S3: Bab 16

100 17 19
                                    

" AAA, sedapkan awak? "

Taehyung mengunyah perlahan lalu mengangguk dengan senyuman lebar.

Soyeon yang berada di anak tangga hanya memerhati saja kemesraan Taehyung dan Jia. Tipulah kalau hatinya tak terpukul melihat semua itu. Namun, dia perlu terima kenyataan.

Jia dan Taehyung saling suap menyuap di meja makan. Sekali sekali gelak tawa mereka kedengaran. Kehadiran Soyeon tak diendahkan dua pasangan tak sejoli itu.

Soyeon mengambil roti, peanut butter disapukan di atas roti lalu disuakan ke dalam mulut. Dia kemudian menuangkan air ke dalam gelas lalu dihabiskan dengan hanya satu tegukan.

Soyeon mengemaskan kotnya, beg berjenama prada yang dia letakkan di atas meja di capai lalu disikut pada lengannya.

Dia mula berganjak untuk pergi.

" Nak pergi ofis? "

Soalan Taehyung memberhentikan langkah Soyeon. Oh, ingatkan buta tadi. Rupanya Taehyung sedar juga dengan kewujudannya.

" Ya. "

Soyeon menjawab ringkas dan mengatur kakinya semula. Sedikit pun wajah Taehyung dia tak pandang.

" Hati-hati "

Pesanan ringkas Taehyung itu hanya dibiarkan saja oleh Soyeon. Buat apa lelaki itu nak kisah tentangnya? Dia mati sekalipun Taehyung tak akan pernah kisah pun kan. Malahan lelaki itu akan lebih suka.

Soyeon kemudian terpandang potret besar yang bergantung di ruang tamu. Potret perkahwinannya bersama Taehyung sudah tidak ada, sudah digantikan dengan potret perkahwinan Jia dan Taehyung.

Soyeon menuju semula ke ruang makan.

" Kenapa awak kembali? Ada barang tertinggal ke? "

" Kenapa awak ni melampau sangat huh? "

" what? "

" Kenapa awak tukar gambar potret tu?! Kenapa awak boleh lakukan semua itu semudahnya?! "

Soyeon benar-benar tak menyangka Taehyung boleh menjadi sekejam itu. Dia tak perlulah sampai tukar potret itu segala! Potret itu merupakan benda paling berharga buat soyeon dan Taehyung menukarnya semudah itu?

" Suka hati saya lah. Ini rumah saya.  I have a full rights if I want to change anything in this house. Kenapa? tak suka? Kalau tak suka, boleh berambus "

Soyeon terdiam. Matanya berkaca.

" Sampai hati awak kan Taehyung? Apa kurangnya saya sampai awak sanggup perlakukan saya macam ni? Kenapa awak tak pernah pandang kebaikan saya? walaupun awak kejam macam ni, saya masih nak bersama awak. Awak tak sedar ke semua tu? "

" Saya ada minta ke awak buat macam tu? Semua tu pilihan awak sendiri. Pilihan yang terhasil dari otak awak yang bodoh tu. Pintu rumah ni sentiasa terbuka dan mengalu-alukan awak untuk berambus "

Soyeon tak tertahan lagi. Kata-kata Taehyung terlalu menyakitkan hatinya.

Dia berganjak pergi tanpa sepatah kata. Dia masuk ke dalam perut keretanya dan menghambur tangis di dalam kereta tersebut.

Tuhan..Aku penat dan aku ingin mati...

-

" Noona, kenapa boleh jadi macam ni? "

Jaykay menyoal Soyeon, mendung saja gadis itu dari tadi.

" Noona tak tahu jay. I don't have any idea on what happened now. Everything happened in just one wink. "

Jaykay mengeluh nafas berat. Kenapa konflik kehidupan Soyeon ini tak pernah berakhir? Dia betul-betul tak faham. Ada saja yang menghalang bahagia antara Taehyung dan Soyeon.

" Kenapa Noona hanya diam macam ni? Noona ada hak untuk protes! Noona tak boleh serahkan suami noona semudah itu kepada perempuan tak sedar diri itu! "

" Lagipula, I have a bad thought on that girl. Dia kelihatan seperti perempuan materialistik yang masuk ke dalam keluarga kaya dan menjadi parasit. Jay tak rasa perempuan tu serius dengan Hyeong! "

" Noona dah malas nak fikir Jay. Noona serahkan semuanya pada takdir. Noona hanya nak lenyap dari dunia yang kejam ini untuk kebaikan semua orang "

" Noona dah penat. Noona nak mati saja "

Jaykay menggeleng kepala. Mana Soyeon yang dia kenal dulu? Soyeon yang sanggup melakukan apa saja untuk mengecapi impiannya? Ke mana gadis itu pergi?

Jaykay benar-benar kecewa. Dia tak menyangka Taehyung sanggup memperlakukan wanita sebaik Soyeon seperti ini. Hey, dia tak tahu kah yang berjuta lelaki di luar sana ingin memperisterikan Soyeon? Gadis itu berpakej penuh. Dia cantik, bijak, berhati nurani dan memang worth to the it untuk dijadikan isteri!

Termasuk Jaykay sendiri. Dia benar-benar mahu memiliki Soyeon. Tapi dia tahu semua itu hanya berlaku di dalam mimpinya.

" Habis tu, sampai bila noona nak bersama dengan lelaki tak guna itu? "

" Selamanya. Noona takkan pernah tinggalkan Taehyung walaupun noona nampak bodoh dan menyedihkan sekarang ini "

-

Soyeon tak sengaja bertembung dengan Jia di dapur. Kelihatan sepertinya Jia sedang membancuh minuman panas untuk Taehyung.

Itu adalah tugas Soyeon. Tapi nampaknya tidak lagi. Soyeon harus membiasakan diri mulai sekarang yang dia merupakan isteri yang tidak dicintai. Dia harus menerima fakta itu.

" Jangan maniskan sangat coffee tu. Taehyung lebih suka kalau awak gunakan susu. "

Soyeon memesan Jia. Kelihatan riak wajah gadis itu bertukar tak senang. Dia menoleh ke arah Soyeon yang sedang membasuh pinggan kotor yang masih tersisa di sinki.

" Tak perlu susah-susah nak beritahu. Saya tahulah apa yang suami saya suka "

'Suami saya'? Dasar perempuan tak sedar diri. Dia tak sedarkah dirinya itu adalah perampas? mengapa dia bertingkah seolah-olah dia lah yang menjadi mangsa keadaan?

" Awak ni bercakap seolah-olah awak dah lama berkahwin dengan Taehyung. Tak apalah, suka hati awaklah "

Soyeon berura untuk beredar.

" Saya sebenarnya dah lama jalinkan hubungan sulit dengan Taehyung. "

Kata-kata Jia itu memberhentikan langkah Soyeon.

" Kami keluar senyap-senyap waktu malam dan Taehyung juga sangat jaguh di atas katil. Awak ingat tak bekas di leher saya yang awak tegur ketika itu? Itu kerja Taehyung "

Jia menghambur tawa sinis. Soyeon memutarkan tubuhnya menghadap Jia. Oh, jadi betul lah apa yang dia fikirkan itu. Taehyung dan Jia memang mempunyai hubungan sulit sudah lama.

" Awak fikir awak hebatlah sekarang? " Soyeon menyoal.

" yes! Aku gembira dapat musnahkan kau! Kau tahu tak, sejak dulu lagi aku tak suka perempuan macam kau? Aku tak suka perempuan sempurna dan tiada cacat cela macam kau! Perempuan macam kau baik mampus saja! "

Jia emosi tiba-tiba. Soyeon hanya menguntum senyuman nipis.

" Thanks for the compliment. Saya harap awak bahagia hidup sebagai perampas dan parasit. "

Soyeon beredar. Meninggalkan Jia yang sudah beremosi di situ.

365 DaysWhere stories live. Discover now