TAEHYUNG melangkah masuk ke dalam rumah agamnya. Ianya gelap dan Sunyi, hanya diterangi cahaya malap dari dapur.
Iris mata Taehyung melilau sekeliling, tiada kelibat Jia. Jejaka itu mengatur langkah berjaga-jaga. Taehyung pasti yang Jia sudah tahu bahawa Taehyung mencurigai dirinya.
Taehyung merasa diperhati seseorang dari belakang. Dia memandang dari ekor matanya, satu figura berdiri tepat di belakangnya.
" Oppa.. "
Taehyung menoleh ke arah suara itu. Dia terpandang wajah Jia yang tersenyum kepadanya. Lebih tepat, senyuman seorang psikopat. Taehyung juga perasan yang Jia seperti menyembunyikan sesuatu di belakangnya.
Taehyung berundur beberapa langkah.
" Nampaknya Oppa dah tahu siapa Jia "
Jia menghambur tawa histerianya.
" Hmmm rancangan Jia dah gagal tapi, Jia takkan pergi dengan tangan kosong je tau "
Tawa Jia berhenti dan digantikan pula dengan riak wajahnya yang dingin dan penuh dendam. Pisau yang ada dibelakangnya dihayun ke atas, lalu dia berlari ke arah Taehyung.
Namun langkah Taehyung lebih pantas. Dia sempat menahan tangan gadis itu hingga membuatkan Pisau itu terlempar jauh.
Taehyung mengunci leher Jia dengan lengannya.
" Kau ingat kau sedang berhadapan dengan Siapa, An Jia? "
Taehyung tertawa sinis. Lengannya ditekan pada leher Jia, membuatkan gadis itu tercungap-cungap meminta nyawa.
Taehyung tak endahkan Jia yang teronta-ronta, segala kegeraman, rasa benci dan sakit hati dikeluarkan oleh Taehyung.
" T-tolong..l-lepaskan huh..huh "
" Bertahan sampai polis datang menjemput kau. Aku akan pastikan kau meringkup dan membusuk di dalam penjara! "
Taehyung mengeratkan lagi lengannya. Wajah Jia sudah memucat kerana kekurangan oksigen. Taehyung lepaskan kunciannya pada leher Jia, rambut gadis itu ditarik, lalu selamba saja Taehyung lempar tubuh lemah gadis itu di atas lantai.
Jia meringis kesakitan pada perutnya yang sarat mengandung. Dia pandang Taehyung yang berdiri di hadapannya, memaparkan senyuman puas.
" Sakit tak? tapi semua kesakitan kau ni tak sebanding dengan apa yang soyeon dah lalui. Kau takkan hidup dengan tenang mulai sekarang, Jia. Kau harus bayar semua yang kau lakukan terhadap keluarga aku! "
Tubuh Jia disepak. Nyaring suara gadis itu menjerit kesakitan.
" Aku akan pastikan, hidup kau terseksa selamanya, An Jia. "
Senyuman menyeramkan tersungging dibibir Taehyung. Beberapa detik, kedengaran Siren polis yang semakin mendekat.
Jia pantas bangun walaupun dia sudah tak larat. Namun dia tak ada jalan untuk melarikan diri saat Taehyung menahan tubuhnya.
" Nak ke mana? Jangan harap kau boleh lari kali ni "
" Kau, lelaki tak guna! "
Dua pegawai polis masuk ke dalam rumah agam itu dan menggari tangan An Jia. Teronta-ronta gadis itu bagaikan anjing gila.
" Aku akan balas dendam, Kim Taehyung! Kau tunggu! "
Jia menempik sebelum tubuhnya dipaksa masuk ke dalam kereta polis. Dua pegawai polis tersebut menunduk hormat kepada Taehyung sebelum mereka memandu keluar dari perkarangan rumah tersebut.
Akhirnya sudah selesai.
Tembelang An Jia sudah pecah dan Kim Taehyung, hanya mampu menyesali semuanya.
Dia pandang rumah agam yang kosong dan sunyi itu. Terbayang wajah Soyeon dan Jun yang tersenyum kepadanya.
Taehyung terduduk lemah, tangisnya dihambur.
Tinggallah dia seorang diri, sunyi dan sepi. Dia hanya dapat menyesali perbuatannya namun, untuk kembalikan semuanya seperti sediakala adalah mustahil.
Soyeon sudah membenci dirinya. Dia sudah tiada siapa-siapa lagi. Hanya dia dan dirinya.
-
Sebulan sudah berlalu.
Ahli Forensik yang bertugas dalam menangani kasus An Jia sudah mengesahkan bahawa An Jia lah merupakan pelaku yang membunuh Ibu dan ayahnya. Beberapa bahan bukti mereka dapati setelah rumah Keluarga An digeledah oleh pihak forensik.
Mereka menemukan sarung tangan, pisau dan beberapa peralatan lain terkubur di bawa rumah usang itu. Mereka juga menemui beberapa pill larangan yang dikonsumsi oleh An Jia.
Doktor Psikologi juga mengesahkan bahawa gadis itu menderita masalah mental dan depresi melampau. An Jia juga didakwa terlibat dalam beberapa kes lain seperti skim-skim penipuan orang-orang kaya dan penyalahgunaan dadah.
Setelah perbincangan rasmi di mahkamah, Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada gadis bernama An Jia tersebut.
" Kim Taehyung, The main director of Bwilouis.V Company married a criminal "
" The Woman who killed her mother and father tragicly is Bwilouis.V Main Director's second wife"
Berita-berita tersebut mendapat kecaman hangat dari netizen Korea selatan dan juga Luar negara. Banyak syarikat besar membatalkan kontrak bersama Syarikat Bwilouis.V sejak berita tersebut tersebar.
Syarikat tersebut juga mendapat kerugian yang besar-besaran untuk pertama kalinya. Perniagaan Bwilouis.V semakin merosot. Brand-brand yang dihasilkan semakin hari semakin tidak laku.
Taehyung juga semakin hari semakin tidak terurus. Setiap malam dia membasahi tekak dengan Wain hinggalah dirinya mabuk.
Dia tak tahu bagaimana dia harus keluar dari terowong yang gelap ini. Dia merasa keseorangan dan tak berguna. Dia penat dengan kehidupannya. Dia mahukan Soyeon kembali. Dia mahukan Jun kembali. Tapi dia sedar, semua itu mustahil.
Dia tak layak untuk Soyeon yang sempurna. Dia juga tak layak menjadi Ayah kepada Jun.
Taehyung memandu keretanya dalam kadar maksimum. Air mata jantannya mengalir deras membasahi pipi. Tak guna lagi untuk aku hidup! Aku memang tak guna! dia menempik sekuatnya di hati. Kereta yang dipandunya bagaikan mahu terbang kerana kelajuannya yang maksimum.
Fikirannya kosong kini. Segala kewarasan yang dia ada hilang begitu saja. Dia tidak kisah apa yang akan terjadi kepada dirinya sekarang. Dia bencikan dirinya.
Jikalau mati dapat menyelesaikan semua hal, dia rela.
![](https://img.wattpad.com/cover/245735022-288-k963562.jpg)
YOU ARE READING
365 Days
Fanfic[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...