S3: Bab 28

143 17 13
                                    

PANDANGANNYA yang samar bertukar jelas. Mata Taehyung melilau memerhati ruangan itu, ianya serba putih.

Oh, dia berada di Syurga ke?

Bau Paracetamol yang kuat dan bunyi mesin membuatkan Taehyung tersedar yang dia sedang berada di hospital dan bukanlah Syurga.

Taehyung bangkit dari pembaringannya, dia meringis sedikit apabila sakit dikepalanya tiba-tiba datang. Dia cuba imbas kembali apa yang sudah berlaku.

Dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah untuk menjemput Soyeon. Mereka sudah berjanji untuk meraihkan ulang tahun perkahwinan mereka bersama. Tapi dia kemalangan dan selepas kemalangan itu, dia bagaikan bermimpi panjang.

Dia menghembus nafas lega. Mujurlah, semua itu hanya mimpi. Dia tak dapat bayangkan dirinya menceraikan Soyeon. Soyeon adalah jiwa, raga, hati dan nyawanya. Dia takkan pernah menceraikan gadis itu.

Lamunan Taehyung tercantas tatkala pintu wadnya dikuak seseorang. Satu figura berdiri di hadapan Taehyung membuatkan jejaka itu tersenyum lebar. Pantas dia peluk tubuh gadis itu seeratnya.

Soyeon hanya diam dan kaku tanpa berkata sepatah pun.

" Maaf, sayang. Saya tak dapat tepati janji saya. Padahal kita dah janji nak raihkannya bersama "

Taehyung mendongak, wajah dingin gadis itu ditatapnya.

" Sayang nak tahu tak? Saya mimpi ngeri tahu? Dalam mimpi tu saya ceraikan awak disebabkan seorang perempuan tapi mujurlah semua tu hanya mimpi "

Taehyung memeluk Soyeon lagi. Kepalanya disebamkan pada perut Soyeon.

" Mimpi? "

Soyeon menatap Taehyung.

" yup, mana mungkin saya akan ceraikan awak. Awak tahu kan? Saya tak boleh hidup tanpa awak di sisi saya "

Soyeon meleraikan pelukan Taehyung. Dia tatap wajah jejaka itu dengan tatapan Dingin.

" Taehyung, "

" semua tu bukan mimpi awak "

" Huh? Apa maksud awak ni Soyeon? "

" Semua tu benar-benar terjadi. "

Taehyung terdiam seribu bahasa. Dia tak percaya apa yang Soyeon katakan sebentar tadi. Perkara itu hanya mimpi! Taehyung pasti!

" Kita berdua memang dah bercerai. Semua yang awak anggap hanya mimpi itu, benar-benar terjadi "

" S-Soyeon-ah, Mana mungkin! Saya cintakan awak! Saya takkan pernah ceraikan awak! Tak mungkin! "

Taehyung memegang kepalanya. Dia menjerit nyaring bagaikan orang tidak waras. Soyeon mulai panik apabila Taehyung memukul kepalanya sendiri. Jejaka itu kehilangan kawalan dan mula menyalahkan dirinya sendiri.

Soyeon keluar dari wad Taehyung dan kembali semula bersama Doktor diikuti beberapa Jururawat.

Beberapa orang jururawat itu menahan kaki dan Tangan Taehyung dan memberi laluan kepada Doktor untuk menyuntik ubat penenang pada tubuh Taehyung.

Beberapa detik, ubat penenang itu mula melakukan kerjanya. Taehyung tertidur sejurus kemudian.

" Kondisi Tuan Kim sudah membaik tapi kami tidak pasti dengan kondisi mental beliau. Dia agaknya masih tertekan dengan situasi yang dia hadapi. Kami akan memantau beliau dari semasa ke semasa. Saya harap Puan bersabar ya? "

" Baik, doktor. Terima kasih. "

Soyeon menunduk hormat, Doktor tersebut membalas dengan anggukan sebelum melangkah keluar dari wad Taehyung.

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang