S3: Bab 5

123 17 8
                                    

AN JIA memasuki ofis mewah tersebut.

Semalam, dia diberitahu oleh sahabatnya Han Yoona yang merupakan pekerja tetap di syarikat Bwilouis.V bahawa bosnya sedang mencari babysitter untuk anaknya.

Mendengarkan kelayakan yang dimahukan oleh Puan Soyeon itu membuatkan dia mahu menawarkan diri.

Dia memandang seorang wanita pertengahan umur sedang tekun membuat kerja. Mejanya penuh dengan dokumen-dokumen yang bertulis dalam bahasa yang Jia sendiri tak tahu.

Mungkin kah bahasa Inggeris?

Matanya kemudian berahli pada wajah gadis di hadapannya itu. Jia terpukau ditempatnya, wajah gadis itu putih mulus, bulu matanya panjang, dagunya runcing dan Solekan nipis gadis itu menambahkan lagi kecantikannya.

Jia kemudian meneliti perhiasan yang dikenakannya, dua pasang subang yang kelihatan mahal dan juga seutas rantai yang berloket bentuk hati.

Perawatan wajahnya mungkin mesti sudah mencecah 5000 dolar. Perhiasan dan pakaian yang dia kenakan, pasti semuanya mahal. Huh..agaknya bagaimana rasa menjadi isteri lelaki kaya raya?

Hati jia berbisik. Seketika dirinya cemburu. Jika dia melihat dirinya, jauh sekali bezanya. Dia hanya mengenakan Baju-T lusuh beserta Jeans yang dia beli di pasar malam. Kulitnya juga kusam dan kasar.

Bersolek? Harga lipstik sekarang sudah setaraf dengan gajinya bekerja di kedai serbaneka.

Jia berdehem, menyedarkan gadis yang tekun membuat kerja itu.

" eo? kamu.."

" Ya, Nama saya An jia. Orang semalam yang telefon puan soyeon. "

" oh! jadi kamu yang PA Han cakapkan tu? "

Jia sekadar mengangguk. Dia berkata di hati lagi, perempuan ni bukan saja cantik tapi dia kelihatan seperti orang-orang yang peramah dan baik hati.

Entah kenapa hatinya merasa risih. Bagaimana seseorang itu boleh menjadi sempurna seperti wanita itu? fikir jia.

" Jadi..saya dengar dari PA Han yang kamu ada pengalaman menjaga kanak-kanak. Betul ke, An Jia ssi? "

" Ya, puan. Saya pernah bekerja sebagai pembantu guru tadika di kampung halaman saya di ilsan. Saya selalu jaga budak-budak dari dulu lagi. "

Jia menjelaskan. Dia mahu dapatkan pekerjaan ini kerana ianya mudah dan tempat tinggal dan makan minum semuanya ditanggung oleh mereka. Orang penganggur sepertinya tak mahu melepaskan peluang ini.

" ah macam tu ya. Jia ssi boleh mula hari ini? "

" Boleh, boleh puan! "

Jia menunduk berkali-kali, tak sangka dia boleh dapatkan kerja ini dengan mudahnya.

" Baiklah. Sebelum tu, awak perlu baca kontrak ini dulu dan sign. "

Soyeon menghulurkan sehelai kertas A4, disambut lembut oleh Jia.

Dia meneliti isi kertas itu seketika. Memandangkan tiada syarat yang begitu ketat, terus saja jia menurunkan tandatangannya. Kertas tersebut dihulur semula kepada Soyeon.

" Saya boleh mula hari ini kan, puan? "

" Yup, saya akan mesejkan awak alamat. Suami saya ada dekat rumah dan dia akan berikan jadual kerja awak. Okay? "

" Baik puan, terima kasih! "

-

Bunyi loceng kedengaran.

Taehyung yang sedang mendukung Jun pantas saja menuju ke pintu gerbang lalu pintu dikuak.

Terpampang wajah gadis asing sedang tersenyum ke arahnya. Dia mengenakan baju-T lusuh bersama seluar Jean biru tua. Rambut coklatnya diikat dalam messy bun. Sekilas pandang, dia sedikit iras dengan Irene redvelvet.

Taehyung bagaikan remaja yang terjatuh hati pada pandangan pertama. Dia kaku di tempatnya, kornea matanya hanya fokus menghadap gadis itu.

Getaran asing berkumandang di dalam dadanya. Jun yang sudah menangis tak disedari.

Mata tajam gadis itu, bibir mungilnya dan kulitnya putih kemerahan membuatkan jantung Taehyung semakin menggila.

" Anyeonghaseyo, Saya An jia, babysitter yang akan menjaga anak Tuan! "

Jia berkata girang berserta senyuman lebarnya. Taehyung tersedar dari lamunannya dan kembali ke realiti.

" Ah..eo, mari masuk dulu "

Taehyung mempelawa.

Saat Jia melangkah masuk, matanya tertancap pada potret besar yang tergantung di dinding ruang tamu di situ. Dia terpegun melihat visual pasangan suami isteri itu. Kedua-duanya nampak begitu serasi!

Taehyung mengenakan tuksedo dan Soyeon pula mengenakan gaun pengantin. Dua pasangan itu saling berpelukan sambil berpandangan antara satu sama lain.

Seketika Jia berangan, berada di dalam potret itu bersama teman lelakinya, Nam Juho. Dia sudah lama mengimpikan mahligai cinta bersama Juho. Mengenakan gaun pengantin mewah dan berjalan di atas karpet mewah memang impiannya sejak dulu lagi.

Namun angan-angan itu tak kesampaian. Semua itu kelihatan mustahi untuk dirinya dan lelaki tak guna itu. Nam Juho, lelaki yang hanya tahu berjudi dan kaki botol. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia sukai pada lelaki itu.

Walaupun begitu, dia tetap tak akan putus asa dengan impiannya. Suatu hari nanti, dia akan berada juga di pelaminan bersama kekasih hatinya itu.

Sebab itu lah, dia mahu mencari jalan walaupun harus menjadi parasit di dalam keluarga orang-orang kaya.

" Jia ssi, ini jadual kerja yang isteri saya siapkan dan bilik awak dekat hujung berdekatan dengan dapur "

Jia mengangguk dan menuju ke biliknya.

" Cantiknya.. "

monolog Taehyung sendiri. Visual gadis itu yang kelihatan biasa saja mengambil tempat luar biasa di dalam hati Seorang Kim Taehyung.

Tanpa dia sedari, perasaannya ini bakal membuat onar sebentar lagi.

365 DaysWhere stories live. Discover now