HARI ini hari Ahad.
Soyeon dan Taehyung berkeputusan untuk meluangkan hujung minggu bersama Jun. Mereka berkunjung ke zoo untuk melihat-lihat haiwan sekaligus memperkenalkan kepada Jun haiwan-haiwan yang belum pernah dilihatnya.
Mereka juga berkunjung ke markas haiwan. Menonton pertunjukan dari haiwan-haiwan terlatih seperti pertunjukan gajah, dolfin, Anjing laut, singa dan banyak lagi.
Setelah beberapa jam berjalan, Taehyung dan Soyeon menikmati makanan tengahari di restoran steamboat mewah berdekatan. Jun nampaknya begitu seronok hari ini, dapat melihat haiwan-haiwan comel di zoo dan di markas haiwan.
Taehyung dan Soyeon makan bersama sambil berbual tentang hal-hal rawak. Mereka berbual tentang perniagaan, berkongsi hobi, genre buku yang mereka sukai, genre lagu, negara yang ingin mereka kunjungi dan banyak lagi topik walaupun semua tentang Taehyung sudah diketahui oleh Soyeon.
Mereka bagaikan pasangan kekasih yang baru dan ingin saling kenal. Taehyung baru tahu yang Soyeon merupakan pelajar kelulusan Harvard University dalam bidang pengguruan. Setelah tamat belajar, dia ingin melanjutkan praktikal sebagai pensyarah di Universiti terkemuka tetapi semua itu tak tercapai selepas Taehyung menawarkannya untuk bekerja sebagai secretary dengan gaji yang lumayan.
Soyeon terpaksa menukar bidangnya dan mengambil bidang Secretarial and Administration.
" Universiti Harvard..Awak mesti orang yang pandai kan? "
" Well.. Saya bukan nak berlagak tapi faktanya, yes. Saya boleh digolongkan dalam orang-orang yang ber-IQ tinggi. Saya lompat kelas sekali semasa sekolah rendah dan dua kali semasa di sekolah tinggi. Sebab tu saya graduate dalam umur yang muda "
Soyeon tak jemu mengulang semula apa yang pernah dia ceritakan kepada Taehyung dulu. Dia mahu membantu Taehyung untuk mengingat semuanya kembali.
" Wah... Kalau mama dan papa Jun bijak pandai, mestilah anak Papa ni akan lebih pandai kan? "
Taehyung mencuit pipi tembam Jun. Budak kecil itu hanya tersengih, menampakkan giginya yang baru saja mahu tumbuh. Mulutnya sudah comot kerana bubur Mushroom.
" Mestilah..Anak mama ni mesti akan jadi penerus bwilouis.V yang paling hebat. Hebat dari papa dia "
Soyeon mencapai tisu, mengelap mulut Jun yang comot.
" Penerus Bwilouis.V? " Taehyung menyoal.
" yup, nampak tak tu aura Jun? Ada aura-aura bakal pengarah! Muka dia kacak, serupa dengan saya! "
Taehyung tersenyum jengkel mendengar itu.
" Taklah, muka Jun serupa saya. Tak nampak ke? Walaupun Jun masih kecil, saya boleh nampak bagaimana muka dia bila dah besar nanti. Manly dan Devilish. Tak ada pun ciri-ciri patung porselin macam awak "
Taehyung menghambur tawa besar. Jun yang melihat papanya ketawa turut ikut sama membuatkan Soyeon mencebik-cebik.
" Yang sebetulnya, He looks like a mixed of me and You "
Soyeon tersenyum, kepala Jun diusap lembut.
" Saya setuju dengan kata awak tapi mungkin 95% mirip saya "
Taehyung ketawa lagi. Soyeon pasrah dan membiarkan Taehyung menang.
Mereka menghabiskan makanan dan bersedia untuk menuju ke destinasi seterusnya. Mereka ingin berkunjung ke taman tema.
Telefon Taehyung berdering mengahli fokus mereka. Taehyung menyeluk telefonnya yang ada di dalam poket. Tertera nama Jia sebagai pendail.
" Siapa tu? " Soyeon menyoal.
" Jia. "
" Kenapa dia telefon? "
Taehyung menjongketkan bahunya sebagai jawapan kepada soalan Soyeon. Dia pun hairan kenapa Jia tiba-tiba menelefonnya.
Punat hijau ditekan, telefon tersebut dilekapkan pada telinga.
" Jia ssi-"
"-Tuan! hiks...hiks.. tolong saya! "
Dahi Taehyung berkerut risau mendengar esakan Jia dari dalam talian. Refleks dia berdiri dengan mata membulat. Soyeon sedikit terkejut melihat Taehyung yang bereaksi cemas.
