Bab 15

618 93 6
                                    

❝ 365 hari mencintaiku❞

SOYEON tak tahu harus bagaimana lagi. Tembelangnya kini sudah pecah. Tak ada perkara yang perlu dia sembunyikan lagi. Tubuhnya masih lemah dan di tambah pula dengan masalah baru yang menghempap membuatkan dia mahu saja mengakhiri hidupnya.

Dia malu dengan Taehyung. Serba salah menyulubungi dirinya dan dia gentar untuk menempuh cabang hidupnya sebentar lagi. Lihat saja daripada iris mata jejaka itu , dia sudah dapat menghidu sesuatu.

Dari hospital hinggalah berdekatan dengan jalan perumahan Han , Air mata tak lekang berderai. Rasa jijik dengan diri sendiri benar-benar menghempap dirinya.

" Kau menangis tak henti-henti. Apa yang kau sedihkan ? "

Begitu sarkastik soalan jejaka itu. Soyeon memandang wajah Taehyung. Soalan itu tak mampu di jawabnya. Dia sendiri terkejut dengan keadaan ini. Sesuatu yang dia sendiri tak pernah tahu.

Akan tetapi , adakah Taehyung bakal percaya dengan kebenaran ini ? Sesiapa saja tentunya tidak mudah percaya. Tapi itu lah realitinya. Dia tidak tahu yang dirinya hamil sewaktu berkahwin dengan Taehyung.

" Kau sedih sebab anak kau tak dapat di selamatkan atau sebab suami tercinta kau ni dah tahu warna sebenar kau ? "

Tanpa secuit simpati , Taehyung merobek perasaan isterinya. Soyeon hanya mampu memejam mata , air mata yang berderai hanya di biarkan.

Dia benar-benar tidak tahu yang dia hamil! Setelah apa yang berlaku malam itu , dia pernah berhasrat ingin berjumpa dengan lelaki yang menodainya namun dia membatalkan hasratnya tanpa memikir panjang.

Kalau dia tahu kebenaran ini , dia sendiri pun tidak akan bersetuju untuk berkahwin dengan Taehyung.

" Patutlah senang je kau terima lamaran keluarga aku. Rupanya nak jadikan aku kambing hitam kau ? Tak sangka kau ni barang terpakai , ew "

Taehyung memandang jijik. Melumatkan lagi sekeping hati soyeon yang sudah bersepai. Hati Taehyung yang tidak boleh menerima kenyataan , membuatkan semua kata-kata itu terucap. Dia puas jika gadis itu tersakiti.

Taehyung membuang pandangan. Kereta yang di pandunya di maksimumkan.

Dia akan pastikan , Gadis itu menderita!

-

" Taehyung , sebesar mana pun amarah kau terhadap soyeon , Jangan lah sakiti hati dia. Walaupun dia dah buat salah yang besar , dia masih perempuan. Hati dia nipis dan lemah "

Masih terngiang-ngiang nasihat Seokjin di kotak pemikirannya. Matanya menancap ke television namun fikirannya jauh melayang memikirkan ujian berat ini.

Itu juga tekadnya apabila berhadapan dengan Soyeon. Dia mahu berdiam dan tidak mengendahkan gadis itu. Tetapi , saat bertempur mata dengan soyeon , bara kemarahan menjadi marak.

Lalu , mulut mula ringan mahu mencaci dan mencemuh.

" A-awak dah makan ? " suara itu masih lembut biarpun di hujung katanya seakan bernada sebak.

" kau peduli apa ? " sela Taehyung kasar. Soyeon tidak menyoal apa-apa lagi. Dia melabuh punggung di sebelah suaminya. Cuba untuk mendekati Taehyung.

365 DaysWhere stories live. Discover now