Bab 96 - Sidang Media: Pengakuan Fareena dan Tuduhan Tuan Cha

127 3 1
                                        

Jaemin berdiri kaku, memandang bayang Tuan Cha yang semakin jauh menghilang di koridor hospital. Nafasnya berat. Dia tahu, tugas ini bukan mudah — dan dia tahu, tiada jalan lain.

Tanpa membuang masa, Jaemin berpaling dan melangkah pantas ke arah wad khas. Dia mesti cari Fareena. Sekarang.

Di dalam bilik rawatan, Fareena masih berbaring lemah, wajahnya pucat. Seorang jururawat sedang memeriksa tekanan darahnya.

Jaemin:
(berdiri di pintu, menunggu sehingga jururawat beredar sebelum mendekati Fareena)
"Fareena..."

Fareena:
(mengangkat kepala perlahan, suaranya serak)
"Jaemin...? Ada apa...?"

Jaemin:
(berdiri kaku beberapa saat sebelum menarik nafas panjang)
"Tuan Cha... dia akan adakan sidang media. Tak lama lagi."
(mata Jaemin mencari kekuatan untuk meneruskan)
"Dia mahu awak hadir."

Fareena:
(terkedu, jari-jemarinya menggenggam selimut)
"Saya...? Tapi... saya—"
(matanya berkaca)

Jaemin:
(lembut, seolah memujuk)
"Saya tahu awak masih lemah. Tapi ini penting, Fareena. Kalau awak tak tunjukkan diri, banyak benda buruk boleh jadi. Untuk Dae Hyun. Untuk awak sendiri."

Fareena:
(suara bergetar, hampir berbisik)
"Saya takut, Jaemin... saya takut."

Jaemin:
(menunduk sedikit, nadanya lebih perlahan)
"Saya tahu. Tapi percaya pada saya. Ini satu-satunya peluang untuk bersihkan semua fitnah... untuk lindungi Dae Hyun."
________
Sejenak, Fareena memejamkan mata, cuba mencari kekuatan dari hatinya yang hancur. Dia tahu, dia tiada pilihan lagi.

Beberapa hari kemudian...

Hospital itu masih dingin dengan bau ubat-ubatan yang pekat di udara. Namun, suasana semakin sibuk. Kakitangan keluar masuk, menguruskan persiapan untuk satu majlis penting — sidang media yang bakal menentukan nasib Fareena dan Dae Hyun.

Di dalam bilik rawatan, Fareena duduk di tepi katil, mengenakan baju sederhana berwarna lembut. Wajahnya masih pucat, tubuhnya sedikit kurus, tapi di matanya ada sinar nekad yang tidak pernah padam.

Jaemin:
(mengetuk perlahan sebelum masuk)
"Semua dah siap. Saya akan iring awak ke tempat sidang."

Fareena:
(mengangguk kecil, tangannya sedikit menggigil menahan gementar)
"Saya dah sedia..."

Jaemin:
(memerhati wajah Fareena yang kelihatan rapuh tapi tegas)
"Jangan risau. Saya ada dengan awak sepanjang masa."

Fareena hanya mampu tersenyum tipis. Dalam hatinya, doa tidak putus-putus dipanjatkan. Bukan untuk dirinya... tetapi untuk Dae Hyun yang masih terlantar di ICU, bertarung nyawa tanpa tahu betapa dunia di luar sedang bergoncang.

Di ruang sidang media...

Lampu kamera sudah terpasang. Wartawan-wartawan dari pelbagai agensi berita menunggu dengan penuh ghairah, masing-masing bersedia dengan soalan-soalan tajam.

Tuan Cha berdiri di sisi pentas kecil, berbual ringkas dengan peguam keluarga. Sesekali matanya melirik ke arah pintu masuk — menunggu.

Dan akhirnya, pintu utama terbuka.
Semua mata berpaling.

Fareena muncul, langkahnya perlahan tapi tetap. Di sisi, Jaemin berjalan setia, seolah-olah menjadi benteng manusia yang melindunginya dari ribuan mata liar yang memerhati.

Bisik-bisik mula kedengaran. Suasana mula menjadi tegang.

Tuan Cha:
(memandang Fareena dengan pandangan berat, sebelum mengangguk tipis — isyarat untuk memulakan)

Fareena menelan liur. Dia tahu... ini akan menjadi hari paling panjang dalam hidupnya.

Fareena melangkah masuk ke dewan sidang media, dirapi cantik dalam persalinan sederhana. Jubah berwarna pastel lembut membalut tubuhnya yang kecil, dan hijabnya dililit kemas, memperlihatkan ketenangan yang sukar digambarkan.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang