SUDAH genap seminggu Kim Taehyung Koma.
Selama itu jugalah Soyeon bagaikan Puzzle yang kehilangan satu bahagiannya. Makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidurnya pula tak lena.
Tiap hari dia duduk di sebelah katil Taehyung, menggenggam tangan jejaka itu sambil menangis tak henti. Hingga matanya membengkak dan sembab. Hal itu sudah menjadi rutin seharian Soyeon sejak suaminya kemalangan. Dia enggan balik dan makan walaupun dipaksa oleh para jururawat dan doktor di situ.
Kononnya dia mahu menunggu sehingga Taehyung sedar.
Sekali-sekala keluarga Soyeon dari Busan datang menjenguk. Mereka juga sudah jemu memujuk Soyeon tapi gadis itu tetap berdegil.
Pernah sekali Park Jimin memujuk gadis itu namun Soyeon tetap berdegil hingga mengamuk abangnya itu dibuatnya.
Kaki katil Taehyung menjadi mangsa tendangan Jimin, sehinggakan Soyeon juga naik darah. Dua beradik itu akhirnya bertekak sesama sendiri hinggalah jururawat disitu terpaksa memanggil Sekuriti untuk menghalau Jimin keluar agar tak mengganggu pasien lain.
Soyeon menggenggam kemas tangan suaminya. Wajah Si suami ditenung lama dengan perasaan sebak berulam pilu. Tak sanggup melihat suaminya terlentang sakit sebegitu.
" Awak..bangunlah.. Tak kesian dekat saya ke? "
Soyeon menangis lagi. Agaknya jururawat disitu sudah lali mendengar tangisan gadis itu setiap hari.
Lama dia merenung wajah Taehyung, tak sengaja dia terlihat kelopak mata Taehyung yang bergerak-gerak, Seakan mahu terbuka.
" Taehyung? "
Soyeon mendekatkan wajahnya.
Mata Taehyung akhirnya tercelik perlahan.
" Taehyung! Awak dah sedar! Doktor! Suami saya dah sedar! "
Mendengar panggilan Soyeon, Doktor Lee pantas masuk ke dalam Wad Taehyung. Melihat Taehyung yang sudah sedar dari komanya membuatkan Senyumannya turut terukir sama.
" Tuan Kim nampak jari saya? kelipkan kedua mata Tuan kalau Tuan dapat melihatnya "
Jari miliknya di dekatkan pada mata Taehyung. Jejaka itu kemudian mengelipkan kedua matanya petanda yang dia dapat melihat jari doktor tersebut.
Doktor Lee menghembus nafas lega.
" Puan Kim, Kondisi suami puan sudah membaik. Detakan jantung pun normal. Nampaknya Tuan Kim sudah boleh keluar hospital esok "
Doktor Lee berkata dengan senyuman lebarnya.
" Terima kasih doktor! "
Soyeon menunduk hormat kepada doktor tersebut kemudian memeluk erat tubuh Suaminya. Wajah Taehyung ditenung dengan perasaan bahagia.
" Nasiblah awak dah sedar.. Lama tahu saya tunggu awak? "
Reaksi Taehyung yang agak lain itu membuatkan dahi Soyeon berkerut.
" Awak ni siapa? "
Soalan Taehyung membuatkan Soyeon tercengang. Gadis itu kemudian menoleh semula ke arah Doktor Lee yang masih berdiri di situ.
" Apa dah jadi pada suami saya Doktor? "
" Sebenarnya saya bercadang nak beritahu puan nanti tapi saya akan terus terang saja sekarang. "
" Semasa kemalangan mungkin Tuan Kim mengalami hentakan kuat pada otak. Setelah operasi, kami sahkan bahawa Tuan Kim menghidapi Amnesia Sementara. Dia hanya akan dapat mengingati hal-hal lima tahun lepas sahaja "
YOU ARE READING
365 Days
Fanfic[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...