S3: Bab 23

112 16 15
                                    

SOYEON kembali ke kondo lama Taehyung memandangkan dia mempunyai kunci pendua kondo itu. Biarlah dia dia tinggal di sini dulu untuk beberapa hari.

Soyeon tak tahu harus ke mana. Kalau dia balik ke busan, memang tak hidup lah Taehyung itu nanti oleh abangnya. Kalau dia ingin menumpang di tempat Jaykay, akan tetap sama. Riwayat Taehyung akan tamat jika Jaykay tahu tentang apa yang sudah berlaku.

Dia tak tahu mengapa dia masih mahu mengambil berat terhadap Taehyung walaupun jejaka itu sudah melakukan dirinya seperti ini. Rasanya tak ada perempuan yang lebih bodoh daripada dirinya. Dia biarkan dirinya dimakan oleh perasaan cintanya sendiri.

Benar kata orang, cinta memang indah tapi kita tak tahu ke mana keindahan itu bakal membawa kita. Cinta yang berlebihan juga tak bagus.

Soyeon meletakkan beg bagasinya di sisi sofa. Tubuhnya dihempas saja pada sofa yang ada di ruang tamu itu.

Rumah ini sudah lama tak berpenghuni sejak dia dan Taehyung berpindah ke rumah agam. Semuanya masih nampak sama seperti dulu, menimbulkan perasaan nostalgia kepada Soyeon.

Disinilah semuanya bermula. Peristiwa yang berlaku malam tadi kembali terngiang, tak disedari air matanya kembali mengalir. Adakah ini adalah penghujung bagi hubunganya bersama Taehyung?

Rasanya inilah penghujungnya. Sudah tidak ada yang harus dipertahankan lagi. Taehyung sudah pun memilih Jia. Sudah tidak ada apa lagi yang harus diperjuangkan. Hanya satu, dia akan mengambil Kim Jun daripada Taehyung. Dia tak mahu anaknya menjadi mangsa Jia pula kelak.

Soyeon sudah penat. Lebih baik dia akhiri saja semuanya. Esok, dia akan menghantar surat penceraian dan surat peletakan jawatannya kepada Taehyung. Biarlah Taehyung menguruskan semua hal sendiri. Dia tahu dan pasti, kepergian dirinya akan memberi impak yang besar kepada Taehyung. Dia akan buat jejaka itu menyesali semua ini.

" Awak sanggup pilih perempuan tu dan buang saya macam tu saja. Awak akan sesali semua ini, Taehyung. Saya akan hilang dan lesap dari kehidupan awak!

Soyeon menempik sendiri bagaikan orang kurang kewarasan. Dia akan pastikan, semua perbuatan Jia akan terbongkar!

-

" Ini surat peletakan jawatan saya "

Soyeon menghulur sehelai kertas A4 kepada Taehyung.

" Surat peletakan jawatan? Aku tak akan terima ini "

Surat tersebut dihulurkan kepada Soyeon semula. Taehyung kembali fokus pada laptopnya dan tidak menghiraukan Soyeon. Gadis itu menghela nafas berat, sekali lagi Kertas itu diletakkan di atas meja. Namun kali ini kertas itu diletakkan dalam keadaan berhentak.

Taehyung pandang wajah Soyeon yang dingin.

" Saya tak nak ada hubungan dengan awak lagi. Jadi, tolong terima surat ini. Dan, ini surat penceraian. Sila tandatangan sekarang "

Taehyung terkesima. Nampaknya Soyeon benar-benar mengambil serius apa yang dia katakan kelmarin. Sebenarnya, semua itu terjadi kerana dia sepenuhnya dikuasai marah ketika itu. Hakikatnya, dia tak maksudkan pun semua itu. Dia juga percaya yang Soyeon tak akan melakukan cara seperti itu terhadap Jia. Dia tahu Soyeon bukanlah gadis sejahat itu. Dia tak tahu apa yang jadi sebenarnya dan akhirnya dia tak dapat membela Soyeon.

Jia mengandungkan anaknya, dia tak mahu isterinya itu tertekan. Dia sayangkan Jia dan tak mahu ada orang yang memandang rendah atau menghina Jia seperti yang selalu Soyeon lakukan.

Taehyung memandang wajah Soyeon yang begitu nekad kemudian memandang semula kertas penceraian itu. Kalau dia tandatangan, semuanya bakal berakhir kan? Semua penderitaan Soyeon akan berakhirkan?

Taehyung mencapai pen. Dia sekali lagi menatap kertas itu lama.

" Kenapa teragak-agak? Tandatangan sajalah, itu yang awak mahu kan? "

" Soyeon, "

" Kau betul-betul nak kita bercerai? "

" Bukan itu ke yang awak nak? Saya nak beri awak kebebasan, kenapa awak persoalkan saya lagi? Awak dah lupa apa yang awak buat kepada Saya? Awak halau saya semudah tu tanpa dengar penjelasan saya! "

Taehyung diam.

