Bab 16

639 86 23
                                    

❝  365 hari mencintaiku ❞

SOYEON memejam mata. Cuba mengingati nama lelaki Misteri Malam itu. Setahunya, jejaka itu pernah menyebut namanya sekali namun dek mabuk dan di kuasai pil perangsang , samar-samar saja nama jejaka itu di fikirannya.

" Hyeon ? Hyun ? Hyung ? Argh , aku kena cuba ingat nama dia! " monolognya sendiri. Dahinya di tepuk berkali-kali. Cuba mendesak dirinya untuk mengingati nama jejaka itu.

" Dah jadi sewel ke lepas kehilangan anak ? " suara garau itu kedengaran. Soyeon yang sudah lama menunggu suaminya di meja makan menoleh. Sinis saja mata jejaka itu memandangnya.

Taehyung membetulkan kolar baju dan mula memakai tali leher.

" Awak nak saya tolong ? " ujar soyeon dengan senyuman nipisnya. Taehyung mengerling sekilas dan berdecit kecil.

" Tak payah. Bukan aku tak tahu kau tu , suka cari kesempatan kan ? Gatal sangat dah kenapa ? Tak selera aku "

Dahi soyeon di tunjal kasar membuatkan gadis itu terundur sedikit. Dia mengetap bibir , cuba untuk menenangkan hatinya yang sedikit sensitif. Dia tak boleh menjadi lemah di mata jejaka itu!

Sudah hampir seminggu perang dingin antara mereka berlangsung. Satu suka mencemuh dan satu lagi hanya menelan saja semuanya.

Soyeon mahu mengakhiri perang antara mereka ini namun , Taehyung langsung tak memberinya peluang untuk membetulkan segalanya. Ada saja kata-kata tajam jejaka itu yang menghiris hatinya.

" kalau macam tu , awak sarapan lah dulu. Saya ada buatkan Japchae. Awak suka kan ? "

Taehyung menunduk ke meja makan. Tersedia dua mangkuk Japchae yang masih panas berserta dengan beberapa hirisan kulit pork yang garing. Kecur liur jadinya.

Namun , hati ego membatalkan hasratnya.

" Kau nak aku makan makanan kotor kau ni ? "

Mangkuk di angkatnya lalu semua isi mangkuk itu di tuang ke lantai membuatkan mata soyeon terbuntang melihat aksi melampau Taehyung itu.

" tempat dia sesuai dekat lantai , bukan dalam perut aku "

Mata soyeon berkaca. Tak dia sangka Taehyung memperlakukannya sehingga seperti ini. Makanan yang dia buat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kini bersepai di atas lantai yang kotor.

" Hey perempuan , aku takkan sesekali makan makanan yang di buat oleh tangan kotor kau tu "

Rambutnya di cengkam kuat oleh Taehyung membuatkan dia meringis kesakitan.

Ya tuhan.. bukan seperti ini suami ku yang aku kenal.

Hatinya merintih seperti itu. Air mata sudah deras membasahi kedua pipi mulus nya.

" Tahu pun kau sakit. Dah sekarang ni , pergi masuk kereta dan pergi kerja! "

-

" Hey , you secretary Taehyung kan ? Dia ada tak ? "

Entah dari celah mana , wanita menawan , tinggi lampai dan seksi itu menyapa soyeon yang sedang tekun bekerja pada komputer.

Soyeon mendongak , dahinya berkerut melihat wajah gadis itu. Tak pernah dia nampak gadis itu sebelum ini.

" Awak siapa ? Ada buat appointment ? "

" Eih , rude nya you ni! I ni teman wanita Taehyung , tak perlu lah nak buat appointment bagai "

Soyeon mendengus perlahan. Hati yang sebak cuba untuk di tenangkan. Sabar soyeon , kau bukan sesiapa pun untuk rasa cemburu. Kalau kau cintakan Taehyung sekali pun , kau boleh buat apa ? Dia dah tak sayangkan kau.

Suara hatinya seakan mengingatkan.

" Kalau cik ni teman wanita dia , pergi lah masuk "

Ujar soyeon berpura-pura tidak mengambil kisah. Mata nya kembali di arahkan ke Komputer. Tak di endahkan Gadis itu memasuki bilik Taehyung.

Hatinya mula tertanya-tanya. Benarkah gadis itu Teman wanita Taehyung ? Habis itu , siapa dirinya di mata lelaki itu ? Isteri ? Semestinya tidak.

Dia bukan sesiapa yang istimewa. Dia hanya seorang perempuan kotor dan menjijikkan di mata lelaki itu.

Soyeon dapat mendengar Tawa dan gurau senda Taehyung dan perempuan sebentar tadi. Hatinya begitu sakit bagai di tusuk-tusuk. Cintanya terhadap jejaka itu sudah menggunung untuk sekian lamanya.

Namun dia tahu yang Taehyung sudah tidak punya rasa terhadapnya lagi.

Cinta ? Cinta yang membawa malapetaka pada dirinya!  Lupakan dia , soyeon dan fikir lah apa yang kau nak buat selepas bercerai dengannya nanti.

Mulai sekaranglah dia perlu merancang kehidupannya.

Pin!

Alat yang berada di tepinya berbunyi menandakan jejaka itu memanggilnya untuk masuk. Dia mengambil fail penting dan mula berganjak menuju ke arah bilik Taehyung.

Beberapa ketukan , balasan Taehyung kedengaran di sebalik pintu. Terlihat wanita tadi sedang duduk di atas pangkuan Taehyung dengan gaun ketatnya yang sudah terlondeh.

Tahu lah apa yang diaorang lakukan.

Soyeon berdehem. Cuba untuk mengawal amarahnya. Kalau ikutkan hati , mau saja dia kerjakan wanita gatal itu cukup-cukup! Kalau boleh dia mahu saja botakkan kepala gadis itu!

" Saya dah lengkapkan fail yang Tuan Minta. Untuk rekaan 2019 , saya dah kemaskini dan membuat sedikit perubahan seperti yang Tuan arahkan "

" Bagus. Kau boleh keluar. Jangan bagi sesiapa masuk dalam bilik aku untuk satu jam "

" eih! Nakal lah oppa ni! Takkan lah nak buat dekat sini ?! "

Gadis itu memaparkan wajah malu dan menyebamkan wajah di leher Taehyung. Soyeon mengemam bibir. Air hangat yang ingin mengalir berusaha dia tahan.

" Oh ya , kenalkan teman wanita aku , Ja Hanam "

Soyeon tersenyum nipis.

" l-longlast. Tuan dan cik Ja Hanam ni sesuai sangat "

Agak sarkastik namun masih bernada lembut. Soyeon menunduk hormat sebelum melangkah kaki keluar daripada bilik Taehyung.

Dasar Ja hanam!

To be continued..

Cik Ja Hanam 🌚

365 DaysWhere stories live. Discover now