" MACAM mana dengan Jun? "
Jimin menyoal. Secawan susu panas diletakkan di hadapan adiknya. Tiba-tiba saja Soyeon mahu berkunjung ke busan hari ini.
" Jun okay. Jia ada tolong jagakan "
" Suami kau? "
" Dia ada dekat rumah. Yeon tak bagi dia masuk ofis lagi, keadaan dia masih belum pulih sepenuhnya "
" Kau tinggalkan suami kau berduaan dengan perempuan lain dalam rumah tu? "
Naik satu oktaf suara Jimin. Geram dengan adiknya yang terlalu percaya dengan suaminya itu. Sudah banyak perkara yang berlaku, Soyeon masih tak serik-serik.
" Tak ada apa akan jadilah, abang. Jia tu perempuan yang baik plus, Taehyung tu sakit, abang "
Soyeon membela Taehyung, Seperti selalu.
Kalau ikutkan hati keluarga Park, mereka tak mahu Soyeon berhubungan lagi dengan Taehyung setelah tragedi beberapa tahun yang lepas. Soyeon sudah cukup merana. Mereka tak sanggup melihat air mata Soyeon lagi.
Mendengarkan tentang babysitter yang diupah oleh Soyeon, membuatkan Jimin berfirasat buruk. Dia takut sesuatu yang tak diingini berlaku dan memporak-perandakan rumah tangga adiknya lagi.
Walaupun dia bersikap jengkel, tegas dan garang pada adiknya, tetap saja, dia tak mahu hati satu-satunya adik kesayangannya itu dilukai lagi oleh lelaki tak guna bernama Kim Taehyung itu.
" Senang saja kan kau percaya dengan orang luar? Hei, syaitan neraka jahanam tu pun merupakan bekas penghuni syurga tahu? Kau dah lupa perempuan yang kau kata baik yang pernah rosakkan rumah tangga kau dan Taehyung dulu? Yeon-ah, abang tak mahu kau terluka lagi "
" Abang jangan risau. Perkara tu takkan berulang kembali. Yeon dah matang, abang. Biar yeon yang jaga rumah tangga Yeon sendiri. Abang tak perlu susah-susah, "
Sarkastik saja kata-kata Soyeon menerpa halwa telinga Jimin. Seolah-olah memberitahunya untuk tak masuk campur.
" Matang konon. Kau tak tahu apa yang perempuan tu buat dekat rumah kau. Silap hari bulan, dia goda suami kau baru tahu "
" Abang! Yeon dah cakapkan, Taehyung dah berubah! Dia dah tak macam dulu lagi! "
" Kau pasti? kau ada bukti yang lelaki tak guna tu dah berubah? Lagi-lagi sekarang, semua memori dia tentang kau dah hilang. Kau ingat, perasaan dia terhadap kau masih sama ke? Kau yakin dia masih cintakan kau? "
Soyeon terdiam.
" Park Soyeon, tak, Kim Soyeon, abang bukan nak masuk campur rumah tangga kau. Tapi, setelah apa yang dah berlaku, abang tak dapat percaya lagi dekat suami kau tu. Baliklah, kau dan Jun akan bahagia tinggal di sini, di busan. Eomma dan appa pun berfikiran yang sama "
" Maksud abang, Abang nak Yeon tinggalkan Taehyung macam tu je? Abang, Taehyung adalah Appa Jun. Yeon tak boleh pisahkan diaorang berdua. lagipula, kehidupan Yeon sekarang dah tak macam dulu. Kami BAHAGIA "
Soyeon sengaja menekan perkataan 'Bahagia' tersebut agar abangnya memahami dan berhenti mendesaknya untuk bercerai dengan Taehyung.
Sebenarnya, Jimin sudah mendesak Soyeon dan Taehyung untuk bercerai untuk sekian lamanya. Dia tak percayakan Taehyung, dia tak mahu adiknya tersakiti. Tapi tu lah, kedegilan Soyeon itu membuatkan Jimin fed up.
Soyeon tetap berkeras untuk mempertahankan hubungannya bersama Taehyung. Dia juga membuat perjanjian dengan Jimin untuk memberinya masa setahun. Jika dia dan Taehyung tak bahagia, mereka akan bercerai. Tapi, Perkahwinan itu tetap berlangsung bahagia hinggalah sekarang.
" Kalau macam tu, terserah Yeon lah. Kalau Abang dengar berita buruk lagi, suami kau akan mati di tangan abang. "
Jimin mengerling Soyeon tajam sebelum beredar dari ruang tamu. Gadis itu menghembus nafas berat, dia hanya inginkan kepercayaan abangnya terhadap Taehyung. Sudah bertahun-tahun abangnya itu enggan memaafkan suaminya.
Nampaknya, buang masa saja dia datang ke sini. Fikiran abangnya tetap sama. Bagi lelaki 30 an itu, Taehyung itu adalah suami yang teruk dan manusia yang bertopengkan syaitan.
-
Soyeon meletakkan keretanya di garaj seperti biasa. Tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, dapat dia dengari gelak tawa Jia dan Taehyung dari dapur.
Kening Soyeon berkerut, apa yang lawak sangat tu?
Soyeon berkeputusan untuk menuju ke dapur. Dia memandang dapurnya yang berselerak, debu tepung di sana sini dan alatan dapur yang dibiarkan bersepah di atas meja.
Mata Soyeon kemudian berahli ke arah Jia dan Taehyung yang comot oleh tepung. Kedua-duanya saling menyembunyikan tawa usai saja dia masuk ke dapur.
" Apa yang awak berdua lakukan? " Soyeon menyoal, dia menatap Jia dan Taehyung bersilih ganti dengan tatapan tajam.
Dia bukan marah disebabkan dapurnya bersepah. Tapi dia marah kerana cemburu. Cemburu melihat Jia dan Taehyung yang gelak bersama dan bermain tepung bagaikan pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
" Lagi-lagi sekarang ingatan dia tentang kau dah hilang. Kau rasa dia masih cintakan kau macam dulu ke? "
" Kenapa kau percaya sangat dengan orang luar, yeon-ah? Silap hari bulan dia goda laki kau baru tahu "
Kata-kata Jimin tiba-tiba terngiang di fikiran Soyeon. Semakin panas hatinya.
" M-maaf puan. Saya sebenarnya pelajar bidang kulinari tapi saya tak lulus semasa di kolej. Sekarang saya ambil kursus dalam talian. Saya nak pinjam dapur puan kejap tapi Tuan kim pula nak membantu "
" Awak nak pinjam, kenapa tak beritahu saya dulu? telefon atau mesej ke? "
" Saya nak beritahu puan nanti lepas saya dah siap buat muffin. Saya nak bagi puan rasa "
Jia menguntum Senyum kekok. Riak wajah Soyeon yang peramah itu seakan hilang, wajahnya memerah dan sepertinya dia sedang marah.
Aduhai..Janganlah dia dipecat sekarang. Masih jauh lagi perjalanannya.
" An Jia ssi, kerja awak hanya menjaga Jun. Saya tak pernah beri awak kebenaran untuk sentuh barang-barang dalam rumah ini! "
Soyeon menengking. Taehyung yang berada di sebelah Jia sudah terkejut. Pertama kali dia melihat Soyeon marah seperti itu. Sebelum ini, dia sangkakan gadis itu tak pandai marah.
" M-maaf puan.. " Jia menunduk.
" Ni, Jun awak dah beri makan ke? dah mandikan Jun? "
" B-belum puan "
" Huh?! Saya bayar awak mahal tahu tak? Kerja senang macam tu pun awak tak dapat buat? Yang awak ni Taehyung, kenapa tak ingatkan Jia? "
Giliran Taehyung pula menjadi mangsa Soyeon.
" Saya terlupalah, Soyeon. Janganlah marah macam ni, Jia dah minta izin pada saya pun tadi. Kasihan dia "
Soyeon tak percaya Suaminya membela Jia. Sudah terang-terangan di dalam kontrak kerja itu yang Jia tak boleh sesuka hati di dalam rumah ini dan Taehyung membelanya pula?
" Awak pun sama je lah! "
Soyeon membentak. Pantas saja dia beredar dari dapur dengan hati yang begitu tak puas.

ANDA SEDANG MEMBACA
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...