" Okay, saya beri awak satu peluang untuk jawab soalan saya ni. Saya ataupun Jia? "

Taehyung mengepalkan tangan seraya mendengar Soalan Soyeon. Mata gadis itu yang sudah sembab dan berkaca dipandang Taehyung.

Dia tak dapat membuat pilihan. Dia akui, dia sayangkan Soyeon cuma rasa sayangnya itu agak besar pula terhadap Jia.

Taehyung memandang semula kertas penceraian itu. Penutup pen dibukanya.

Harapan yang Soyeon letakkan kepada Taehyung runtuh begitu saja tatkala jejaka itu sudah pun rasmi dan terang-terangan menandatangan surat itu. Hatinya hancur, berkecai, berterabur dan mungkin tak ada siapa yang dapat mengubati luka tersebut.

Soyeon berdiri tegak di hadapan Taehyung, sedaya upaya menahan air mata yang hendak mengalir. Namun, tubir matanya penuh, air matanya mengalir perlahan.

oh, hari ini tiba juga akhirnya. Perpisahan yang begitu menyedihkan.

Sekarang benar-benar sudah tidak ada yang harus dia pertahankan. Semuanya musnah selepas saja tandatangan Taehyung tercoret di atas kertas penceraian tersebut.

" Aku dah tandatangan. "

" Terima kasih sebab tak memilih saya. Mulai sekarang awak tak perlu risau, saya tak akan ganggu hidup awak lagi. And about Jun, I have a full rights to take him with me. Saya tak mahu anak saya menjadi mangsa awak pula kelak. "

soyeon keluar dari ofis Taehyung. Semua mata karyawan di situ memandangnya.

" Puan! "

Langkah Soyeon terhenti tatkala Yoona berlari ke arahnya.

" Apa dah jadi puan? Saya dengar Puan dan Tuan kim nak bercerai.." Nada Suara Yoona menjadi perlahan tatkala iris matanya memandang mata sembab Soyeon.

" Dah itu pilihan dia. Saya tak dapat pertahankan perkahwinan tu. "

" Puan..S-saya akan bantu puan! Jangan risau! "

Soyeon menguntum senyum dan menepuk bahu gadis itu.

" Tak apa, Yoona. Tolong gantikan tempat saya. Lagipun, dah tak ada apa dah yang harus awak bantu. Semuanya dah berakhir. "

Yoona mula menghambur tangisnya. Dia merasa serba salah kerana dia lah yang memulakan semuanya. Kalau dia tahu Jia segila itu, dia tak akan tawarkan kerja itu.

Tapi semuanya sudah terlambat. Kaca yang sudah pecah tidak akan pernah dapat dibaiki semula.

-

Keesokan harinya,

Soyeon datang semula ke rumah agam Taehyung untuk mengambil Jun. Taehyung tak ada kata untuk menolak, dia tak mahu memisahkan Soyeon dan Jun. Dia tahu, Jun begitu memerlukan Soyeon.

Sejak kelmarin, Taehyung tak dapat tidur semalaman. Fikirannya kusut memikirkan apa yang sudah terjadi. Dia masih tak percaya yang dia dan Soyeon sudah pun bercerai.

Mengapa begitu mudah dia melepaskan Soyeon dan Jun yang merupakan satu-satunya keluarga yang dia ada? Mengapa dia tak dapat berfikir dengan lebih wajar?

Jia yang tidur di sebelahnya ditatap lama. Adakah pilihannya tepat?

Jia yang baik, polos, memahami dan berhati nurani. Dia tak sanggup memilih Soyeon dan meninggalkan Jia. Lagipula Jia sedang mengandungkan anaknya, dia tak boleh memilih Soyeon.

Dia perlu memilih salah satu dan tak boleh memilih kedua-duanya. Dia tersepit di dalam perasaan dilema dan akhirnya memilih untuk menyingkirkan Soyeon.

Soyeon merupakan perempuan yang matang, pemberani, yakin dan bijaksana. Dia pasti yang gadis itu akan dapat meneruskan hidup tanpa dirinya. Tapi tidak bagi Jia, kalau dia meninggalkan gadis itu, Jia pastinya tak punya sesiapa untuk berpaut.

Ah sudahlah Taehyung. Kau dan Soyeon dah berakhir dah pun. Kalau kau minta untuk gadis itu terima kau semula, kau ingat dia nak ke? Semestinya tidak.

Mulai sekarang, fokuskan diri kau pada Jia dan anak kau yang bakal lahir.

365 DaysWhere stories live. Discover now