Bab 19

692 88 7
                                    

❝ 365 hari mencintaiku❞

PETI kecemasan di letakkan di atas meja. Cotton buds di celup ke dalam ubat luka lalu di sapukan perlahan pada luka Soyeon yang ada di lengan soyeon. Mungkin bekas cakaran Tuan Wong tadi.

" Apa yang dah jadi Soyeon ? Macam mana awak boleh luka sampai macam ni ? "

Seokjin menyoal risau. Dia sendiri tak tahu harus bagaimana lagi menasihati Taehyung itu. Perangainya , dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah. Hati batu.

Dia tidak boleh memperlakukan isterinya sampai begini sekali. Dia masih bergelar seorang isteri , perlu di lindungi dan di layan dengan baik.

" Tuan Wong akan berkerjasama semula dengan Syarikat kita dengan syarat dia nak saya layan dia untuk semalaman "

Soyeon berkata dalam sebak. Soyeon sudah hilang rasa percaya dalam diri. Yang dia mahu sekarang ini , hanya berpisah dengan jejaka itu. Itu lah jalan yang terbaik.

Dia seakan trauma dengan Taehyung. Jejaka itu terlalu banyak kali bermain dengan hatinya. Sudah lama dia menahan rasa sabar , menelan semua cemuhan daripada mulut lelaki itu tetapi kali ini kesabarannya sudah mencapai tahap klimaks.

Dia benar-benar sudah tak tahan lagi. Sudah 3 bulan masalah ini berlangsung namun masih tak menjumpai jalam penyelesaiannya.

" Jadi , dia setuju ? "

Soyeon mengangguk lemah. Dia sendiri pun tak pernah terfikir Taehyung bakal menjadi segila itu.

" Taehyung memang dah melampau. Terlalu ikutkan sangat kata hati "

" Seokjin , rasanya dia dah tak sayangkan saya lagi. Saya..saya nak berpisah dengan dia. Lagipun , dia pernah cakap yang dia masih berharap dengan gadis misteri di Norway itu "

Seokjin menggelengkan kepala. Kesal dengan sikap Taehyung. Walaupun dia tidak berpengalaman tentang soal hal rumah tangga tapi sepatutnya Taehyung perlu mengatur langkah terlebih dahulu untuk membetulkan keadaan.

Bukan mengikut kata hati dan menyiksa perasaan orang lain.

" Soyeon ssi , berpisah bukan jalan yang terbaik. Sebaiknya , awak cuba slow talk dengan Taehyung dan pulihkan keadaan. "

Soyeon menghembus nafas berat. Slow talk ? Sudah banyak kali dia cuba. Namun , Taehyung hanya memberi respon yang negatif. Dia cuba berlembut dan menjelaskan semuanya tetapi caci maki pula yang dia dapat.

" Saya dah pernah cuba , seokjin. Tapi , semua tu tak ada guna. Taehyung tak nak dengar apa yang saya cakap. Saya cinta dan sayangkan dia sepenuh hati saya tapi rasanya semua tu dah tak ada guna lagi "

" Ah.. Saya pun tak ada hak nak masuk campur hal rumah tangga korang. Tapi , nanti saya cuba lah nasihatkan Taehyung "

Soyeon sekadar tersenyum hambar. Jurang yang tercipta antaranya dengan Taehyung pasti menegah segalanya. Sudah tiada lagi ubat yang dapat membaiki hubungan mereka yang sudah cedera teruk.

" Saya hantar awak balik ya ? "

Gadis itu mengangguk perlahan.

365 DaysWhere stories live. Discover now