SEBULAN sudah berlalu.
Berita penceraian Soyeon dan Taehyung sudah sampai di telinga keluarga Park di busan. Jimin mengamuk dan hampir saja ke Seoul untuk membunuh Taehyung tapi Soyeon memberitahu abangnya untuk berdiam saja.
Ibu bapa Soyeon juga kesal dengan perbuatan Taehyung ke atas anak perempuan mereka. Mereka tak habis-habis meminta maaf kepada Soyeon kerana mereka lah yang memulakan semuanya. Mereka yang bersepakat untuk menjodohkan Soyeon dan Taehyung.
Semuanya sudah terjadi dan tiada apa yang perlu disesali. Soyeon menganggap apa yang sudah berlaku ini adalah ujian dan takdir tuhan kepadanya. Dia pasrah dan menerimanya sebagai satu pengajaran.
Selama sebulan ini, Soyeon melakukan banyak perkara. Dia membeli sebuah kondo mewah di Itaewon dan membuka sebuah kedai bunga kecil-kecilan. Soyeon sering membantu ibunya yang merupakan seorang florist semasa dia masih kecil dahulu. Sebab itu dia tahu serba sedikit tentang penggubahan bunga. Lagipula, pekerjaan itu begitu santai dan menghibur dirinya walaupun tak lah memberi untung besar.
Baru-baru ini juga Soyeon menghantar permohonan untuk jawatan pensyarah dalam bidang secretarial di Universiti Harvard.
Dia ingin kembali semula kepada impiannya dulu yang ingin menjadi seorang pensyarah di universiti terkemuka. Soyeon perlu menyibukkan diri untuk melupakan Taehyung dan fokus membesarkan Jun.
Jun adalah yang paling utama sekarang ini. Dia yakin, dia dapat besarkan Jun dengan baik tanpa bantuan Taehyung.
" Mama! cuba teka apa yang ada di belakang Jun? "
Jun yang entah dari mana saja menyergah Soyeon yang sibuk menggubah bunga. Beberapa hari ini Jun semakin lancar bercakap, mungkin kerana Soyeon sering mengajarnya.
Jun tersengih-sengih menampakkan giginya yang baru hendak tumbuh. Dia keluarkan benda yang dia sembunyikan di belakangnya lalu dihulur kepada Soyeon.
Soyeon memandang Jun yang menghulurkan tiga tangkai bunga mawar yang sudah diikat menggunakan reben. Dia menghambur tawa kecil.
" Jun buat sendiri ya? "
" eung! Jun pandaikan mama? "
" Mestilah, anak mama memang smart boy! "
Soyeon menarik Jun ke dalam pelukannya.
Seketika kepala Soyeon berpinar. Tekaknya tiba-tiba saja loya.
Pantas Soyeon menuju ke tandas dan memuntahkan segala isi perutnya ke dalam sinki. Jun sudah terkedek-kedek menghampirinya dan memandang risau ibunya itu.
" Mama..mama sakit ke? "
Soyeon hanya menguntum senyum lalu menggeleng. Dia berkumur lalu menatap biasan dirinya berada di cermin.
Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik. Sudah beberapa hari dia pening dan muntah-muntah.
Jangan cakap dia..
...mengandung?
-
Kaki Nam Juho akhirnya memijak juga lantai mar-mar Bangunan Syarikat Bwilouis.V itu. Sekian lama dia mengumpulkan keberanian, akhirnya hari ini tiba.
Juho bakal membongkar segala rancangan gila Jia. Gadis itu begitu berkeras hingga sanggup menipu tentang anak yang berada di dalam kandungannya itu.
Sebelum hal itu ketahuan, lebih baik Juho sendiri yang memberitahu Taehyung. Dia tak mahu dirinya berakhir di penjara!
" Boleh saya bantu Encik? "
Wanita yang menjaga bahagian reception itu menyoal Juho.
" Saya nak berjumpa dengan Direktur utama syarikat ini "

ANDA SEDANG MEMBACA
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...