To: Kim Taehyung.
Apabila surat ini dah sampai ke tangan awak, bermakna saya dah tak ada di dunia ini.
Kim Taehyung,
Di hari pertama kita bertemu, hati saya memang dah terpaut. Saya memang dah tahu yang awak bakal menjadi jejaka yang saya akan cintai sepenuh hati.
Walaupun awak dah banyak lukakan hati saya, saya tak akan pernah menyesal kerana bertemu dengan awak. Kalau saya diberi peluang untuk putarkan kembali masa sekalipun, saya akan tetap dengan keputusan saya. Saya akan tetap akan memilih awak.
Saya menghidapi glioblastoma. Entahlah, saya pun tak faham dengan penyakit tu tapi ianya tak dapat disembuhkan dan saya hanya ada masa 100 hari untuk hidup.
Saya nak awak teruskan hidup awak seperti biasa. Saya nak awak mencari cinta lagi dan bahagiakan dia seperti mana awak bahagiakan saya.
Lepas ni, budayakan untuk buka stokin awak tu sebelum tidur. Jangan minum espresso! Jangan bekerja kuat sangat sampai lupa makan, okay? Saya dah tak ada nak ingatkan awak lagi.
Ingat tau, Dalam hati Park Soyeon hanya ada Kim Taehyung seorang.
Saya cintakan awak, Kim Taehyung.
Terima kasih sebab hadir dan mewarnai hidup saya. Saya takkan pernah lupakan kenangan manis kita bersama. Saya janji.
Saya pergi dulu. Jaga diri awak baik-baik.
Ikhlas,
Park Soyeon.
Tamat.
ANDA SEDANG MEMBACA
365 Days
Fiksi Penggemar[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...
