A N :
Hello pembaca 365 days! Jsjsj jangan terkejut ya kenapa tetiba ada S2. Entah lah , zeu tak tahu kenapa tetiba terfikir nak buat season 2 hshs
So , untuk season 2. Plot dah lain dan conflict pun maybe makin mencabar. InshaAllah , I'll try my best to write hard conflict since saya lemah dalam mencipta conflict berat hshs.
Dah tu je nak cakap. Macam biasa , tinggalkan jejak usai singga ke karya ini :)
〰️
365 days : antagonist.
New rival: Ryu sunjung
❝ I love , both of them ❞
HARU BIRU jadinya suasana ofis usai sahaja projek baharu di umumkan. Semuanya sibuk dengan kerja sendiri. Terutama sekali , Kim soyeon yang terpaksa ke hulur-hilir mengikuti Kim Taehyung.
Berkerja sebagai , pembantu pribadi bukannya mudah. Kemana saja si Manager berada , di situ juga lah si pembantu berada.
Sudah genap setahun , Soyeon begitu kerja keras. Terkadang , makan terabai. Masa meluangkan bersama Suaminya pun sudah di curi oleh kerja-kerja yang bertimbun.
Huh. Soyeon hanya mampu mengeluh di hati. Kakinya yang bersarung heels merah di urut perlahan. Terlihat kesan luka akibat geseran kulit kasut dan kulit kakinya. Soyeon mengetap bibir.
Di pandang sekilas Taehyung yang berada di sebelah. Masih berbual panjang dengan client baharu. Letih kakinya berdiri lama.
" Okay , thank you so much , mr kim "
Mereka berdua berjabat tangan menandakan sudah habis perbincangan. Soyeon menghembus nafas lega. Peluh yang merintik hebat di dahi , di lap menggunakan sapu tangan kecil miliknya.
Kelibat si client sudah berlalu di pandang oleh soyeon. Hembusan nafas berat kedengaran.
" ugh cerewet juga client kita kali ni "
Taehyung mengangguk perlahan. Macam-macam yang di minta , tapi tiada pula si client itu membuka langkah terlebih dahulu sebelum berbicara. Tawar-menawarnya tak kunjung habis.
" Sayang okey tak ni ? Jom kita duduk dulu "
Tangan soyeon di pimpin dan mereka berdua melabuh punggung di sofa berdekatan.
" Saya okey. Jangan risau " senyuman nipis di paparkan. Lengan Taehyung di usap lembut.
" Saya tak rasa awak okey. Kaki awak tu , ada kesan luka "
Taehyung menjuih bibir ke arah kaki Soyeon. Pantas gadis itu menyembunyikan kakinya , tak mahu fokus Taehyung terjejas di sebabkan risau dengan dirinya.
" gwenchana. Awak tak payah risau kan saya. Yang lebih penting sekarang , adalah kerja! "
Soyeon mengepal dua tangan sebagai tanda semangat. Pantas saja Taehyung mencapai kedua tangan isterinya , lalu di kucup sekilas.
" Kerja memang penting , tapi awak lagi penting bagi saya "
Senyuman petak di paparkan. Pipi soyeon di tekup.
" Mari saya tengok kaki awak "
Heels yang soyeon kenakan , di buka. Lalu , Kaki gadis itu di tilik seketika. Keningnya berkerut , rasa risau menyulubungi dirinya.
Rambut soyeon di ulus.
" Sayang kerja keras sangat kebelakangan ni , gumawo"
Soyeon tersenyum lebar. Memandangkan tiada siapa di situ , tak segan-segan tubuh Taehyung di peluk erat. Hari-hari dia rindu dengan suaminya walaupun tiap hari berjumpa.
" Mungkin dah tiba masanya untuk saya ambil dua pembantu . Bwilouis.v semakin hari , semakin berkembang. Saya tak mahu susahkan awak "
" Saya ikutkan awak je , Taehyung. Tapi , saya masih boleh buat semua sendiri "
Soyeon mengulum senyum. Tangan Taehyung di usap lembut.
" Erm no , sayang. Nanti saya minta tolong seokjin untuk cari pembantu sayang okey ? "
" ikut suka hati awak lah , Taehyung. Awak kan bos ? Hehe "
Kepalanya di lentokkan di dada Taehyung. Matanya terpejam kala bibir jejaka itu menyentuh kulit dahinya. Bahagia yang dia rasa begitu tak terhingga. Dia benar-benar percaya yang Taehyung sudah berubah sepenuhnya.
Dia sayangkan dan cintakan jejaka itu. Dia berharap , tiada jurang yang terbina di antara dia dan suaminya lagi.
Namun siapa tahu ? Kita hanya mampu merancang. Segalanya bakal di tentukan oleh yang di atas. Meletakkan harapan yang menjulang tinggi sekalipun tapi tiada kata setuju daripada sang penentu , juga tiada guna.
Soyeon hanya mampu berharap dan terus berdoa. Taehyung , jejaka yang penuh teka-teki , manusia yang mempunyai banyak warna dan penuh dengan cerminan berbeza.
Kita tidak tahu , bila-bila saja semuanya bertukar kelam dan meretakkan hati.
〰️
To be continued..
Ha macam mana first chapter season 2 ?
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...