❝ I love , both of them ❞
SEMINGGU sudah berlalu. Baru hari ini batang hidung Taehyung dan Soyeon kelihatan di ofis. Setelah khabar Puan soyeon mengandung 2 minggu tersebar meluas di pejabat , semua bukan main gembira lagi dan banyak yang menitipkan doa yang baik-baik untuk pasangan itu.
Namun tidak bagi Sunjung. 7 hari menahan rindu kepada si dia , dia hampir mau gila. Ditambah lagi dengan berita itu , semakin membuak buak rasa geramnya terhadap Soyeon.
Dia yang sepatutnya merasakan itu semua! Dia tahu yang Taehyung masih cintakan dirinya namun disebabkan Soyeon mengandung , Jejaka itu tak boleh memilih dirinya.
Pergi mampuslah Soyeon. Gerutunya dalam hati. Harapannya untuk soyeon itu mati saja melonjak tinggi. Lambat atau cepat , dia akan pastikan wanita jalang itu mati di tangannya.
Kala kelibat Soyeon dan Taehyung kelihatan , Sunjung pantas berdiri dan menunduk hormat kepada dua pasangan itu.
Sempat Soyeon menjeling tajam sekilas. Dapat dia lihat yang sunjung seakan mencuri pandang wajah suaminya namun taehyung hanya buat biasa saja , kembali dengan dirinya yang dingin dan tak mahu tersenyum.
Dia perlu melakukan itu semua. Dia sayangkan soyeon , apatah lagi Gadis itu sedang mengandungkan anak dari nya. Dia tak mahu Soyeon tersakiti.
" S-selamat pagi , Tuan dan puan "
Hening. Tiada balasan tang Sunjung terima daripada pasangan suami isteri itu. Soyeon terus saja melabuh punggung di tempatnya dengan memasang wajah serius.
Taehyung pula sudah memasuki ruangannya yang tak jauh dari meja Soyeon dan mejanya.
Dalam hati , dia mengepal rasa geram namun dia tetap bereaksi cool saja dan tersenyum nipis kepada soyeon walaupun wanita itu acuh tak acuh.
" Puan.. "
Soyeon mengangkat wajah , dapat dia lihat tubir mata gadis itu seakan penuh dengan air mata. Soyeon menghembus nafas berat.
Tuhan , tolong lah. Jangan rosakkan mood pagi ku dengan drama ini lagi.
Getus soyeon di hati. Dia pasti yang sunjung bakal mengusik tentang hal itu lagi. Dia tak mahu dengar , dia dan Taehyung juga sudah berbaik. Dia tak mahu memeningkan kepala untuk melayan perangai kebudakkan gadis bernama sunjung itu.
" Saya nak minta maaf. "
Ucapnya dalam esakan.
" Saya tak nak tapi Tuan Kim ugut saya kalau saya tak terima dia "
" yang awak pun bodoh sangat dah kenapa ? "
Kata-kata sarkastik Soyeon membuatkan esakan Sunjung semakin kuat. Dia juga penat berlakon seperti ini tapi dia tetap perlu! Dia perlu membuatkan Taehyung itu buruk di mata soyeon!
" hey , hidup ni jangan hati tisu sangat tau. Ugut sikit dah takut , memang hak awak lah untuk tolak dia. Dah tahu dia suami orang , dah kenapa awak layan ugutan dia dan akhirnya jatuh hati dekat suami saya ? "
Sunjung menunduk.
" Tolong buang lah kebodohan awak tu. Takut melarat sampai awak tua. "
〰️
" selepas habis sebulan ni , baru awak boleh berkemas pergi. Saya akan cari sekretari baru dalam masa terdekat "
Kata-kata Taehyung terngiang difikirannya. Ya , dia sudah di pecat. Bersisa beberapa hari lagi sebelum dia berambus dari syarikat itu.
Akan tetapi , siapa cakap yang dia bakal pergi dengan tangan kosong ? Tidak sama sekali. Dia sudah merancang semuanya dengan sempurna. Dia akan pastikan yang Soyeon itu mampus saja!
Dia sudah tak kisah , yang dia tahu dia mahu soyeon mati dan dia boleh hidup senang lenang dengan pujaan hatinya sambil menikmati Harta yang di miliki oleh Taehyung.
Well , dia bukan saja mencintai Taehyung tetapi harta jejaka itu juga. Dia sudah serik menjadi orang susah , dia mahukan kemewahan yang soyeon rasakan.
Dia juga mahu tinggal di rumah yang besar , memakai pakaian dan aksesori yang branded seperti soyeon. Meski dia diam , namun dia sudah lama cemburu akan gadis itu.
Gadis itu terlalu sempurna sehingga dia merasa begitu rendah. Sudahlah di kurniakan wajah dan tubuh yang cantik , tak kurang juga hati soyeon yang pernah terlalu baik kepadanya. Dapat pula suami yang kaya dan kacak.
Itu yang membuatkan dia cemburu. Dia mahukan semua yang ada pada Soyeon! Hatinya seakan menjerit.
" Tak apa. bak kata orang , bersusah , susah dahulu bersenang , senang kemudian. Kau ingat kau hasut suami kau untuk pecat aku , aku akan pergi macam tu je ? "
Dia tertawa sinis. Untuk kesekian kali , soju di tuang ke dalam gelas lalu di teguk rakus. Habit baharunya semenjak putus dengan Taehyung. Tiap malam dia mengalas perut dengan soju dan kemudian di biarkan saja dirinya mabuk teruk.
" Aku akan pastikan yang anak dalam perut kau tu takkan sempat melihat dunia! Because why ? Sebab , aku akan bunuh kau dan anak kau! "
Di dalam appartment sendiri , dia menempik bagaikan orang gila. Sekejap dia tertawa , sekejap geram dan tiba tiba pula menangis.
Gila. Itu saja perkataan yang sesuai untuk mendiskripsi Diri Sunjung kini. Dek cinta dan perasaan cemburu , dirinya seakan bertukar kulit menjadi manusia yang kejam.
" Kau tunggu saja perempuan jalang! Aku takkan bagi kau hidup bersenang lenang selamanya! "
Botol kaca soju di lempar ke dinding. Habis pecah dan bersepai di lantai. Sunjung memeluk lutut , rambut panjangnya di serabutkan.
" k-kau tunggu..kau tunggu! Yaish! "
To be continued..
Kita bagi sunjung jadi gila nak tak ?
Ataupun dia memang dah jadi gila ni ? 😂
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...