S3: Bab 6

97 18 10
                                    

USAI menidurkan Jun, Jia mengelilingi rumah. Rumah itu terlalu besar dan interior design nya juga begitu cantik dan mewah. Persis rumah-rumah orang kaya yang sering dia lihat dalam drama.

Jia mencari-cari kelibat Taehyung, dia dapati jejaka itu sedang tidur di sofa dengan television yang dibiarkan terbuka. Bukan dia yang tengok television, television pula yang tengok dia.

Jia menggeleng kepala. Ya wajarlah, mereka adalah orang kaya. Hidupkan television semalaman pun takkan membuatkan mereka miskin kerana membayar elektrik.

Taehyung yang lena diperhati. Wajahnya kacak, dia tinggi, lekuk tubuhnya juga bagus dan dia kaya. Dia ingatkan lelaki seperti Kim Taehyung ini hanya ada dalam drama dan buku novel.

Dia kemudian mengelilingi rumah kembali. Matanya tertancap pada tingkat atas. Bilik hujung sekali itu menarik minatnya.

" Tu mesti bilik diaorang kan? "

Jia tersenyum sinis. Dia melangkah perlahan ke tingkat atas dan memasuki bilik itu. Dia terpegun untuk kesekian kalinya melihat dekorasi bilik itu. Dia terjun di atas katil empuk itu dan berbaring dengan suka hatinya.

" wah..aku tak pernah lagi jumpa katil yang selesa macam ni.. "

Dia terlompat-lompat di atas katil dengan girang. Matanya kemudian tertancap pada meja solek. Pelbagai jenis produk dan alat solek yang tersusun di atas meja itu.

Jia turun dari katil. Dia rambang mata melihat lipstik-lipstik yang tersusun mengikut variasi jenamanya. Satu lipstik merah dikenakan. Ianya lembut dan mudah dikenakan.

" Wah..barang mahal memang berkualiti! "

Dia kemudian menuju ke almari. Pakaian-pakaian wanita yang mahal tergantung kemas.

" Ni mesti puan Soyeon punya Wah.. "

Satu midi dress diambil lalu dipadankan pada tubuhnya. Gaun itu begitu cantik dan feminin namun agak labuh padanya, mungkin kerana Soyeon tinggi sedikit.

" MAMAAA!!! "

Tangisan Jun menyedarkan Jia yang sedang seronok.

" Aish budak tak guna ni.. kacau betul lah! "

Jia meletakkan semula gaun tersebut dan memadamkan lipstik merah yang ada pada bibirnya lalu menuju ke bilik Jun.

-

" Macam mana dengan Jia, okay tak? "

Soyeon yang sedang menyapukan losen pada tubuhnya menyoal pada Taehyung.

" Okay je. Dia boleh buat kerja dengan baik. Jun juga nampaknya suka bermain dengan Jia "

Soyeon menghembus nafas lega. Selepas ini dia tak perlu risaukan apa-apa lagi. Wanita bernama An Jia itu nampaknya boleh dipercayai.

" Kepala awak dah okay? "

" Okay je, cuma kadang-kadang pening sikit "

Taehyung mengurut pelipis kepalanya perlahan.

Soyeon naik ke atas katil dan duduk di sebelah Taehyung. Pahanya ditepuk perlahan, mengisyaratkan agar Taehyung membaringkan kepalanya di situ.

" Huh? "

" Mari sini, Saya urutkan kepala awak " Soyeon menguntum senyum. Melihat Taehyung yang enggan ikut katanya, pantas saja tangan jejaka itu ditarik mendekati dirinya. Taehyung tak punya pilihan lain, dia membaringkan kepalanya teragak-agak.

Nafasnya seakan tersekat tatkala tangan runcing gadis itu mengurut perlahan kepalanya. Haruman losen Soyeon menusuk rongga hidung, sungguh membuaikan.

Wajah Soyeon dipandang. Kalau mahu dibandingkan Soyeon dengan Jia, isterinya itu jauh lebih cantik. Tapi kenapa dia tak dapat menghilangkan wajah Jia dari fikirannya?

Wajah gadis itu sejak tadi lagi mengganggu fikirannya hingga dia berkeputusan untuk tidur saja.

Perasaan yang singgah itu agak menakutkan. Dia sudah mempunyai Soyeon dan dia tak mahu menduakan isterinya meskipun segala tentang Soyeon dia telah lupa.

Soyeon gadis yang baik. Dia tak mahu melukakan hati gadis itu. Sebaiknya, perasaan asing terhadap Jia itu perlu dibuang ke lautan China secepatnya sebelum melarat.

Namun, apa yang harus dia lakukan? Sejujurnya dia tak punya perasaan terhadap Soyeon. Segala perasaanya mati dek kemalangan yang menimpanya itu.

" Encik Kim, kenapa awak pandang saya macam tu? "

Suara Soyeon mencantas lamunan Taehyung.

Jejaka itu menguntum senyum lalu menggeleng perlahan. Tangan Soyeon yang mengurut kepalanya dicapai lalu digenggam kemas. Soyeon sedikit terkejut dengan tingkah Taehyung sebentar tadi.

" Saya yakin, saya boleh kembalikan ingatan saya tentang awak, Soyeon. Tunggu saya okay? "

Beralun perasaaan Soyeon tatkala mendengar kata-kata Taehyung. Tak disedari matanya sudah berkaca. Tipulah kalau dia tak rindu waktu-waktunya bersama Taehyung dulu. Sejak kemalangan itu, keadaan antara mereka berdua agak canggung.

Dia perlu memberi Taehyung ruang untuk pulih. kalau ikutkan hati, mahu saja dia lunaskan segala hutang rindunya yang sudah terbuku sekarang juga.

" Soyeon, kenapa awak menangis? "

" macam mana saya tak menangis? Saya tunggu awak bangun tiap hari dekat hospital. Setiap hari saya tak jemu duduk di sebelah awak..genggam tangan awak dan bila awak dah sedar, awak lupa tentang saya pulak? macam mana saya tak sedih? "

Soyeon menghambur tangisnya. Dia mungkin tampak baik-baik saja namun dia merasa terpukul dengan keadaan rumit ini. Ada saja yang berlaku di antara dirinya dan Taehyung. Seakan alam semesta ini tak ingin melihat mereka bahagia.

" Maaf.. "

Taehyung memeluk tubuh Soyeon. Dia merasa bersalah. Pastinya semua ini terlalu sukar untuk isterinya juga. Dia saja yang tak tahu.

" Janji tau dengan saya, awak akan ingat saya balik? "

Soyeon mendongak memandang wajah Taehyung. Jejaka itu mengangguk dengan senyuman nipis.

-

" Macam mana dengan kerja tu, Jia yah? "

Han Yoona dari dalam talian, menyoal.

" Okay je cuma anak Puan Soyeon ni sensitif sikit. Asal dengar bunyi bising sikit dia nangis "

Keluhan dilepas.

" Biasalah tu, budak-budak.. "

" Tapi kan Yoona, keluarga Kim ni lebih kaya dari apa yang kau ceritakan. Swimming pool diaorang ada dua, satu di tingkat bawah dan satu lagi ada di rooftop. Siap ada ballroom, game room, gym room, mini library dan ada satu bilik lagi tapi terkunci, "

" wah..Jinjja? "

" Yes! Bukan tu ja tau, aku terkejut bila pertama kali Jumpa Puan Soyeon. Bapak lawa! Suami dia pun aku tak tahulah manusia ke atau lukisan "

Mengekek Yoona ketawa dalam talian. Teruja betul kawannya itu. Maklumlah, Jia itu merupakan seorang gadis kampung. Dia mudah teruja akan sesuatu yang biasa.

" Tapi, kau nak dengar satu cerita tak? Tak silap aku perkara ni berlaku tiga tahun yang lalu, ada seorang secretary praktikal ni menjalinkan hubungan dengan Tuan Kim. Aku dengar dari khabar angin yang Tuan Kim Taehyung tu mudah jatuh hati. Hubungan diaorang tu tak berkekalan lama bila Tuan kim sendiri yang akhiri "

" Tuan Kim ingatkan yang hubungan tu akan berakhir macam tu je rupanya tak..perempuan tu balas dendam dan tolak Puan Soyeon dari ferri! "

" Perempuan tu sekarang dah dipenjara padahal dia masih muda. Dia dah cuba jumpa banyak peguam tapi kes tu tak dapat dijayakan sebab Tuan Kim tu orang yang berpengaruh dan dia sangat sayangkan isteri dia "

Tekun Jia mendengar cerita Yoona. Entah betul ke tidak.

" Habistu, kalau kes tu tak berjaya, apa akan terjadi? "

" Perempuan tu akan habiskan sisa hidup dia dalam penjara lah! Eih..tak nak aku! Lebih baik kau berhati-hati tau? Tuan Kim tu mudah jatuh hati tapi kau jangan terpedaya! Ended up dia akan pilih isteri dia juga "

" Mudah jatuh cinta? "

Senyuman sinis Jia tersungging di bibirnya. Nampaknya ada satu cara untuk mewujudkan impiannya...

365 DaysWhere stories live. Discover now