" PUAN, masa perjumpaan dengan klien England tu terpaksa ditukar pada pukul 12 tengahari ini "
Fokus Soyeon terahli seraya mendengar kata PA Han.
" Pukul 12 tengahari? " Soal Soyeon berserta reaksi terkejutnya.
" Ya, puan. Klien kita terpaksa pulang ke England pukul dua petang ini juga atas sebab tertentu. "
Aduhai..macam mana ni? Dia perlu pulang pukul 12 ini untuk masakkan makanan Jun dan mandikan anaknya itu. Dalam keadaan Taehyung seperti itu, pastinya Taehyung tak dapat menjaga Jun dengan baik. Dia risau.
" Designer Kim free tak? Boleh awak minta dia gantikan saya untuk meeting tu? Saya kena balik rumah pukul 12 tengahari nanti. Saya kena mandikan Jun dan masakkan makanan dia "
" designer Kim sedang sibuk dengan rekaan untuk winter season nanti. Lagipula, Klien kita tu nak berjumpa terus dengan direktur utama. Diaorang nak percepatkan kontrak. kalau tak, kita kena bayar dua kali ganda dari nilai yang mereka tawarkan, Puan "
Soyeon mengeluh berat. Nampaknya dia tak ada pilihan lain. Maafkan Mama, Jun. Mama kena ketepikan kamu sebentar..
" Kalau macam tu, nak buat macam mana.. Saya kena pergi juga "
" Baik puan, Saya akan aturkan lokasi dan kertas kerja "
Ujar PA Han lalu menunduk hormat dan melangkah keluar dari ofis Soyeon.
-
Soyeon keluar dari perut kereta dengan langkah kalut. Terus saja pintu gerbang rumah agam itu dikuak. Terlihat Taehyung yang sudah berkerut dahinya dek risau sambil mendukung Jun yang menangis.
" Soyeon ssi! Kenapa awak lama? Saya tak tahu macam mana nak buat Jun berhenti nangis "
" Maaf, awak.. Tadi ada perjumpaan mendadak dengan Klien luar negara, saya terpaksa pergi. Sekarang, tolong ambilkan pampers Jun dekat bilik dia "
Mendengar arahan Soyeon, pantas saja Taehyung menuju ke tingkat atas dan mengambil barang yang dipinta isterinya. Dia panik saat Jun tiba-tiba saja menangis kuat. Bermacam perkara dia lakukan untuk membuatkan tangis budak kecil itu berhenti namun tak dapat.
" Kenapa dia nangis ni, Soyeon ssi? dah banyak kali saya cuba hentikan tapi dia tak mahu "
Taehyung memerhati tindak-tanduk Soyeon yang lincah menukar pampers Jun. Matanya kemudian berahli ke wajah gadis itu. Soyeon sudah lencun dek berpeluh. Mesti gadis itu tergesa menuju ke sini.
" Jun nangis sebab pampers dia dah penuh, tak selesa "
Jawab Soyeon. Kemudian dia menuju ke dapur, membancuh susu dan menyiapkan makanan tengahari Jun. Usai itu, dia memandikan Jun, menukar pakaiannya dan menidurkan budak kecil itu.
Semua hal tersebut dilakukan oleh soyeon dengan begitu pantas. Taehyung sedikit kagum dengan kecekapan Soyeon, dia tak percaya yang gadis itu dapat melakukan semuanya dengan senang. Walhal dia, hampir saja dia terikut menangis dek tak dapat hentikan tangisan Jun.
Melihat Soyeon yang sudah terbaring kepalanya di meja makan dek kepenatan, membuatkan hatinya simpati. Pastinya susah menguruskan tiga hal dalam waktu yang sama. Menjaga Syarikat, menjaga suami dan anak. Pastinya sukar.
Taehyung mendekatkan dirinya dengan soyeon yang sudah lena. Dia cuba memikirkan sesuatu yang bernas, agar dapat mengurangkan beban isterinya.
KRING!!!
