S2 / 17

438 61 12
                                    

❝ I love ,  both of them ❞

PENGUMUMAN mesyuarat last minit itu memang sudah biasa bagi karyawan Syarikat Bwilouis.V. Semua gelabah biawak menuju ke bilik mesyuarat.

Sudah seperti satu culture untuk karyawan syarikat itu , mereka tahu bos mereka itu memang suka mengadakan Mesyuarat secara mengejut. Nasib saja mereka di bayar tinggi. Kalau tidak , siapa saja yang tahan ?

Soyeon tertawa kecil melihat beberapa pekerja sudah tak tentu arah berlari , ada yang sampai terpeleset di lantai yang masih basah dan licin. Ada yang sudah tercungap-cungap mencari nafas.

Soyeon menggeleng kepala.

" Awak ni suka sangat buat macam ni. Kesian diaorang. "

" dah berita tu pun mengejut sayang. Nak buat macam mana ? Saya pun baru terima panggilan dari cawangan kita dekat US "

Sunjung yang duduk tak jauh dari pasangan itu sudah mengepal tangan dek cemburu. Bukan main mesra lagi ya ? Dah pandai tunjuk ea kemesraan tu sekarang ?

Beberapa pekerja sudah melabuh punggung dan menyediakan fail-fail yang semestinya di perlukan.

Taehyung menuju ke depan.

" Maaf ya sebab selalu buat ofis jadi chaos. Saya pun baru dapat panggilan sebentar tadi "

Mendengar ucapan Taehyung , mereka sekadar mengangguk dan tersenyum.

" Apa berita yang penting sangat tu Tuan Kim ? "

" erm , Seokjin kan sedang uruskan cawangan kedua kita yang ada di US , dia ada telefon saya yang Projek pengeluaran Kosmetik tu dah selesai dan ada syarikat yang berminat memberi sponsored kepada kita untuk membuat majlis pelancaran sekaligus kolaborasi dengan syarikat mereka "

" yang kamu semua perlu lakukan ialah buat persiapan dan pastikan semuanya sudah lengkap di dalam satu fail "

" kita akan adakan majlis pelancaran besar-besaran di US 3 hari lagi "

" Sekretari kim dan saya akan uruskan keperluan majlis , sekretari ryu pula akan agihkan tugas kepada yang lain setiap seorang. "

Di sisi lain , ada yang tersenyum sinis.

Nampaknya , ini lah masanya untuk mencari peluang dan menghapuskan wanita jalang itu. Sunjung akan pastikan yang soyeon bakal bertemu dengan ajalnya di malam majlis pelancaran itu.

Masa yang begitu sesuai.

〰️

US , 8:30 PM. AESTHETE FERRI HALL.

Majlis diadakan di atas ferri besar yang dapat mengangkut hampir beratus manusia. Soyeon tidak expect yang majlis itu bakal sebesar dan semewah ini.

Mengadakan majlis pelancaran di dalam ferri ? Wah , di luar jangkauan. Dia juga tertanya , tak ke karam mereka nanti dek keberatan dengan banyak orang di sini.

Aih.

Tubuhnya yang lengkap memakai gaun mewah , berdiri yakin di sebelah suaminya. Lain macam penangan suaminya malam ini , sungguh segak dengan tuxedo putih dan rambut hitam nya yang berstail dan menampakkan forehead.

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang