S3: Bab 25

138 17 24
                                    

" CIK tak mengandung. "

Dua lembaran hasil xtray diletakkan di hadapan Soyeon oleh Doktor tersebut.

" Itu Glioblastoma. "

" Cik menghidap glioblastoma multiform. Itulah punca Cik Soyeon pening dan muntah-muntah. "

Soyeon terdiam seribu bahasa. Wajah doktor itu yang menatapnya serius dipandang dengan riak tak percaya. Dia sihat-sihat saja selama ini, kenapa boleh tiba-tiba penyakit ini ada pada dirinya?

" Saya akan periksa lebih lanjut dengan biopsi tapi kedudukan tumor awak tak bagus. Kalau kami lakukan biopsi, ianya mungkin akan mengambil risiko yang tinggi dan.."

Doktor tersebut menggantungkan ayatnya.

"...dan cik mungkin akan mati "

Jantung soyeon mengepam laju. Matanya sudah berkaca. Wah, ujian apa pula yang diberi kepadanya hari ini? Kenapa pula dia akan mati? kenapa harus dia?

" Glioblastoma multiform susah didiagnosis di tahap awal dan hal ini amat membimbangkan. "

" Doktor, s-saya memang akan mati ke? "

" Maaf tapi saya harus berkata ya. Saya sudah berpengalaman dalam bidang ini selama sepuluh tahun, apa yang saya tahu, penyakit tumor yang dihidapi cik ini susah disembuhkan dan cik hanya dapat bertahan selama 100 hari sahaja "

100 hari?

Jenaka apa yang doktor ini katakan?

" Saya harap Cik dapat melakukan biopsi. Setidaknya, Cik akan dapat bertahan setahun lagi dengan adanya biopsi "

Soyeon tak dapat mempercayai apa yang dia dengari barusan tadi. Dia hanya ada 100 hari untuk hidup? Tuhan memang menganggapnya sebuah gurauan kah? Baru saja dia mahu menarik nafas baru tiba-tiba saja dia mendapat khabar mengarut seperti ini.

" Saya takkan lakukan biopsi. Mungkin doktor tersalah pesakit. Saya sihat-sihat saja selama ini, kenapa pula tiba-tiba ada penyakit seperti itu ada di dalam badan saya?! Semuanya mengarut! "

Soyeon menempik, dia mengatur kakinya keluar dari bilik tersebut. Jantungnya mengepam laju dek amarah.

100 hari? Bullshits! Dia tak percaya dirinya diambang kematian namun itulah hakikat yang harus dia telan. Soyeon mula menangis teresak-esak. Dia terduduk di situ mengenangkan nasibnya.

Soyeon kembali tersedar. Semua yang berlaku ini bukanlah mimpi. Semuanya benar-benar terjadi.

Dia pernah disiksa suaminya,

dia pernah hampir terbunuh,

dia keguguran dua kali,

dia kehilangan satu-satunya keluarga kecil yang dia bina bersama Taehyung. Dia dihalau dan diceraikan,

dan sekarang dia diduga dengan penyakit mengarut itu pula?

Kenapa semua itu berlaku kepada dirinya? Dia hanya insan kerdil yang menginginkan kebahagiaan. Kenapa kebahagiaan itu tak pernah kekal untuknya?

Soyeon menangis sekuatnya, mengenangkan semua memori buruk yang pernah dia lalui selama ini. Hatinya sakit, dia merasa begitu terpukul.

Dia begitu perlukan seseorang ketika ini untuk mengusap air matanya dan memeluk dirinya.

Tapi dia tahu,

dia tak punya seseorang yang bakal melakukan semua itu untuk dirinya. Orang itu sudah berubah dan hilang.

Dia harus menelan semua hakikat itu dan berpura-pura bahawa dia baik-baik saja.

-

Saat Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, matanya terbeliak memandang sekeliling rumah.

Stokin busuk dibiarkan di atas lantai, plastik makanan bersepah di ruang tamu, sinki penuh dengan pinggan-pinggan yang belum dibasuh dan meja makan pula berselerak.

Rumah itu tak ubah reban ayam. Agaknya reban ayam jauh lebih baik kot.

Taehyung mengeluh nafas berat. Setelah kepergian Soyeon, rumah yang bak istana itu kini bertukar menjadi kandang babi. Sepahnya tak boleh bawa bincang. Dia tak tahulah kenapa jia boleh hidup dalam keadaan bersepah seperti ini.

Jia duduk terbongkang di sofa sambil mengunyah keropok. Dia ketawa terbahak-bahak menonton televisyen. Taehyung tersedar yang baju Jia masih sama dengan pagi tadi.

" Jia, sampai bila awak nak buat sepah macam ni? Saya penat tahu seharian di ofis dan balik-balik je harus hadap sepah semua ni "

Jia menoleh ke arah Taehyung. Gadis itu menatap tajam.

" Oh, Oppa dah pandai marah Jia ya? Salah oppa lah! Siapa suruh Oppa halau perempuan tu? Kan  dah tak ada orang nak buat semua ni "

" Setakat kutip plastik-plastik ni semua awak boleh buat kan? Takkan lah hal kecil macam ni pun awak tak boleh buat? dan awak tak perlu ungkit tentang Soyeon, saya buat semua tu untuk kepentingan awak tahu? "

" Ish! membebel je kerja! Dah lah, awak kemas lah sendiri! Saya malas! "

Jia mengatur kaki ke tingkat atas dengan keadaan berhentak. Taehyung menghela nafas.

Plastik-plastik makanan tersebut dikutipnya. Usai itu dia membasuh pinggan, vacuuming, asingkan sampah dan membersihkan peti sejuk yang penuh dengan sisa makanan Jia yang tak habis.

Sejenak dia teringatkan Soyeon. Tidak pernah lagi rumah ini menjadi seperti ini semasa Soyeon yang mengatur semuanya.

Taehyung juga menghadapi masa-masa sukar semasa di ofis. Keadaan agak tidak teratur sejak Soyeon meletakkan jawatannya. Apa sajalah yang dapat dilakukan si Yoona itu. Yoona sedikit cuai dan kurang teliti dalam kerjanya. Mungkin kerana gadis itu terbiasa membantu Soyeon dan hanya melakukan kerja-kerja yang diarah oleh Soyeon.

Seokjin pun sudah tak mahu menegur dirinya sejak berita penceraiannya dengan Soyeon tersebar. Ada juga seorang lelaki asing datang kepadanya dan mengamuk habis-habisan. Kalau tak silap, nama lelaki itu Jaykay Jeon. Agaknya lelaki itu adalah kenalan terdekat Soyeon.

" Dimana Soyeon sekarang? Dia balik ke busan ke? "

Taehyung bermonolog sendiri. Sudah lama khabar dari Soyeon dia tak dengari. Dia juga rindukan Jun. Pasti anaknya itu sudah semakin lancar bercakap sekarang.

Imej Soyeon tiba-tiba digantikan dengan wajah lelaki asing yang menjumpainya tempoh hari.

Apa yang lelaki itu katakan hari tu kedengaran seperti dia benar-benar maksudkannya. Kalau semua itu benar bagaimana?

Tak, dia tak boleh mempercayai orang itu bulat-bulat. Dia kenal isterinya, Jia takkan melakukan hal jahat seperti itu.

Tapi tidak mustahil juga dan perasaan curiga akan Jia semakin hari semakin membesar di dalam fikiran Taehyung.

Kenapa Jia tak pernah bercerita kepadanya tentang kisah silamnya? Kenapa Jia seperti mengelak jika Taehyung bertanya tentang keluarganya? Kenapa seperti ada yang disembunyikan gadis itu?

Nampaknya, Taehyung tak boleh berdiam saja. Dia perlu mencari tahu siapa perempuan bernama An Jia itu sebenarnya.

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang