" SOYEON-AH... "
Taehyung menjengukkan kepala ke dalam biliknya dan Soyeon, kemudian melangkah masuk ke dalam perlahan.
Soyeon duduk di sisi katil, mendung saja wajahnya. Panggilan Taehyung sebentar tadi tak diendahkan. Fikirannya benar-benar teracun dengan kata-kata Jimin di busan tadi.
Taehyung langsung tak ingat tentang dirinya dan mestilah suaminya itu juga tak cintakan dirinya. Bagaimana kalau dia terjatuh hati dengan perempuan lain? Bagaimana kalau dia terjatuh hati dengan Jia? Bagaimana kalau apa yang abang Jimin katakan itu benar-benar terjadi? Siapa tahu, Jia mungkin ada niat ingin menggoda Taehyung.
Taehyung berdiri tepat di hadapannya. Soyeon mengahli pandangan, tak mahu bertatapan dengan Taehyung.
" Maaf, "
Gumam Taehyung lalu melabuh punggung di sebelah Soyeon.
" Jia baru bekerja beberapa hari dekat sini, saya tak sepatutnya izinkan dia sentuh barang-barang dalam rumah ni. Maaf Soyeon, saya cuma kasihankan dia. Terkejar-kejar dengan kelas online dia lepastu nak jaga Jun lagi. Sebab tu saya benarkan dia guna dapur awak "
Helahan nafas berat Soyeon kedengaran. Dia memandang Taehyung, menatap anak mata jejaka itu.
" Saya memang dah betul-betul lesap dari ingatan awak ke, Taehyung? Awak memang langsung tak ingat tentang saya? sedikit pun? "
Soalan Soyeon membuatnya tercengang. Apa yang harus dia katakan? Sejujurnya dia memang tak ingat apa-apa tentang Soyeon dan Jun. Semuanya begitu pantas baginya. Dia merasa bagaikan baru saja bangun tidur ketika itu.
Bukan dia tak cuba, dia sudah mencuba berjuta kali untuk mengingat Soyeon tapi dia tak dapat. Kepalanya sakit, dia rasa tertekan.
Walaupun begitu, beberapa hari ini dia cuba memecahkan jurang antara dirinya dan Soyeon, sentuhan gadis itu, wangian tubuhnya, suaranya dan mata Soyeon..semuanya menimbulkan deja vu kepada Taehyung. Sedikit demi sedikit dia merasakan Soyeon agak familiar. Dia cuba kecapi memori itu namun kepalanya sakit jika dia memaksa dirinya.
" Secara jujurnya, saya memang tak ingat langsung tentang awak. Tapi, kebelakangan ini satu memori samar menerpa pada fikiran saya. Saya cuba ingat, tapi saya tak boleh "
" Soyeon, saya dah janji dekat awak kan yang saya akan cuba cari memori saya tentang awak yang hilang? please give me a space to heal. Everything felt so fast and all of sudden to me. I hope you can understand, I'm in pain. "
Soyeon diam. Dia terlalu terbawa suasana hingga tak sedar dia sedang memaksa Taehyung untuk ingat tentangnya. Dia hanya tertekan dengan keadaan ini. Dia teracun akan kata-kata abangnya dan sekarang, dia mula merasa cemburu terhadap Taehyung dan Jia.
Mana lagi dia tertekan dengan kerja yang berlambak di ofis. Mana lagi dia tak dapat luangkan masa bersama Jun. Semua itu membuatkan fikirannya berserabut.
" Maaf "
Ucap soyeon lalu menunduk.
" S-saya tak sepatutnya tanya soalan tu. Saya tahu awak dah cuba sedaya upaya.. "
" Yeon-ah..."
" Kalau saya tak dapat ingat tentang awak juga, Mari kita mulakan hidup baru. S-saya akan cuba untuk cintakan awak semula. Saya akan bahagiakan awak dan Jun. Sekarang, awak hanya perlu bagi saya masa untuk terima semua ini "
Soyeon mendongak memandang Taehyung. Mata Taehyung memandangnya dalam dan ikhlas, menunjukkan bahawa kata-katanya sebentar tadi itu benar-benar dia maksudkan.
Taehyung mencapai tangan Soyeon lalu di kucup lembut.
" Saya akan cintakan dan sayang awak macam mana saya buat dulu. Saya janji "
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...