" Ada apa dengan Jia, Awak? "
Soalan soyeon diabaikan.
" Tenangkan diri awak, Jia. Kami akan balik ke rumah sekejap lagi "
Taehyung mematikan talian.
" Apa dah jadi Taehyung? kenapa dengan Jia? "
" Dia tak sengaja terbakar dapur. Katanya ketuhar awak rosak. Sekarang kita perlu balik! "
" Beritahu dia untuk gunakan pemadam api kecemasan tu saja, Taehyung. Lagipula, kita dah janji kan nak bawa Jun ke- "
" -Kita boleh pergi ke sana lain kali. Saya risaukan Jia. Macam mana kalau terjadi sesuatu dekat dia? Cepat Soyeon! "
Wajah Soyeon bertukar datar. Risau? kenapa pula dia risaukan perempuan itu? mengapa dia sanggup membatalkan rancangan mereka hari ini hanya kerana gadis itu?
Pelbagai persoalan tercerna di dalam fikiran Soyeon. Hatinya terasa berat, terkacau dan terluka tatkala wajah Taehyung yang cemas dek risau akan Jia itu terpandangnya.
Dia tak ada pilihan lain. Jun didukung lalu dia mengekori Taehyung yang sudah jauh di hadapan, jejaka itu bagaikan tak berniat untuk menoleh ke belakang. Dia hanya melajukan langkah dengan kalut dan cemas.
Mungkin Taehyung risaukan Jia sebagai Majikan. Soyeon mengingatkan dirinya kembali dan cuba memujuk hatinya yang kecewa.
-
Soyeon hanya diam ditempatnya. Melihat Taehyung yang sedang mengubati tangan Jia yang sedikit melecur. Sekali-sekala Taehyung meniup tangan Jia.
" Awak sepatutnya cek lah ketuhar awak tu. Tengok apa dah jadi? kalau kita tak balik tadi entah-entah rumah ni dah terbakar kot "
Taehyung memarahi Soyeon. Jia yang berada di sebelah Taehyung mengerling sekilas ke arah Soyeon. Dia tersenyum sinis melihat riak wajah Soyeon yang sugul. Tatkala matanya dan soyeon bertembung, riak wajahnya ditukar semula.
" Bukan salah Puan Soyeon, Tuan. Saya yang cuai, tak periksa dulu. Saya memang bodoh! "
Jia mengetuk kepala sendiri. Pantas Taehyung mencapai tangan Jia untuk memberhentikan gadis itu.
" aish..tolong berhati-hatilah lepas ni Jia ssi. Awak buat saya risau tahu? "
" Maaf Tuan. Janji tak buat lagi! " Jia mengangkat sebelah tangannya tanda bersumpah agar perkara sebegitu tak terjadi lagi. Taehyung hanya menguntum senyum dan mengusap kepala Jia tanpa amaran.
Soyeon yang berada di hadapan mereka, terkaku. Ada apa dengan tingkah Taehyung itu? kenapa dia mengusap kepala Jia sebegitu? Hal itu bukan suatu yang wajar bagi pekerja dan majikan. Layanan Taehyung itu bukan seperti layanan kepada pekerja.
There's something wrong with that! Cara tatapan Taehyung kepada Jia juga agak lain.
Hati Soyeon menempah rasa risau. Risau kalau-kalau Taehyung mempunyai perasaan istimewa kepada Jia.
Kalau tidak ada, mengapa Taehyung begitu cemas selepas mendapat panggilan daripada Jia? mengapa kerisauan Taehyung itu bagaikan Jia sangat penting bagi dirinya?
kenapa?
kenapa?
KENAPA?
Otak Soyeon berserabut kini. Nampaknya dia perlu tenangkan diri.
" S-saya naik atas dulu, tidurkan Jun. Lain kali, awak periksa dulu tau jia? Jangan buat kami risau macam ni lagi "
" Baik Puan. Maafkan saya.. "
Soyeon hanya tersenyum hambar dan melangkah lemah ke tingkat atas. Dia menidurkan Jun dan usai itu dia membersihkan diri kemudian melelapkan mata.
Kau mungkin hanya teracun dengan kata-kata abang Jimin, Soyeon-ah. Kau hanya terbawa suasana. Jangan risau, semua akan baik-baik saja.
Soyeon memesan dirinya.
YOU ARE READING
365 Days
Fanfiction[ √ ] An ordinary girl, park soyeon. Seorang gadis berkeperibadian sederhana, Berhati lembut, feminin dan mudah didekati. Dia dengan rela hati berkahwin dengan jejaka cold-hearted, sukar ditafsir namun terkadang datang gatalnya, bergelar Kim Taehyu...