Telefon yang berdering menyedarkan Soyeon. Pantas telefonnya dicapai lalu punat hijau ditekan.
" Yoboseyo? Ya, saya Kim Soyeon. Ya? benarkah? Baik, saya akan segera ke sana "
Gadis itu bangkit dari duduknya dengan mata yang masih kuyu.
" Taehyung, saya akan balik lewat sikit ya hari ini? Ada sedikit masalah dengan kilang menjahit. Kalau Jun terbangun dan menangis lagi, hubungi saya tau? "
Taehyung hanya boleh mengangguk walaupun dia tak sampai hati melihat Soyeon yang terpaksa ke sana ke mari.
" Kalau awak lapar, saya ada masak tadi. Awak tinggal panaskan je nanti. Okay? Saya pergi dulu tau? "
" Okay. "
-
" Ah penatnya.. "
Soyeon menghempas tubuh di sofa ruang tamu. Matanya mengerling ke arah jam dinding, jam sudah menginjak pukul sembilan malam.
Hari ini, dia terpaksa ke sana ke mari menguruskan segala hal. Mana lagi dia risau dengan keadaan Taehyung dan Jun di rumah, hal syarikat lagi. Aduhai...sampai bila agaknya dia dapat bertahan dengan keadaan ini?
Selepas bersalin Jun, dia perasan dirinya menjadi mudah pelupa dan cepat kepenatan. Kakinya mudah merasa lenguh dan tubuh badannya juga seringkali lemah apabila dia terlepas jam makannya.
Dengan keadaannya seperti ini, dapatkah dia bertahan? Setelah Taehyung Kemalangan, keadaan syarikat menjadi tak teratur dan haru biru. Dia tak dapat menangani semua itu sendiri. Mujurlah Kim Seokjin terkadang membantu sedikit demi sedikit.
" Awak dah pulang, Soyeon ssi? "
" Ya.. "
"..Jun tak terbangun ke? "
Taehyung menggeleng perlahan. Tubuh Soyeon yang terlentang penat di sofa hanya diperhati dengan tatapan simpati.
Dia tak boleh biarkan Soyeon menguruskan segalanya sendiri.
" Soyeon ssi, saya kesian tengok awak terpaksa ulang alik macam ni. Apa kata kita upah babysitter aje? "
" Babysitter? "
Soyeon bangun dari pembaringannya. Wajah Taehyung ditatap lama.
" awak tahu kan, dalam keadaan saya macam ni, saya pun tak boleh jaga Jun sebaiknya. Sakit pada kepala saya terkadang datang tiba-tiba. Rasanya kalau kita ambil babysitter akan membantu "
Soyeon berfikir sejenak tentang cadangan Suaminya. Ada betulnya juga, tapi..dia sudah nekad mahu menjaga Jun sendiri. Lagipula, khabar-khabar angin tentang babysitter zaman sekarang ini membuatnya takut. Banyak saja kes-kes dera kanak-kanak dan kes parasit yang masuk ke dalam keluarga kaya dan memporak perandakan kehidupan mereka untuk mendapatkan wang.
Dia tak mahu keluarga kecilnya ini berakhir seperti mangsa-mangsa kes tersebut.
" Cadangan saya tak membantu ke? "
Soalan Taehyung mengembalikan Soyeon ke realiti.
" Bukan macam tu awak tapi saya agak takut untuk libatkan orang luar dalam urusan keluarga kita. Selagi saya mampu, saya nak jaga Jun dengan tangan dan kaki saya sendiri "
" Tapi Soyeon, saya sebagai suami tak boleh buat awak overworked macam ni. Kalau awak sakit, macam mana? "
Soyeon menghembus keluhan berat.
" okay lah, kalau macam tu kita akan ambil babysitter TAPI, "
" hanya sehingga awak dah sembuh "
Taehyung mengangguk dengan senyuman.
" Tapi Taehyung, "
" yup? "
" boleh saya ikut awak tidur atas katil malam ni? "

ANDA SEDANG MEMBACA
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...