-2 tahun lalu-
Berlari Amanda di sebuah lorong yang gelap dan terpencil di belakang bangunan-bangunan untuk menyelamatkan diri dari ditangkap oleh sekumpulan lelaki yang tidak dia kenali.
Kakinya yang sakit tidak dihiraukan dan dia tetap meneruskan lariannya walaupun dia sudah merasa penat.
Tak lama selepas itu, lariannya terhenti kerana dia sudah masuk ke jalan mati. Berpusing kepala Amanda mencari tempat sembunyi. Amanda melihat ada satu tong besar berwarna biru.
Cepat-cepat Amanda menyembunyikan dirinya di sebalik tong biru tersebut. Amanda mendengar derapan bunyi kaki yang berlari ke arahnya.
"Mana perempuan tu lari?! Aku nak korang cari perempuan tu sampai dapat! Bodoh!" Jerkah seorang lelaki kepada anak buahnya untuk mencari Amanda.
Lelaki-lelaki yang diberi arahan oleh bos mereka terus berpecah mencari Amanda. Amanda mengintai sedikit dari celah-celah dan dapat dia lihat ada seorang lelaki dengan berwajah bengis masih di situ.
"Tak guna punya perempuan! Kau takkan dapat lari! Aku dapat kau, memang aku ratah kau cukup-cukup!" Kata lelaki itu dan dia mendengus kasar.
Mengalir deras air mata Amanda. Dia menutup mulutnya dengan menggunakan tangan. Baru sahaja selangkah dia mengundur, secara tak sengaja Amanda terlanggar satu tin kosong.
Lelaki itu yang baru sahaja berpusing dan ingin pergi dari tempat itu berpaling melihat ke arah tong biru. Tersenyum sinis dia. Dia membawa langkahnya menuju ke arah tong tersebut.
"Dekat sini rupanya kau menyorok? Kau keluar sekarang!" Lelaki bengis itu menarik Amanda keluar.
Amanda menggelengkan kepala tidak mahu. Dia cuba untuk mengeraskan badannya tapi apakan daya. Tenaga dia tidak sekuat dan tak sebanding dengan lelaki itu yang bertubuh tegap dan besar.
"Le-lepaskan aku. Lepas.." Merayu Amanda dengan berjuraian air mata.
"Lepas? Aku boleh lepaskan kau. Tapi, lepas aku ratah dan rasa kau." Kata lelaki itu sambil menjilat bibir dan menatap tubuh Amanda atas bawah.
"Tak nak..lepasss. Lepaskan aku!" Meronta Amanda tidak mahu.
Tangannya cuba dilepaskan dari genggaman lelaki bengis itu tapi tidak dapat. Lelaki itu memegangnya dengan sangat kuat.
Badan Amanda ditolak masuk ke dalam sebuah kereta di bahagian belakang. Lelaki itu menjilat bibir dan tersenyum senget kepada Amanda sambil dia membuka ikatan tali pinggang seluarnya.
Laju kepala Amanda menggeleng tidak mahu. Sekarang apa yang Amanda rasakan adalah ketakutan. Dia takut sangat.
'Ya Allah..bantu lah aku.' Rintih Amanda di dalam hati berdoa meminta kepada Allah untuk membantunya.
Baru sahaja lelaki itu mahu menerkam Amanda, badannya ditarik dari arah belakang dan tanpa sempat lelaki itu melihat siapa gerangannya. Wajah lelaki tersebut ditumbuk dengan kuat sehingga lelaki itu jatuh terjelopok di atas jalan tar.
Laju-laju Amanda keluar dari kereta dan berdiri di belakang lelaki yang membantunya itu.
"Don't you dare to touch her. She's mine." Kata lelaki itu dengan menatap wajah lelaki yang sudah terjatuh itu dengan tajam.
"Wais. You know what you have to do."
"Yes, mister." Jawab lelaki yang bernama Wais itu.
Lelaki yang jatuh tadi terus ditarik dan dibawa naik ke sebuah kereta yang berwarna hitam. Amanda lihat tubuh lelaki itu ditolak dengan kasar masuk ke dalam kereta tersebut dan kereta itu berlalu pergi.
"Tha-thank you." Ucap Amanda terbata-bata.
"Where do you want to go at night alone?" Tanya lelaki itu dengan suara mendatar.
Takut-takut Amanda mengangkat kepalanya bagi melihat gerangan lelaki di hadapannya ini. Dapat sahaja melihat satu sama lain, Amanda terpukau dengan mata lelaki ini.
Cantik.
Walaupun lelaki itu memandang dirinya dengan tajam dan wajah tampan yang tidak nampak seperti Melayu itu. Tapi, mata lelaki itu sungguh cantik dengan mata berwarna hazel dan ada sedikit campuran warna hijau cair.
Sangat memukau.
"Hello, miss." Tegur lelaki tersebut.
Tersentak Amanda dibuatnya. Amanda berdehem dahulu sebelum menjawab soalan lelaki tadi.
"Umm..I want to go to..umm the shop." Takut-takut Amanda ingin menjawab.
"After this, don't go around alone. Especially, at night. Remember that, little girl." Sejurus itu, lelaki bermata cantik itu terus pergi meninggalkan Amanda.
Amanda menghantar pemergian lelaki tersebut dengan renungan matanya.
"I hope we meet again." Tutur Amanda perlahan.
"I will make sure we will meet again. One day." Tanpa Amanda sedar, lelaki itu turut berharap perkara yang sama dengan dirinya.
Tbc..
![](https://img.wattpad.com/cover/341697069-288-k982301.jpg)
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...