Bunyi ombak yang memukul pantai tiba-tiba berubah nadanya. Langit yang tadinya cerah beransur gelap. Awan mendung menggulung seolah-olah mengamuk, membentuk pusaran hitam pekat di langit malam. Angin mula menderu kencang, menggoncang khemah-khemah kecil di tepi pantai tempat kumpulan MeetsUp.
"Apa hal ni?" Bobby bersuara, menoleh ke arah langit yang berputar garang. "Baru sejam lepas masih cerah."
Dae Hyun yang sedang memerhati Fareena memanggang sotong di bawah pondok kecil turut terpinga. Angin kuat menyebarkan bara api dari pemanggang. Fareena cepat-cepat menutup pinggan berisi makanan, tudungnya terbang menghala ke wajah.
"Sayang, masuk dalam rumah. Bahaya ni," Dae Hyun menarik tangan isterinya.
Namun baru beberapa langkah mereka berundur, pasir pantai berputar membentuk pusaran kecil di kaki mereka. Seperti sesuatu sedang bangkit dari dasar laut. Udara terasa berat. Ada aura menekan dari langit yang tidak dapat dijelaskan dengan logik.
Tiba-tiba...
"Boom!"
Satu kilat menyambar tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Cahaya putihnya menyilaukan. Angin meniup terlalu kuat hingga beranda utama tempat peralatan muzik mereka terbalik. Semua orang menjerit dan berlari ke masuk ke dalam rumah.
Fareena memegang perutnya. Bayinya menendang keras. Nafasnya laju.
"Dae Hyun... I feel dizzy..."
Dae Hyun mendakapnya erat, mahu segera membawa Fareena ke dalam bilik. Namun ketika itu, dia terdengar suara aneh... dalam fikirannya.
Dalam ruang tamu Villa mewah itu ahli Meetsup yang serba senyap. Terkedu dengan berita di Socmed tentang Dae Hyun dan Katrina. Dae Hyun tercegat di depan skrin TV. Jarinya menggeletar saat melihat ayahnya berdiri megah di atas podium, menyatakan bahawa bakal cucunya sedang dikandung oleh... Katrina.
"Anak saya, Dae Hyun, bakal menjadi bapa kepada waris generasi Cha yang akan datang."
Ayat itu bergema dalam ruang kepalanya, menampar jiwa yang sudah parah.
"Apa ni, appa... kau dah gila?!" jerit Dae Hyun, membaling alat kawalan jauh ke arah dinding. Hatinya meronta. Ini semua tidak benar. Ini semua bukan pilihannya. Katrina... bukan wanita yang dia cintai.
Kepalanya berpusing, dadanya sesak. Ingatannya berlari kepada Fareena—wanita yang dia cari siang malam, wanita yang pernah dia pertahankan, wanita yang mengandungkan anak mereka tanpa siapa pun tahu.
"Ini bukan anak aku... ini bukan hidup aku yang aku pilih..."
Tapi segala-galanya telah terlambat. Seluruh negara kini mempercayai naratif rekaan ayahnya. Katrina senyum manis di sisi podium, berpura-pura terharu.
Dae Hyun berundur ke biliknya, menghempas pintu. Tubuhnya menggeletar. Dia duduk di atas katil, wajahnya tenggelam dalam tapak tangan. Dalam diam... dia menangis. Tangisan maruah yang dipijak. Tangisan cinta yang ditukar menjadi propaganda.
"Kau milik darah keluarga Cha. Yang terpilih. Yang akan kembali tunduk..."
Dae Hyun terhenti. Matanya membulat.
"Apa... tu suara siapa?" dia berbisik.
Fareena menoleh, keningnya berkerut. "Apa dia, sayang?"
Tapi suara itu datang lagi. Kali ini, lebih kuat. Dalam bahasa Korea lama.
"Darahmu telah diikat. Jiwa keturunanmu dibuka semula."
Kepala Dae Hyun terasa seperti mahu meletup. Dia terduduk. Tangan menekap telinganya. Kilat menyambar satu kali lagi. Kali ini betul-betul di belakangnya. Tanpa sedar, tubuhnya mula menggigil.
"Dae Hyun!" Fareena menjerit, mendekatinya.
Bobby dan Jaemin berlari semula ke arah mereka.
"Hyung! Kau okey?!"
Namun Dae Hyun tidak menjawab. Matanya terbeliak. Peluh membasahi dahi. Suaranya meracau.
"Aniya... eotteoke... Abeoji... Abeoji?"
(Papa... kenapa...)
Hujan mula turun selebat-lebatnya. Petir berdentum tanpa henti.
Fareena menangis. Dia tidak pernah melihat Dae Hyun seperti ini. Lelaki itu menggigil seolah-olah dirasuk. Tapi ini bukan sembarangan rasukan. Ini... lebih dalam. Lebih kuno. Seolah-olah ada darah lama dalam dirinya yang sedang dibangkitkan.
Di kejauhan, di dalam sebuah vila mewah menghadap laut—Tuan Cha memerhati dari balkoni kaca. Di tangannya masih tergenggam kertas berlumur darah. Api dari dupa ritual masih menyala perlahan.
Dia tersenyum puas.
"Sudah bermula... warisan darah keluarga Cha akan bangkit dalam dia."
Selepas mantera darah dibacakan dan ribut melanda pantai, Dae Hyun jatuh sakit secara misteri. Tapi ini bukan sakit biasa—ini seperti tubuh dan jiwanya sedang 'diset semula'. Ada sesuatu yang sangat asing berlaku dalam dirinya.
Dia dibawa oleh Bobby dan Jaemin ke hospital berdekatan, tapi doktor tidak dapat kesan apa-apa masalah fizikal. Tekanan darah normal, jantung stabil, tiada kecederaan dalaman. Namun dia tidak sedarkan diri hampir dua hari.
Bersambung..
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romance[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
