S2 / 15

448 65 2
                                    

❝ I love , both of them ❞

SOYEON bersandar di kepala katil. Taehyung sedang tidur di sofa berdekatan di pandang sekelas. Wajah si suami nampak begitu penat. Ya lah , seharian menjaga dirinya di hospital.

" Hish , aku sakit apa sampai masuk hospital ni ? "

Monolognya sendiri. Matanya melilau memandang sekeliling ruangan itu. Putih saja dan berbau paracetamol. Inilah sebabnya dia tak suka berkunjung ke hospital.

" eo ? Sayang dah bangun ? "

Taehyung bangkit dari pembaringannya dan menuju ke arah soyeon. Matanya masih kuyu , rambutnya pula sedikit messy. Taehyung menguap kecil dan melabuh punggung di kerusi sisi katil.

" Taehyung , saya nak balik "

" esok baru sayang dapat discharge. Tunggu je okey ? "

Soyeon mendengus perlahan. Dia memeluk tubuh dan memuncungkan bibir. Dia mahu duduk di rumah saja! Tak perlu berehat di hospital bagai ni!

" Saya sakit apa sampai masuk hospital ? Berapa bulan lagi waktu nak mati ? Berapa hari ? "

" sayang! Apa cakap macam tu ?! "

" eleh , padahal awak suka kan saya mati awal ? Supaya awak boleh lah berkahwin dengan skandal awak tu "

Taehyung sekadar menunduk. Dia tahu , pasti soyeon masih tak boleh memaafkan dirinya. Dia sendiri sedar yang dia terlalu mengambil mudah perasaanya terhadap soyeon.

Hakikatnya , dia sayang dan cintakan gadis itu seorang dan sunjung hanya lah sekadar singgahan bagi dirinya.

Dia sedar semua itu.

" Saya minta maaf. Saya dah putus dengan dia dah. Saya pilih awak sebab saya sedar yang awak adalah segala-galanya bagi saya dan dia sekadar persinggahan jiwa bosan saya "

" Awak tak nak maafkan saya ? Tak apa , saya faham "

Soyeon mencapai tangan suaminya. Seburuk mana pun jejaka itu , Taehyung masih Suaminya. Seseorang yang berhak di beri peluang kedua , ketiga dan seterusnya.

Meskipun hatinya merasa berat untuk mempercayai lagi namun rasa cinta dan sayangnya itu harus diutamakan.

" saya maafkan awak. Tapi , saya dah tak boleh meletakkan kepercayaan dan harapan tinggi terhadap awak. Awak dah hancurkan semua itu "

" yang saya tahu sekarang ini , saya akan bersama awak selama yang saya boleh tahan dan kalau tiba masa tu saya perlu pergi , awak tak ada hak untuk larang saya "

" Soyeon-ah , saya tak perlukan apa-apa melainkan awak berada di sisi saya selamanya. Saya tahu sukar untuk awak percayakan saya lagi tapi , mulai saat ini saya nekad untuk setia dengan awak seorang "

〰️

Soyeon menghembus nafas lega. Hampir dua hari dia terperap di hospital dan hari ini dia sudah kembali ke rumah!

Home , sweet home!

Punggung di labuhkan di sofa. Dia tersenyum melebar sebelum television di hidupkan. Taehyung hanya menggeleng kepala sambil tertawa kecil.

Beberapa barang dapur yang sempat mereka berdua beli tadi , di letakkan di atas meja dapur. Taehyung berfikir sejenak mahu memasak apa untuk makan tengahari.

Memandangkan Soyeon masih perlu berehat , dia lah yang perlu merajinkan diri melakukan kerja-kerja rumah hari ini.

" Taehyung-ah! Nak air! "

Dari ruang tamu , soyeon melaungkan suara. Dia tersengih sinis memandang suaminya yang bagaikan terkejut dengan suaranya. Ha ,padan muka. Nak jaga aku sangatkan ?

Taehyung melangkah laju ke ruang tamu dengan membawa segelas air.

" hehe thanks! "

" Sayang duduk je okey ? jangan buat kerja berat-berat. Kesian baby kita dalam perut tu "

Sebelum dia melangkah ke dapur ,sempat dia memesan. Dia bukan tak tahu soyeon itu , jenis manusia yang tak reti diam.

Soyeon sekadar mengangguk dengan senyuman lebar. Bukan main gembira lagi dia saat mengetahui yang dia di sahkan mengandung 2 minggu.

Apatah lagi Taehyung yang terlebih eksaited.

Soyeon mengatur kaki ke dapur. Mahu melihat suaminya memasak dan memastikan yang Taehyung takkan membakar dapur kesayangannya.

" Aish! Sayang duduk lah dulu! "

" Nak tengok awak. Mana tahu awak nak bakar dapur saya ni ? "

" Sayang ingat saya ni budak-budak ke ? "

" well "

Soyeon bersandar di kabinet berdekatan sambil memerhato tindak -tanduk suaminya yang sedang membersihkan sayuran.

" Awak dan sunjung betul-betul dah putus ke ? "

" Betul lah , sayang. Wae ? "

" entah lah. Susah saya nak percaya awak "

Taehyung menghembus nafas berat. Dia mendekati tubuh isterinya.

" Bukan perkara ni dah selesai ke sayang ? Hurm ? Apa yang awak nak saya buat untuk buktikan yang saya dah putus dengan dia ? "

Bahu gadis itu di cengkam lembut. Soyeon hanya mengetap bibir. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepadanya dan Taehyung juga.

Sama ada berlaku kepada Taehyung ataupun dirinya.

" Taehyung , setiap perempuan ni ada duality. Yes , she has an innocent face but it doesnt mean that her heart is the same. Dia takkan give up macam tu je , lagi-lagi bila dia dah bagi segalanya kepada awak "

" sayang tak perlu lah banyak fikir. Saya boleh uruskan kalau dia cuba buat sesuatu kepada sayang "

" geurae ? Saya nak awak pecat dia "

To be continued..

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang