Bab 92 - Minggu Cinta yang Tenang

56 4 0
                                        


Sepanjang minggu itu, Fareena ambil cuti. Dia mahu betul-betul menikmati kehadiran Dae Hyun tanpa gangguan kerja, tanpa topeng kuat yang biasa dipakai setiap hari. Dae Hyun pula tak pernah jauh, bagaikan bayang-bayang yang setia.

Setiap pagi, mereka bersarapan bersama di meja kecil rumah sewa Fareena yang berlatarkan tingkap terbuka ke arah pokok-pokok sakura yang baru bertunas. Dae Hyun menolong menghidang, mencuci pinggan, malah cuba belajar buat kopi seperti yang Fareena suka—kopi susu dengan sedikit kayu manis.

"Sayang selalu naik tangga ni sendiri? Dengan perut besar macam ni?" tanya Dae Hyun satu pagi, waktu mereka baru nak keluar.

Fareena tersenyum sambil perlahan-lahan memegang perutnya. "Dulu... tak ada pilihan. Tapi sekarang, abang ada."

Dae Hyun genggam tangan Fareena lama, sebelum meletakkan tangan satu lagi di atas perutnya. "Abang terlepas banyak benda. Tapi abang janji, abang akan kejar balik semua masa yang hilang."

Setiap hari, dia ikut Fareena ke kedai seni tempat Fareena bekerja. Dae Hyun duduk diam sebagai pelanggan, memerhati dari jauh. Fareena tampak lain di situ—lebih tenang, lebih matang, berdikari.

Waktu malam, mereka masak bersama. Ketawa. Cerita tentang masa lalu. Fareena cerita tentang payahnya tinggal seorang diri di negara orang. Tentang ketakutan malam pertama di rumah baru. Tentang air mata yang disorok bila rindu datang tanpa diundang.

Dan Dae Hyun hanya dengar. Kadang peluk. Kadang diam. Tapi matanya selalu penuh sesal.

"Abang bangga dengan sayang," ucapnya satu malam, semasa mereka baring menghadap siling.

"Bangga kenapa?"

"Sebab walaupun abang tinggalkan, sayang masih jadi kuat. Masih jaga diri dan baby kita. Tapi abang... abang rasa macam lelaki paling gagal."

Fareena hanya diam. Tapi dia sandarkan kepala ke dada Dae Hyun. Dan mereka diam sama-sama. Kerana malam itu, kata-kata tidak lagi penting.
Bersambung....

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang