Bab 86 - If only I met you in another life

29 2 0
                                        

Flashback Jaemin – Ingatan Pertama Tentang Fareena

Jaemin berdiri di balkoni studio kecilnya, memandang langit kelabu yang seperti meminjamkan kesedihan dari hatinya. Bunyi angin musim bunga menyentuh dedaunan di luar, dan dia teringat semula satu babak yang tak pernah benar-benar hilang dari benaknya.

Pasar lambak Itaewon.
Hari itu, dia memakai pelitup muka biasa. Identiti harus dijaga. Tiada siapa tahu dia adalah Jaemin dari MeetsUp. Dia hanya keluar sebentar, mahu mencari sedikit ketenangan dan barang-barang untuk projek seni mini yang sedang diusahakan.

Tiba-tiba, dia dilanggar dari sisi.

"Oh, I'm sorry, I didn't notice you walking in front of me.."
Suaranya lembut. Cemas. Ikhlas.

Jaemin menoleh sedikit, tidak menjangka yang melanggarnya adalah seorang gadis muda, tudung sedikit senget kerana angin. Wajahnya kelihatan asing — bukan dari Korea, tapi ada sesuatu tentang dirinya yang tak dapat Jaemin lupakan.

"It's okay, I'm guilty too. Don't look ahead carefully.."
Itu sahaja yang sempat dia katakan. Tapi ketika dia menyambut barang-barangnya yang berterabur, tangan mereka bersentuh sedikit. Dan gadis itu... tersenyum.

Bukan senyuman biasa. Ada sesuatu di mata hazelnya yang meruntuhkan pagar emosi Jaemin seketika. Tenang, bersih... dan penuh hidup.

"Wait a minute.. this is yours?"
Dia sempat mengangkat sekeping nota kecil yang tercicir — kelihatan seperti coretan puisi atau doa. Dan gadis itu segera menyambutnya semula dengan ucapan terima kasih ringkas.

Saat dia berlalu, Jaemin masih berdiri. Tanpa sepatah kata. Tanpa tahu siapa gadis itu.

Tapi kini, setelah dia tahu itu adalah Fareena, isteri kepada sahabat baiknya sendiri — semuanya menjadi semakin rumit. Hati yang pernah terusik kini dipaksa diam, menyorok di balik senyum dan rasa bersalah.

Namun memori itu tetap hidup. Dan dia tahu, kalau takdir tak pernah mempertemukan mereka lagi, dia pasti akan tetap mengingati hari itu — hari pertama dia mengenal bayang Fareena dalam hidupnya.

"If only I met you in another life..." bisiknya perlahan, hampir seperti angin yang lalu di antara kelopak sakura gugur.

Dae Hyun dan Jaemin — Di Ruang Latihan MeetsUp

Studio sunyi kecuali bunyi lantunan muzik dari speaker yang belum dimatikan sepenuhnya. Jaemin sedang membetulkan taping kasut tarinya ketika pintu terbuka. Dae Hyun melangkah masuk, wajahnya lebih pucat daripada biasa, mata yang sembap dan langkah sedikit lesu.

"Jaemin..." suaranya serak.

Jaemin mendongak, tidak menjawab. Cuma menatap.

Dae Hyun menarik nafas, lalu duduk di bangku hujung. "Aku... I messed up. Big time."

Jaemin tunduk semula, fokus pada kasut. "Aku tahu."

"Aku... rasa aku dah hilang dia, Jaemin. Fareena." Dae Hyun bersuara perlahan, seperti bercakap dengan dirinya sendiri. "Aku ingat aku boleh tahan. Tapi sejak dia tak ada... aku rasa kosong. Semua benda meaningless."

Jaemin diam.

"Aku tahu aku kejam. Aku tahu aku buat salah. Tapi... kalau aku boleh undurkan masa, aku takkan biar dia pergi. Aku cuma—"

"—Cuma apa? Kau baru sedar sekarang yang dia berharga?" potong Jaemin. Wajahnya masih tenang tapi nadanya dingin.

Dae Hyun menunduk. "Aku tahu aku tak layak minta apa-apa dari kau. Tapi... tolong aku, Jaemin."

Jaemin mengangkat wajahnya, matanya tajam menikam ke arah Dae Hyun. "Kenapa aku patut tolong kau? Supaya kau boleh sakiti dia sekali lagi?"

Dae Hyun menggenggam penumbuknya. "Aku nak tebus kesilapan aku. Aku cuma nak tahu dia selamat. Aku nak minta maaf"

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang