.

" ok terima kasih. Minta Sekretari Ryu untuk masuk ya "

" Baik Tuan "

Soyeon mengatur langkah. Aik , tiba-tiba pula Taehyung begitu profesional dengannya hari ini di ofis ? Selalunya , sempat lagi jejaka itu mengusik ataupun menggodanya.

Huh , mungkin terlalu banyak kerja kut.

" Sekretari Ryu , Tuan Kim panggil "

Sunjung mengangguk perlahan. Beberapa fail di kemaskan , lalu dia menapak masuk ke dalam bilik Taehyung. Soyeon hanya memerhati , bukan main lebar lagi senyuman sunjung saat Taehyung memanggilnya.

Cis , kebelakangan ini dia terlalu overthinking. Kecurigaannya terhadap Taehyung muncul sejak di malam jejaka itu tergesa ingin ke rumah seokjin kononya ada perkara mustahak perlu di bincangkan.

365 DaysWhere stories live. Discover now