❝ I love , both of them ❞
SOYEON mengulum senyum. Matanya ralit memerhati Sunjung yang begitu tekun membuat kerja , tak di sedar jam sudah menginjak ke lunch time.
" Sunjung-ssi , dah masuk jam makan tengahari. Awak tak nak pergi makan dulu ? "
Soal soyeon lembut. Sunjung menoleh sekilas dengan senyuman. Jemarinya masih liar menaip di papan kekunci laptop.
" Kejap lagi nak siap ni puan " eyesmile di paparkan. Soyeon sekadar mengangguk faham. Tatkala dia merasa seperti di perhatikan , soyeon menoleh ke arah Taehyung yang sedang merenungnya di sebalik cermin lut sinar.
Dapat dia lihat Taehyung mengisyaratkannya supaya masuk.
" Lepas siap kerja , boleh pergi lunch ya ? Kerja-kerja juga , tapi kesihatan mesti di utamakan ok ? "
" Kamsahabnida , Puan Kim. Puan baik sangat! "
Sunjung menaikkan ibu jari dan tersenyum melebar. Lega hatinya mendapat teman sekerja seperti Puan Kim. Orangnya murah senyuman , baik hati dan suka memberi tunjuk ajar. Tak pernah sekalipun Puan Kim soyeon mengeluh kala dia bertanyakan apa-apa.
Patutlah Tuan Kim Jatuh hati.
" ada-ada je lah awak ni. Saya masuk dalam bilik tuan Kim sekejap ya ? "
" lama-lama pun tak apa! HOHO " Soyeon tersenyum malu dan menampar perlahan lengan Sunjung sebelum memasuki ruangan Taehyung.
Sunjung memerhati saja kelibat soyeon yang sudah memasuki bilik Taehyung. Body boleh tahan. Muka pun pergh lawa gila! Getus hati kecil sunjung.
Rasa insekyur menyelubungi diri. Dia pandang sekilas stail pakaian yang dia kenakan. Baju kemeja oversized tuck in dengan seluar jeans hitam. Ergh , ketinggalan zaman sangat ke ?
Sunjung menghembus nafas perlahan. Jika di lihat pasangan suami isteri itu , terkadang dia merasa cemburu. Manis saja senyuman Tuan Kim pada Puan Kim. Tapi , nak senyum dekat dia pun susah!
" dah lah muka beku je , entah macam mana Puan Kim buat Tuan Kim tu jatuh hati "
Sunjung bermonolog sendiri.
Taehyung yang tersedar akan Sunjung sedang memerhati mereka menerusi tingkap kaca lut sinar , pantas saja langsir automatik itu di tutupnya.
Dia mengahli pandangan ke arah soyeon yang tersenyum.
" Ada apa panggil saya Tuan kim ? "
" Tuan kim ? Siapa Tuan kim ? Saya tak kenal "
Taehyung memuncungkan bibir. Soyeon yang faham hanya tertawa kecil. Baby sorang ni merajuk je kerja. Soyeon mendekati Taehyung.
" Baby nak apa ? " usai memanggil Taehyung seperti itu , dia menghambur tawa. Cringe nya sampai ke tulang-tulang.
" baby tak sesuailah sayang. How about daddy ? "
Taehyung mengangkat kedua-dua alisnya sambil tersenyum nakal.
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...