TAEHYUNG duduk di tengah, manakala Soyeon yang sedang memberi makan kepada Jun, duduk di kerusi kanan dan Jia di kerusi kiri. Ruang makan itu hening, hanya kedengaran sudu dan garfu yang saling berlaga antara satu sama lain.
Taehyung memandang Jia yang berwajah mendung, mahu tak mahu saja dia menjamu makan.
" Tak sedap ke? "
Soalan Taehyung membuatkan Jia mendongak. Gadis itu hanya tersenyum hambar dan menggeleng.
" Tak lah, sedap je pun. Saya cuma tak ada selera nak makan "
" Awak sakit ke? " Taehyung menyoal lagi.
" Tak, sihat je..Saya cuma tertanya tentang sesuatu "
" Apa dia? "
" Semalam, Oppa tidur dekat mana? "
Taehyung diam. Dia kemudian memandang Soyeon yang turut memandangnya.
Semalam dia berkeras mahu tidur bersama Soyeon walaupun gadis itu tak mahu. Akhirnya Soyeon menyerah dan membiarkan saja.
" Oppa tidur dengan Soyeon "
Jawapan ringkas Taehyung membuatkan air muka Jia bertukar. Dia menatap Soyeon dengan pandangan sukar ditafsir. Lebih tepat, pandangan yang bagaikan mahu membunuh Soyeon.
" Jia tak kisah kan? "
Jia tersedar dan memaparkan senyuman palsunya kepada Taehyung.
" m-mestilah Jia tak kisah! Soyeon eonnie kan isteri pertama oppa, dia juga perlu dapat hak dia sebagai isteri. Tak apa, Jia faham. "
Soyeon eonnie? Excuse me, bitch? Siapa eonnie kau?
Taehyung menguntum Senyum. Dia sudah tahu yang Jia adalah seorang yang memahami. Kepala gadis itu diusap lembut.
" Ah, satu lagi. Oppa ada benda nak beritahu Jia dan juga Soyeon "
Mendengar itu, Soyeon dan Jia memfokuskan iris mata mereka kepada Taehyung. Jejaka itu meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan dan menatap Soyeon.
" Saya akan mula masuk ofis hari ini "
Mata Soyeon terbeliak memandang Taehyung. Bagaimana lelaki itu ingin masuk ke ofis dengan kesihatannya yang masih belum pulih?
Walaupun Taehyung kelihatan baik-baik saja tapi jejaka itu terkadang selalu dilanda sakit kepala.
" Awak pasti ke nak masuk ofis dalam keadaan macam tu? kepala awak macam mana? Masih sakitkan? "
" Tak apa, aku boleh handle. Kalau makan ubat nanti, baik lah. Lagipun, aku tahu syarikat sedang perlukan aku "
Soyeon menghembus nafas berat.
" Tak boleh. "
Ujar Soyeon, dingin. Dia tak mahu Taehyung hanya bergantung sepenuhnya pada ubat. Dia mahu Taehyung kembali apabila jejaka itu sudah sihat sepenuhnya dan kembali normal. Kalau hanya bergantung pada ubat sahaja, siapa tahu ubat itu akan memberikan kesan sampingan kan?
" Kenapa aku kena ikut cakap kau? " Dahi Taehyung berkerut.
" Sebab saya isteri awak. Saya bertanggungjawab untuk menjaga awak sehingga awak sembuh. Kita kena ikut nasihat doktor, awak kena rehat dan jalani terapi selama empat bulan "
Taehyung berdecit kecil. Soyeon ini memang degil kah? Alasan sebenar dia mahu kembali ke ofis adalah dia mahu mengurangkan beban soyeon. Dia tahu, gadis itu sudah bekerja keras selama hampir empat bulan ini.
" Aku tak nak. Aku akan ke ofis juga hari ini "
" Oppa..Janganlah degil. Betul kata Soyeon eonnie, Oppa kena ikut nasihat doktor "
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...