SOYEON memandang Taehyung dan anak mereka yang sedang bermain bersama di ruang tamu. Senyuman gadis itu melebar, seronok melihat suaminya yang begitu gembira.
Awalnya Taehyung sulit untuk menerima kenyataan bahawa mereka mempunyai anak berusia dua tahun. Katanya semua hal itu berlaku terlalu pantas dan dia merasa kurang bersedia.
Tetapi mujurlah Taehyung terbuka hatinya saat melihat Jun yang dihantar oleh Seokjin petang tadi. Dia tampaknya begitu gembira, mungkin dia cair dengan kecomelan anak lelakinya itu.
Soyeon yang berada di anak tangga melangkah turun perlahan untuk menuju ke tempat Taehyung dan Jun yang sedang leka bermain.
" Awak.. " Bahu Taehyung ditepuk.
" Ya? ada apa Soyeon ssi? "
" Awak boleh tolong jagakan Jun? Sebab esok saya dah kena masuk ofis, banyak kerja tertangguh dan Seokjin tak dapat uruskan semuanya sendiri "
Tadi petang semasa Seokjin menghantar Jun, lelaki itu sudah menjelaskan semua tentang hal syarikat kepada Taehyung. Bahawa Soyeon adalah Secretary nya dan akan menjadi direktur utama untuk sementara waktu ini.
" Tapi saya.."
" Saya tahu. Awak tak boleh jaga Jun dalam keadaan macam ni. Kepala awak masih sakitkan? Awak jangan risau pasal tu, saya kan pulang tiap jam makan tengahari untuk masakkan makanan Jun dan mandikan dia. Awak jangan risau dan tengok-tengokkan Jun aje. ok? "
Taehyung mengangguk teragak-agak. Dia suka dengan Jun tapi nampaknya dia belum bersedia mahu menjadi ayah. Tanggungjawab itu terlalu berat.
Seperti yang dia katakan, dia bagaikan tertidur dalam jangka masa yang panjang, bangun-bangun saja lima tahun sudah berlalu dan dia mempunyai isteri dan anak. Siapa saja tidak terkena tekanan?
-
Keadaan agak canggung di dalam bilik tersebut.
Soyeon mengambil bantal dan selimut extra di dalam almari lalu dia letakkan di atas Sofa berdekatan dengan katil. Taehyung yang bersandar pada kepala katil hanya memerhati tindak tanduk gadis itu.
Dia ingin bertanya kenapa Soyeon tidur di situ tapi dia takut dia akan membuat suasana menjadi lebih kekok.
Soyeon pula, dia dapat merasakan jurang di antara dirinya dan Taehyung. Jejaka itu kelihatan tak selesa saat dia ingin bermesra. Ya betul juga kan, Taehyung memerlukan masa untuk menerima semua ini. Dia perlu bersabar dan memberi Taehyung ruang untuk pulih.
Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia melunaskan hutang rindu yang terbuku di dalam hatinya malam ini juga. Tapi dia tak mahu kelihatan seperti wanita yang suka memaksa dan murahan.
" Oh ya, awak kena makan ubat dulu "
Soyeon kemudian berlari anak menuju ke meja solek dan mengambil ubat Taehyung yang berada di dalam laci meja Solek tersebut. Soyeon kemudian menuangkan air ke dalam gelas lalu sebiji pil diberikan kepada Taehyung.
Ubat tersebut ditelan lalu air sebentar tadi diteguk lelaki itu. Taehyung menghulurkan semula gelas kaca yang masih tersisa sedikit air. Namun dek kecuaian Soyeon, gelas tersebut tak sengaja terlepas dari tangannya dan sisa air tersebut tumpah, membasahi baju Taehyung.
" Omo! Maaf awak! Saya akan ambil baju ganti! "
Soyeon berkata dalam kekalutan dan menuju ke almari. Baju T putih polos diambil lalu dia menuju semula ke arah Taehyung.
" Tak apa Soyeon ssi, Saya boleh ganti sendiri "
" Hei..mana boleh macam tu awak, saya yang tumpahkan "
Taehyung tak ada kata menolak saat Soyeon berkeras ingin membuka baju miliknya yang sudah basah.
Soyeon meneguk liur saat terlihat tubuh sasah itu. Rindunya ingin berada di bawah tubuh tegap itu, pasti hangat.....
Hey! Sedarlah Soyeon! Simpan gatal kau tu dulu dalam almari! Nanti apa yang Taehyung fikirkan tentang dirinya pula? silap hari bulan dia dicop perempuan gatal.
" D-dah tukar! hehe! " Soyeon menepuk tangan, ingin mencairkan suasana kekok itu namun Taehyung memandangnya dengan tatapan " gila ke perempuan ni " pula.
" Tapi Soyeon Ssi, kenapa awak tidur di sofa? katil ni besar apa? "
" nae? "
Soyeon tercegat memandang Taehyung. Tak faham maksud lelaki itu.
" Maksud saya, katil ni besar. Lebih baik awak tidur dekat sini "
" Habis tu awak nak tidur di mana pula? "
Bodoh benar kau ya soyeon. Mestilah dia akan tidur atas katil juga bangang!
eh jap. Maksudnya mereka akan tidur di katil yang sama?
OMGGG
" Maksud awak kita tidur bersama? Saya sebenarnya bukan apa, saya dapat rasa awak masih tak selesa dengan saya. Saya faham. Tak apa, saya boleh tidur di atas Sofa saja "
Soyeon kemudian membuat muka sedih dan berura menuju ke Sofa namun pantas saja Taehyung menarik tangannya.
Dia dah agak, Taehyung pasti akan simpati padanya! HEHEHEHEEHEHEEH
" Tak apa, Soyeon Ssi boleh tidur dekat atas katil. Saya akan tidur di sofa "
KREKKKK
Sepertinya itu bunyi hati Soyeon yang terbelah dua.
Haih, bukan ini yang dia mahu kan. Hanat betul lah.
" Takpe takpe! Awak boleh tidur di atas katil! Awak kan tak sihat lagi! takpe takpe! Tidurlah! takpe takpe! "
" Awak marah ke, Soyeon ssi? "
" marah? taklah! Saya tak suka marah-marah! Takpe takpe! Tidurlah! "
" Baiklah kalau macam tu "
Soyeon menuju semula ke sofa dengan perasaan hampa. Walhal dia sudah berharap yang Taehyung bakal mengizinkannya untuk tidur bersama.
Susah dia nak percaya, Taehyung bagaikan orang asing kepadanya kini. Dia sungguh berharap agar masalah ini berakhir cepat dan dia akan mendapatkan Suaminya semula.
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...