S2 / 11

442 60 19
                                    

❝ I love , both of them ❞

SOYEON bertarung dengan tangisnya sendiri. Dia tak menyerang mahupun bertanya dengan suaminya tentang hal itu. Yang dia tahu , persoalannya sudah terjawab kini.

Ya! Suaminya benar-benar mempunyai wanita lain selain dirinya! Wanita itu tidak lain dan tidak bukan , adalah Sunjung sendiri.

Di sebalik wajah polos wanita itu , dia tak sangka yang Sunjung sanggup berhubungan dengan suaminya walaupun dia sudah tahu yang jejaka itu sudah beristeri.

Usai saja dia dan suaminya pulang , suaminya meminta izin untuk ke tapak projek kononnya. Soyeon tahu , namun dia biarkan saja. Kita lihat , sejauh mana Taehyung dan Sunjung dapat merahsiakan perkara ini.

Dan di samping itu , Soyeon perlu perlahan-lahan memudarkan rasa cintanya kepada Taehyung. Dia sudah lali , sudah serik dengan perangai suaminya yang suka mengotakan janji palsu.

Dia tak mahu menyiksa hati lagi untuk mencintai Jejaka seperti Taehyung.

Berubah ? Tidak sama sekali. Suaminya tidak pernah berubah! Semua apa yang di katakan jejaka itu hanya lah pemuas hati semata-mata!

" Awak game kan saya ya ? Kita tengok siapa yang tumpas dulu nanti! "

Monolognya dalam tangis.

Apa kurangnya dirinya ? Apa yang perlu dia lakukan sehingga Taehyung tak mahu berpaling ? Adakah jejaka itu kurang puas dengan layanannya selama ini ?

Huh. Dia tak faham. Entah kenapa suratan hidupnya seperti ini. Di uji dengan kesalahfahaman , kemudian di uji lagi dengan kedatangan orang ketiga dalam rumah tangganya.

Soyeon hanya mampu mengeluh. Dia akan berdiam saja sampai rahsia itu terbongkar dengan sendirinya!

〰️

" apa yang awak nampak tanda-tanda dia dah mencurigakan awak ? "

Sunjung menatap Taehyung.

" huh , macam-macam lah sayang. Nasib lah tak kantoi"

Sunjung tersenyum nipis. Tubuh Taehyung di peluk erat. Dia sudah pasti dengan keputusannya. Dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan Taehyung sebagai miliknya sepenuhnya.

" Awak terus terang je lah. Lepastu kita terus kahwin. Awak sendiri yang cakap puan soyeon akan terima saya juga kan ? "

" ya sayang , tapi belum tiba masanya. Saya masih perlukan dia sebagai isteri saya "

Sunjung tersenyum sinis. Pelukannya pada Taehyung di lepaskan kasar.

" Lah , cemburu ke ? Sayang , saya pun cintakan awak. Saya cintakan awak berdua sama rata "

" Heol. How can ? Awak ingat saya doll ke apa ? "

Sunjung memutarkan bebola mata. Dia mahu Taehyung cintai dirinya saja! Dia tak suka berkongsi perkara yang dia suka bersama dengan orang lain!

Dek cinta , personalitinya berubah 360 darjah. Dia sendiri tak tahu yang dia bakal melimpasi limit seperti ini.

Hakikatnya , dia hanya seorang wanita simpanan Taehyung.

365 DaysTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang