Bab 20 | ending

953 88 3
                                    

❝  365 hari mencintaiku ❞

A N : Chapter ending akan panjang sikit ya. Agak mencabar untuk taip konflik yang panjang dalam chapter yang sikit. Author jenis tak suka banyak bab. So , kita campak semua dekat sini okie!

Thanks yang sudi support! Untuk silent readers , author berharap korang munculkan diri dan tinggalkan jejak ❤

By the way , ending agak hambar. Maafkan author 😭

T h e
E n d i n g

H

ARI berganti hari , Masa berganti masa. Semuanya berlalu begitu pantas. Tak terasa , sudah dua minggu Taehyung mengurung isterinya di dalam bilik. Di lepaskan ketika mandi dan makan sahaja. Soyeon di layan tak ubah binatang peliharaan jejaka itu.

Gadis itu sudah lali. Akal fikirannya seakan mati. Dia pasrah sahaja dan menunggi semua ini berakhir. Hidupnya serasa kosong. Warna-warni kehidupan yang yang pernah dia ada kini bertukar kelam dan kelabu.

" Waktu makan "

Taehyung membuka pintu biliknya. Kedua mata indah itu yang sudah memerah dan membengkak hanya menatap kosong wajah Taehyung. Kemudian menatap pula dulang makanan yang di bawa jejaka itu.

Tiada selera. Tekaknya serasa pahit mahu menelan makanan lagi. Apa guna dia teruskan hidup jika hidupnya tersiksa seperti ini ? Belenggu yang di ciptakan Taehyung untuknya begitu menghempap kuat.

" Kau nangis lagi ke ? "

Tiada jawapan. Soyeon hanya berdiam.

" Kau jangan lah sedih sangat. Kau sepatutnya rasa gembira sebab masih bersama suami tercinta kau ni "

Taehyung tertawa mengejek. Suami tercinta ? Suami yang membawa malapetaka ada lah! Perangai serupa iblis! Dasar manusia bertopengkan syaitan!

Hati soyeon menempik kuat. Cinta yang dulu mencurah-curah terhadap jejaka itu kini pudar begitu saja. Hanya rasa benci yang dia rasakan. Dia bencikan Kim Taehyung!

Dia tak boleh terus menetap di sini. Dia perlu mencari jalan untuk keluar daripada siksaan kejam Taehyung ini! Dia perlu melarikan diri!

" Taehyung.. sampai bila awak nak buat saya macam ni ? Awak dah tak sayang saya ke ? "

Walaupun berat mulutnya mahu berkata , tapi dia perlu. Dia perlu meraih kepercayaan Taehyung dan membebaskan dirinya daripada lelaki durjana itu.

" Soyeon , sebab aku sayang kau lah aku buat macam ni. Aku tak nak kau keluar rumah , aku tak nak lelaki lain pandang kau , pandang body kau yang seksi ni. Hanya aku yang boleh , faham kan ? "

" K-kalau awak tak kurung saya lagi , saya akan layan awak sorang je. Saya akan jadi isteri yang baik untuk awak , k-kita akan bahagia "

Taehyung tersenyum sinis. Pipi mulus soyeon di ulus.

" kau ingat aku akan percaya kata-kata kau ? "

" s-saya janji Taehyung! Saya takkan lari! Saya janji! "

" Baiklah , aku akan lepaskan kau. Tapi kau kena ingat , sekali kau cuba untuk lari , kau jangan ingat aku akan lepaskan kau hidup-hidup "

Amaran keras Taehyung membuatkan dia gentar. Ragu-ragu juga dengan rancangan ingin melarikan diri nya. Nahas dia kalau Taehyung tahu!

" s-saya takkan lari "

Taehyung membuka gari yang mengunci pergelangan tangannya dan gari yang ada di kakinya. Gadis itu tersenyum melebar.

365 DaysWhere stories live. Discover now